CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembenihan Awan Ditangguhkan

13-3-2014 10:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5760| Komen: 29

KUALA LUMPUR - Usaha pembenihan awan masih ditangguhkan kerana pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) digunakan bagi memberi tumpuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.

Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Azhar Ishak berkata, sebarang rancangan untuk pembenihan awan kini tertakluk kepada TUDM yang akan memaklumkan pihaknya jika mempunyai pesawat yang boleh digunakan bagi tujuan itu.

"JMM cuma memantau operasi pembenihan awan dan hanya boleh meneruskannya jika ada pesawat yang boleh digunakan sama ada daripada TUDM atau pihak swasta.

"Kita jangka cuaca akan semakin lembap mulai pertengahan bulan ini sehingga April depan secara perlahan-lahan tetapi jika bekalan air masih berkurangan, JMM tetap akan lakukan pembenihan awan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 13-3-2014 07:09 AM

PROSES pembenihan awan ditangguhkan berikutan pesawat TUDM digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MAS yang masih hilang sejak Sabtu lalu.


Quote tongkatwaran75 13-3-2014 07:32 AM
[youtube]5JdT7oKKcWU[/youtube]
Quote pelukis.plan 13-3-2014 07:39 AM
ok mari la kita menderita sama2 asbab MH370
mari kita penuhkan hospital dengan segala masalah pernafasan kerana jerebu
Quote AbukRokok 13-3-2014 07:55 AM
dah ada la thread penangguhan tu
Quote xtahumenahu 13-3-2014 08:11 AM
sesak nafas okehhh arini sbb jerebu...smlm dengar guruh tapi x turun lak hujan
Quote vasepecah 13-3-2014 08:46 AM
xcukup laa pulak pesawat tudm kat negara kite ni ye ....
huh jerebu makin tebal .... anak2 pun sekolah mcm biasa ....
harapnye anak2 ni kuat laa daya tahan badan mereka ....
aku yg xkeluar umah ni pun dah terasa sakit di dada, sakit mata ....

hujan laa hujan .....
Quote Mizlyn 13-3-2014 08:49 AM
patut pembenihan awan dilaksanakan juga... makin teruk jerebu
Quote kaychek_koksey2 13-3-2014 08:58 AM
sambil2 wat anjuran solat hajat besar-besaran utk MH370 tu, pe kata wat skali solat istisqa' utk minta ujan turun. Utk kesejahteraan majoriti rakyat Malaysia jugak.. Semoga cepatla ujan turun. Amin...

Quote gaara_X 13-3-2014 09:02 AM
atasi ngan  bujaksana.....demi sesuatu kepentingan, kepentingan awam diabaikan.....anak beruk kat hutan disusukan, anak kat umah mati kelaparan......
Quote hanna88 14-3-2014 01:21 AM
jerebu da makin teruk..kelam je aku tgk persekitaran huhu..risau betol la..dgn masalah air lg..
Quote bedahmulutpuaka 14-3-2014 09:58 AM
tp yg pasti jerebu makin teruk,...
aku yg duk kat port klang ni, azabnya Allah je yg tahu..
bawak kereta pon kena hati-hati..
silap potong kereta, accident terus..jarak penglihatan terhad..

tebal sgt jerebu..
jgn sampai ade yg mati disebabkan jerebu, br nak ambil tindakan..
Quote gibrana 14-3-2014 10:06 AM
rakyat didahulukan
Quote freekey 14-3-2014 10:07 AM
bedahmulutpuaka posted on 14-3-2014 09:58 AM
tp yg pasti jerebu makin teruk,...
aku yg duk kat port klang ni, azabnya Allah je yg tahu..
bawak  ...

ko duduk area mana?







Quote mirage_46 14-3-2014 10:09 AM
kita yang hidup ni kerajaan kena jaga jugak...  
dah tk tahan sedut asap ni.
Quote asher 14-3-2014 10:11 AM
ya allah..cepat la turunkn hujan..x larat sungguh dh nie..
Quote bedahmulutpuaka 14-3-2014 10:14 AM
freekey posted on 14-3-2014 02:07 AM
ko duduk area mana?

pulau indah.. ko duk port klang gak ke??

teruk kan jerebu
Quote Omong 14-3-2014 10:15 AM
mirage_46 posted on 14-3-2014 10:09 AM
kita yang hidup ni kerajaan kena jaga jugak...  
dah tk tahan sedut asap ni.

sedut asap rokok & sisha ok pulak iye. . .
Quote freekey 14-3-2014 10:17 AM
bedahmulutpuaka posted on 14-3-2014 10:14 AM
pulau indah.. ko duk port klang gak ke??

teruk kan jerebu

ooo... a'ah teruk giler... walaupun bawak kereta pun rasa penuh dgn asap je...

so tak dapat bayangkan for those yg bawak motor..







Quote liton 14-3-2014 10:17 AM
Wahai kerajaan, janganlah dilupakan rakyat yg 30juta ini..Ada tempat, jerebunya dah tahap berbahaya, sek terpaksa ditutup.
Catuan air pun dah meliputi negeri2 lain selain Selangor & KL...

Tolonglah buat sesuatu, aku bukan pentingkan diri sendiri & x fikir hal penumpang MH370, tapi sgt kesian dgn budak2 & org tua yg dah mula tak sihat.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.045695 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top