CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Temui Objek Besar Bentuk Pyramid Di Lautan

17-3-2014 09:33 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10479| Komen: 59

Port Dickson: Dua nelayan di Kuala Lukut, dekat sini, terkejut apabila menjumpai objek di tengah laut yang disangka ada kaitan dengan kehilangan pesawat penerbangan MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) lalu membawanya ke jeti Kuala Lukut Kecil, di sini, semalam.

Nelayan terbabit, Soo Kim Hing, 63, dan Hong Hock Guan, 69, berkata, mereka keluar ke laut untuk menangkap ikan seperti biasa pada jam 9 pagi.

“Kami lihat keadaan laut tidak begitu baik dan hanya memandu bot ke tempat biasa iaitu enam batu nautika dari pantai Port Dickson.

Kami juga tidak jadi memasang jaring kerana air tidak ‘cantik’ dan cuaca berjerebu.

“Kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi (semalam), saya dan Hong memandu bot untuk pulang sebelum terpandang objek seperti bot menghala kepada kami.

Apabila dekat saya tengok ia bukan bot, tetapi seperti pelampung yang besar dan terus teringatkan kapal terbang MH370 yang hilang,” katanya.

Soo menyuruh rakannya itu mengikat objek seperti pelampung besar itu ke botnya untuk dibawa pulang dan melaporkan kepada ketua kampung mengenai penemuan objek itu.

“Dalam keadaan sekarang, mana tahu objek ini berguna sebagai panduan mencari Boeing 777 yang hilang.

“Sampai saja di jeti, beberapa rakan terus mengerumuni bot saya untuk melihat objek ini dengan lebih dekat lagi.

“Ada juga pendapat mengatakan ia alat permainan air yang sering digunakan kanak-kanak yang hanyut di tengah laut atau mungkin juga ada pengusaha permainan air di Port Dickson ini kehilangan pelampung mereka,” katanya.

Harian Metro yang tiba jeti Kuala Lukut Kecil itu mendapati objek itu adalah pelampung besar bersaiz lima meter panjang dan lima meter lebar serta tinggi enam meter.

Pada bahagian badan pelampung itu terdapat banyak pemegang seperti alat permainan kanak-kanak.

Menurut Soo, dia membuat laporan polis di Balai Polis Lukut dan sudah memaklumkan kepada wakil MAS yang akan datang melihat objek berkenaan.

Sejak menjadi nelayan 40 tahun dulu, inilah kali pertama beliau menjumpai objek pelik di tengah laut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Abd Wahab Harun mengesahkan penemuan berkenaan dan objek itu tiada kaitan dengan kehilangan MH370, tetapi kemungkinan alat permainan kanak-kanak yang hanyut dari Pantai Batu 4, Telok Kemang.


PELAMPUNG besar yang dijumpai Soo (kiri) dan Hong di Kuala Lukut.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 15-3-2014 07:22 AM

PELAMPUNG besar yang dijumpai Soo (kiri) dan Hong di Kuala Lukut.
Quote nurkasih74 15-3-2014 07:33 AM
Aikkss..peliknya ghupa pelampung tu...mcm mountain climbing wall.....
Quote qronaldo7 15-3-2014 07:36 AM
hehe. mcm tmpt bergayut ala rock climbing
Quote mrsLucky 15-3-2014 07:41 AM
Eh  cam best..cam untuk main panjat2...
Camner boleh terapung kat laut....
Quote harimau76 15-3-2014 07:46 AM
cam budak-budak nyer wall climbing..
Quote kivio 15-3-2014 08:15 AM
Ape jadah menatang hape nie?????
Quote batmana 15-3-2014 08:21 AM
kapal tebang kanak2 version la yg bawa benda ni..
Quote ninja boy 15-3-2014 08:22 AM
org2 cina warga emas mmg masih kuat untuk bekerja
Quote berancuk 15-3-2014 08:31 AM
bimbo pprt edisi non-mulayu
Quote amon_79 15-3-2014 08:36 AM
benda ni kena siasat juga nmpk mcm baru...mas sila siasat senarai shipment kargo mh370 mybe ada pax yg beli bw balik...
Quote nolya 15-3-2014 08:55 AM
tongkatwaran75 posted on 15-3-2014 07:22 AM
PELAMPUNG besar yang dijumpai Soo (kiri) dan Hong di Kuala Lukut.

kebuntuan yg ada belum terlerai, timbul pula teka-teki baru
misteri yg ada belum terungkai, petanda palsu timbul satu persatu
mencari, kita terus mencari
seantero sahabat, sehabis kudrat, secanggih peralatan teknologi
seluas lautan samudera ingin kita sikati
hanya gunung ganang, paya dn hutan belum diterokai
kita berandai2an, berteori, berspekulasi
namun mh370 terus misteri

Ya Allah, ampunilah kami dn tolonglah kami
Quote daiman 15-3-2014 09:04 AM
Berbintat bintat. Menda apa la ni
Quote rospinki 15-3-2014 09:08 AM
Oo ini yg kt PD tu
Quote kucen_miang 15-3-2014 09:12 AM
amon_79 posted on 15-3-2014 08:36 AM
benda ni kena siasat juga nmpk mcm baru...mas sila siasat senarai shipment kargo mh370 mybe ada pax  ...

possible...possible....
Quote mrsamz 15-3-2014 09:14 AM
http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-2579099/The-invisibility-cloak-SOUND-Plastic-pyramid-hides-objects-sonar.html


Cloaking device bentuk piramid..spekuan aku..huhu
Quote ell768 15-3-2014 09:16 AM
Mcm best plak aku tgk
Quote peYno 15-3-2014 09:18 AM
nasib baik jumpa kat NS... kalau jumpa kat lagi selatan .. mesti kaum assobiyah sembang kencang tu cite lagi dasat... jumpa belon bersaiz klcc katanya
Quote whadda 15-3-2014 09:20 AM
boleh pulak benda besar camni hanyut...
Quote Firenzza 15-3-2014 09:21 AM
nurkasih74 posted on 15-3-2014 07:33 AM
Aikkss..peliknya ghupa pelampung tu...mcm mountain climbing wall.....

klau jmpa nlyn indon mau dibwk balik klaim kata mukjizat turun dr lgt pastu kecoh sekampung buat tangkal siap menurun lg

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.204055 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top