CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Gempar Objek Berkilauan Di Langit

14-3-2014 05:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8099| Komen: 40




KUALA KRAI - Pemandu kereta sewa daerah ini dan orang ramai yang melalui jalan berhampiran Pasar Besar Kuala Krai gempar apabila mendakwa melihat objek seperti kertas bersaiz A4 yang berkilauan di langit kira-kira jam 3.15 petang kelmarin.

Mereka mendakwa, objek berkenaan kelihatan seolah-olah seperti kertas dalam jumlah yang banyak dibuang dari jarak tinggi dan tersusun jatuh.

Dakwa mereka lagi, objek berkenaan dapat dilihat dalam masa kurang satu jam dan ramai pengguna yang memberhentikan kenderaan masing- masing untuk melihatnya.

Ramai yang kagum melihatnya dan beranggapan kesemua itu berlaku atas kehendak ALLAH SWT kerana manusia tidak dapat mencampak apa-apa  barangan daripada ketinggian seperti itu.

Salah seorang yang menyaksikan kejadian tersebut ialah Zalahuddin Ismail, 53.
Pemandu kereta sewa itu menyaksikan sendiri kejadian itu berhampiran stesen kereta sewa selepas dimaklumkan dua wanita yang dipercayai mula-mula melihatnya.

Menurutnya, pemandu kereta sewa yang berada di stesen berkenaan sempat melihat kejadian dianggap pelik itu kemudian diikuti pengguna jalan yang memberhentikan kenderaan setelah dimaklumkan tentang perkara itu.

“Objek seperti ini tidak pernah dilihat sebelum ini dan gambar objek tersebut sukar dirakam kerana kedudukan terlalu jauh.

“Objek ini sesekali kelihatan terlindung di sebalik awan, jatuh sebelum hilang dari pandangan,” katanya ketika ditemui pagi semalam.

Zalahuddin berkata, walaupun hanya seketika dapat melihat objek tersebut, dia yakin ia berlaku atas kekuasaan ALLAH SWT.

Rakannya, Hasan Husin, 56, dari Bukit Sireh berkata, dia tidak pernah melihat kejadian seumpamanya sebelum ini.

Dia yakin kejadian berlaku atas kehendak ALLAH  SWT yang mahu manusia sedar semua boleh berlaku dengan keizinan-Nya.

Menurutnya, jalan berhampiran stesen kereta sewa sesak seketika memandangkan orang ramai memberhentikan kenderaan masing-masing untuk turut melihat kejadian luar biasa itu.

Bagi Pengerusi Persatuan Kereta Zewa Kuala Krai, Mohd Yusoff atau lebih dikenali sebagai Abang Pa berkata, seumur hidupnya ini adalah kali pertama dia melihat objek seperti kertas berada di sekitar awan kemudian jatuh.

Menurutnya, objek berkenaan dapat dilihat dengan jelas dan adakalanya terlindung di sebalik awan dan jatuh sehingga jumlahnya berkurangan dan hilang dari pandangan kurang dari satu jam.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berancuk 14-3-2014 04:28 PM
satuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu malaysiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote Namirul_returns 14-3-2014 04:30 PM
Kertas tercicir dari kapal terbang lain kot....
Quote amiraira 14-3-2014 04:32 PM
ermm...pelik ni
Quote gogo2 14-3-2014 04:32 PM
aku mampu gelak sahaja...

tolong jangan malukan Malaysia lagi!!!
Quote carly_lah 14-3-2014 04:34 PM
bestnye.... sana x jerebu pun... langit cerah.....
Quote sapp73 14-3-2014 04:34 PM
bidio ada tak...dizaman semua orang boleh merakam pakai handphone ni, takkan tak ada yang buat rakaman....alangkan kalau eksiden ramai yang dok merakam dari yang menolong
Quote clarizsa 14-3-2014 04:37 PM
campak apa?? tanglung kot...

i pernah je, makhluk mnde ntah campak kacang dr langit dpan umah.. misteri..
Quote amyainsamad 14-3-2014 04:45 PM
benda ek????
Quote airfilterkotor 14-3-2014 04:46 PM
sains...sains...sains.
Kalu nak kagum sangat dengan ciptaan tuhan, baik kagum saja dengan saiz kumulus nimbus sebesar negeri pahang nun.
Dah laa besar... sangat tinggi, terapung pulak tu. Hari-hari boleh tengok.

Tak perlu laa nak ber.. ber... ber... sebab ini kali pertama makcik tengok objek macam kertas jatuh ramai-ramai dari awan.
Ishkk!!...melawan ekk...ko apa tau, ko tu budak lagik.
Quote AdamBillionaire 14-3-2014 04:57 PM
tahi bintang cirit birit pun orang krai nak kagum ke? alahai..
Quote nanie 14-3-2014 05:02 PM
dah tu...mende nye jatuh ke tanah ke tak?
Quote abbyhoney 14-3-2014 05:05 PM
kalau seorg yg tengok mungkin susah nk percaya tapi kalau dah ramai jadi saksi macamana tu?
Quote airfilterkotor 14-3-2014 05:08 PM
Kagumlah dengan banjaran titiwangsa tu.
Quote cmf_WonBin 14-3-2014 05:16 PM
Bodoh betul orang kampong kat Kelantan.....

Takbir ke hulu ke hilir .....

Tak boleh fikir kaaa sekarang ni berapa puluh bijik pesawat buat SAR ...... itu pon tak boleh fikir kaaa?

Pasal bodoh macam ni laaa mudah kena tipu, orang kata gerenti masuk syurga pon mereka percaya ......

Memalukan betul
Quote cmf_kunyit 14-3-2014 05:21 PM
kuala krai masih sejuk lagi ke suhu 15-18 darjah celcius?
Quote bangcak 14-3-2014 05:23 PM
cmf_WonBin posted on 14-3-2014 05:16 PM
Bodoh betul orang kampong kat Kelantan.....

Takbir ke hulu ke hilir .....

ye laa... org kampong kat kelantan bodoh.
yg bijak bomoh puak songkok kat klia je
Quote spiderman80 14-3-2014 05:36 PM
It's a bird, it's a plane, no.... it's magic carpet!!
Quote bfemmamaembong 14-3-2014 05:48 PM
AdamBillionaire posted on 14-3-2014 04:57 PM
tahi bintang cirit birit pun orang krai nak kagum ke? alahai..

lol....ada2 je la ko dam
Quote artgeex 14-3-2014 06:02 PM
takkan takde seorang pun yang rakuskan like di facebook mahupun instagram yang terpikir nak rakam haaa

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.236276 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top