CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Nak Suap Dah Kena Jilat

13-3-2014 10:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7380| Komen: 54

‘Baru nak suap nasi’
Langkawi: Seorang ibu yang sedang menyuapkan nasi kepada anak perempuannya untuk makan tengah hari hanya mampu menyelamatkan diri apabila rumah mereka dijilat api dalam kebakaran di Kampung Penarak, dekat sini, semalam.


Kejadian berlaku kira-kira jam 12.50 tengah hari menyebabkan lima sekeluarga tinggal sehelai sepinggang berikutan rumah mereka musnah sama sekali, manakala rumah bersebelahan hanya terbakar sebahagian saja selepas diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat.

Mangsa Yusniza Yusuf, 37, berkata kejadian berlaku begitu pantas dan dia gagal menyelamatkan barangan berharga dan kelengkapan rumah.

“Saya baru hendak menyuap nasi kepada anak perempuan berusia dua tahun, tetapi tiba-tiba terlihat asap dan api dari bilik tidur. Saya terus keluar untuk menyelamatkan diri tanpa sempat membawa keluar barang-barang berharga.

“Api marak dengan begitu cepat menyebabkan saya hanya sempat mencapai anak perempuan lalu terus keluar sambil meminta tolong daripada jiran,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.


KEADAAN rumah Yusniza yang hangus terbakar, semalam.


Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 13-3-2014 07:20 AM

KEADAAN rumah Yusniza yang hangus terbakar, semalam.
Quote rospinki 13-3-2014 07:23 AM
Aik..nama kawan aku ni. Ke umah dia kt lgkw ke kt perlis? Ya Allah..kot org lain. Umo sama..
Quote rospinki 13-3-2014 07:25 AM
Fuhh..nasib baik nama sama..bapak nama lain.
Quote alieyrina 13-3-2014 07:27 AM
Eee menyampah ngan tajuk tred  
Quote md_nana 13-3-2014 07:34 AM
X leh blah tajuk thread. Mcm ala2 mistik gitu...
Quote mommymonster82 13-3-2014 07:36 AM
Tajuk xmenahan....
Quote yanasan21 13-3-2014 08:24 AM
tajuk tu mlampau sangat...org kena musibah ni....
Quote kaychek_koksey2 13-3-2014 08:52 AM
kesian...harap mangsa sekeluarga tabah

Quote gaara_X 13-3-2014 08:57 AM
harap keluarga mangsa banyakkan sabar...
Quote linnnda 13-3-2014 09:00 AM
apa bila manusia gila sex membuka thread
Quote batmana 13-3-2014 09:10 AM
tarak ada kemaluan ka?
Quote cikatilia 13-3-2014 09:25 AM
kejadahnya tajuk mcm tuh



Quote ais_kosong 13-3-2014 09:30 AM
xyah la nak sensasikan tajuk
lu meme poyooooo la
Quote ringcat 13-3-2014 09:36 AM
ko layak jadi wartawan metro!
Quote chinta89 13-3-2014 09:41 AM
md_nana posted on 13-3-2014 07:34 AM
X leh blah tajuk thread. Mcm ala2 mistik gitu...

apesal la kan tajuk tuh.. hadoi
Quote prettyuglybabe 13-3-2014 09:41 AM
takziah.. harta dan dokumen boleh diganti. nyawa itu lebih berharga. semoga dipermudahkan buat mereka..
Quote ell768 13-3-2014 09:42 AM
naib baik sempat lari...
Quote donut_1752 13-3-2014 10:12 AM
baru je balik dr langkawi semalam..memang banyak tempat yang terbakar pn..umah tengah pekan kuah (sebelah bayview hotel)..pn boleh terbakar tibe2..cuaca memang terik n panas kt sana
Quote go_kart 13-3-2014 10:27 AM
tajuk thread mcm sampah

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.055186 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top