CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Patung Mayat Yang Diawet - La Pascualita

14-3-2014 05:54 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16185| Komen: 14

Patung yang memakai pakaian pengantin di sebuah butik di bandar Chihuahua di utara Mexico bukan sembarangan patung. Teori yang berlegar sejak dulu, La Pascualita sebenarnya bukanlah sekadar patung. Kononnya, La Pascualita berasal daripada tubuh seorang gadis yang telah diawet menjadi patung!




Pada bulan Mac 1930, pertama kali patung La Pascualita dipertontonkan kepada umum disebalik kaca butik tersebut. Sebaik diletakkan disebalik cermin, patung yang didandan dengan pakaian pengantin ini cukup mudah menarik perhatian mata pengunjung yang lalu lalang di situ.Ramai yang memuji La Pascualita dan dianggap sebagai manekuin terbaik pada kualitinya pada zaman itu. Raut wajah yang cantik mempesona, bola mata yang bulat dan galak serta kulit wajah yang cantik kemerahan, membuatkan mata yang memandang tidak lekang untuk terus melihat La Pascualita.


Bagaikan ada kuasa magnet yang menarik mata pengunjung untuk terus memerhatikan susuk tubuh patung ini. Warga kota Chihuahua merasakan ada suatu kelainan pada menekuin La Pascualita. Memandang patung itu bagaikan melihat seorang gadis hidup, yang mempunyai jiwa. Banyak ciri-ciri manusia terlihat pada patung ini. Rambut, raut wajah, kulit, malah kukunya tampak seperti manusia sebenar.








Apabila diamati, penduduk mendapati wajah La Pascualita mirip dengan wajah Pascualita Esparza, pemilik butik itu pada zaman berkenaan. Maka, tersebarlah khabar angin yang mengaitkan patung itu dengan anak pemilik butik tersebut. Penduduk mula percaya, manekuin La Pascualita adalah anak gadis Esparza yang telah menemui ajal akibat digigit labah-labah beracun pada hari perkahwinannya.


Esparza dituduh mengawet mayat anak gadisnya, lalu dipakaikan pakaian pengantin pada hari perkahwinan tersebut. Setelah itu, patung mayat anak gadisnya itu ditayangkan disebalik cermin butik tersebut. Ketika khabar angin itu hebat diperkatakan, Esparza telah tampil menafikan dakwaan penduduk. Namun, tindakannya sudah terlambat. Tiada siapa yang percaya dengan penafiannya.


Dari sudut positif, khabar angin itu berjaya menarik perhatian ramai pengunjung. Bukan warga tempatan sahaja, malah pelancong dari luar termasuk para pengkaji sanggup datang untuk menyaksikan sendiri keanehan La Pascualita.


     



Ini kerana manekuin berpakaian pengantin ini turut diiringi dengan pelbagai kisah seram. Kononnya, anak mata patung ini boleh bergerak-gerak, mengikuti gerak langkah pengunjung didalam butik berkenaan. Ada yang mengatakan posisi patung ini sering berubah-ubah daripada posisi asal. Kononnya, La Pascualita akan 'hidup' dan bergerak-gerak terutamanya pada waktu malam. Pekerja butik itu, Sonia Burciaga mendakwa, setiap kali ingin menukar pakaian patung tersebut dia akan berpeluh-peluh tatkala memegang tangannya yang lembut. Meskipun sudah lama bekerja di situ, perasaan itu tidak pernah hilang.


Namun, apa yang lebih menggemparkan, sejak tahun 70an, kulitnya yang kelihatan seperti 'hidup' terutama pada jari-jemari dan tangannya. Garisan tapak tangan dan kukunya kelihatan betul-betul seperti manusia.Bahkan, pada kakinya juga kelihatan garisan varises atau urat nadi yang timbul, menguatkan lagi kepercayaan bahawa La Pascualita pada asalnya adalah seorang manusia! Menurut pemilik butik  La Popular kini, Mario Gonzalez, dia tidak menolak kemungkinan La Pascualita adalah mayat manusia sebenar yang diawet memandangkan rambut, urat, warna kulit serta corak pada kulit patung ini sangat jelas & terperinci.Dia juga tidak menolak dakwaan patung tersebut adalah anak kepada pemilik asal butik itu kerana terdapat gambar mereka berdua.


Tambahnya, gaun yang dipakai oleh La Pascualita akan ditukar 2 kali dalam seminggu. Ia biasa diuruskan oleh orang-orang yang dipercayai @ pekerja kedai yang biasa menguruskannya. Setiap kali menukar pakaian, langsir gelap akan dilabuhkan untuk menutup & menjaga kehormatan patung tersebut.


   

Bagaimanapun, kajian yang dijalankan sebuah muzium menafikan dakwaan itu. Ini kerana mustahil seseorang itu mampu mengawetkan mayat manusia dengan bentuk yang amat sempurna. Ditambah pula dengan kulitnya yang mulus seperti porselin walaupun sudah berusia puluhan tahun.

Namun, penafian itu tidak berjaya mengekang kepercayaan pengunjung. Semakin ramai yang datang, bukan sekadar memerhati malah turut merenung berjam-jam lamanya ke arah patung itu. Jawapannya tetap sama, mereka percaya La Pascualita berasal daripada seorang manusia!



Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 14-3-2014 12:04 PM
seramnya if betui
Quote ikinbest 14-3-2014 12:05 PM
heee.. cantik tp scary
Quote spiderman80 14-3-2014 12:07 PM
Kalau dipeluk waktu malam.....
Quote amiraira 14-3-2014 12:14 PM
mlm2 dia gerak sendiri x???
mana tahu nk tukar2 posing ke
Quote cmf_Kimmy 14-3-2014 12:15 PM
yg menyeramkan tangannya bukan macam tangan patung.....tapi macam tangan manusia.
Quote duniaku85 14-3-2014 12:20 PM
klau patung, akan ada sendi2 yang boleh dipisahkan..klau manusia..mmg smua sambung..nape tak scan ke..mne tau nmpk tulang ke?
Quote Zielathefatlady 14-3-2014 12:40 PM
menarik tp dengan teknologi sekarang boleh kesan tipu atau tak, tp bila dah percaya, macam2 lah boleh terjadi, setan turut ikut sekali menolong
Quote wheatgerm 14-3-2014 12:55 PM
tengok pun dah seram
Quote ida88 14-3-2014 01:08 PM
Tringat movie house of wax
Anyway tgn patung tu nmpk mcm dh berusia
Nmpk seakan betul2 mcm tgn manusia

Kalau btul patung, mmg hebatla sape yg cipta patung yg cantek ni
Quote lululun 14-3-2014 02:30 PM
fuhhhh... iye iye jek.

hahahahahaha!!!
Quote girly.. 14-3-2014 02:36 PM
scary je tgk nyer
Quote lucky_peace 14-3-2014 02:53 PM
teringat ade satu cerita dulu, pompan tu disihir jadi patung, sampai la ke zaman skg nieyh, die patung.. pastu satu hari tu ade hero tu bukakkan rantai leher, terus jadi manusia.. bile pakai balik jadi patung.. hah camtu la lebih kurang...
Quote cikatilia 14-3-2014 03:09 PM
mmg scary
sbb the detailing sgt detail ala2 manusia

manequine kat opis aku bersepah2

tapi mana ada sedetail ni

if detail ni kalau betul patutng xtau berapa la charge nya.. yg bodo2 pon not bad mahal
Quote richard303 15-3-2014 05:50 PM
letak patung annebell sblah tu, sapa pun x g dah situ..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.046640 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top