CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

5 Jenis Ikan Termahal Di Malaysia

11-3-2014 11:33 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 79551| Komen: 92

Malaysia - sebuah negara yg sinonim dgn pelbagai jenis makanan yang lazat daripada pelbagai kaum yg hidup dgn aman damai & harmoni. Jika seseorang mahu menulis tentang kepelbagaian jenis makanan yg diperolehi dlm negara ini, pasti tidak akan habis. Makanan lazat yg terdapat di Malaysia kebanyakannya terdiri daripada ikan. Ikan telah wujud sejak 530 juta tahun dahulu & evolusi hidupan ini telah membawa kepada sumber makanan yg divariasikan. Bacalah tentang 5 jenis ikan termahal yg boleh didapati di Malaysia.

1. Ikan Empurau






Ini adalah ikan yg paling mahal. Sekilogram boleh mencecah sehingga RM550. Dan ini adalah harga yg termurah yg boleh anda dapat! Namun tiada yg mustahil kerana inilah yg dilakukan oleh pecinta ikan tawar yang dikenali dengan nama Empurau. Empurau adalah sejenis ikan daripada spesies Tortambroides atau dikenali juga sebagai "Wong Bu Liau" dalam bahasa Cina. (abaikan bagaimana ia disebut). Ikan ini hanya boleh ditemui di Sarawak & harganya mahal kerana rasanya yg sangat mani, serta isi & teksturnya yg lembut.Apa yg membuatkan isinya begitu lembut & harganya mahal sehingga boleh mencecah RM2000 sekilogram, adalah kerana ia hanya memakan buah-buahan jenis "Engkabang".

2. Ikan Jelawat

  

Sejenis lagi ikan yg mempunyai rasa yg manis & isi yg lembut sama seperti ikan Empurau tetapi tanda harga yg melampau mahal adalah ikan jelawat. Ikan ini terdiri daripada spesies  Leptobarbus hoevenii & berasal daripada keluarga Barb. Isi ikan jelawat yg tergolong dlm jenis omnivor ini sgt lembut dan rasanya agak manis & mempunyai lemak ikan di bawah kulitnya yg mungkin disebabkan ikan ini hanya memakan buah-buahan hutan yg gugur di sepanjang pinggir sungai. Buat masak tempoyak mmg sedap.

3. Ikan Semah



Ikan Semah berasal daripada spesies Tor Labeobarbus, hanya boleh didapati di perairan sungai Borneo, kerana ia tidak boleh ditemui di kawasan lain selain daripada habitat asalnya. Ikan Semah adalah haiwan omnivor tetapi lebih cenderung memakan tumbuh-tumbuhan. Habitat asal ikan ini telah dicemari dengan aktiviti pertanian, pertanian, pembalakan & penangkapan ikan secara berleluasa. Oleh kerana teksturnya yg berbeza dgn ikan air tawar yg lain & juga kerana ia sgt ekslusif, harga sekilogram ikan semah boleh mencecah sehingga RM300.

4. Ikan Tengadak

  

Bagi anda yg menginginkan sesuatu hidangan yg lazat, apa kata anda cuba ikan tengadak, sejenis ikan yg boleh didapati di perairan Borneo. Harga sekilogram ikan ini adalah RM250. Ikan ini mempunyai bentuk tulang halus berbentuk "Y" tetapi rasanya sangat manis & sedapserta isinya yg amat lembut menjadikannya terkenal di kalangan mereka yg menggemari ikan segar berkualiti tinggi dengan harga yg berpatutan.

5. Ikan Ketutu



"Marble Goby Fish" atau "Soon Hock" yg juga dikenali dengan nama ikan ketutu dalam bahasa melayu merupakan antara spesies terbesar dalam keluarga ikan gobi. Ia berasal daripada spesies Oxyeleotris Marmoratus dan habitat semulajadinya adalah di perairan air paya, terusan & tasik. Seperti biasa, ikan yg mahal memiliki tekstur halus & lembut serta rasanya yg amat manis. Ikan ketutu boleh didapati dengan harga RM100 sekilogram & ianya terdiri di tangga yg ke-5 ikan termahal di Malaysia.


Jenis Ikan-----------Harga sekilogram

Ikan Empurau----------------RM550
Ikan Jelawat-----------------RM320
Ikan Semah-------------------RM250
Ikan Tengadak---------------RM250
Ikan Ketutu------------------RM100

  

2

Bagus
3

Marah

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 10-3-2014 04:22 PM
xmenarik rope ikan2 nih..
Quote dubuk 10-3-2014 04:22 PM
fuyyoh fuiyoh fuyyoooohh
Quote Cik_Eena 10-3-2014 04:27 PM
takpelah koi makan ikan pelaling kembung.....ajelah...ikan sungai mahal amat weh penuh tulang temulang pulok tu....mer terasa nok sgt..beli aje hak siap dah begulai...
Quote AdamBillionaire 10-3-2014 04:35 PM
patin buah tak masuk list..

sedih datuk ct...
Quote amiraira 10-3-2014 04:43 PM
nampak mcm x sedap je...
Quote PulutDereyan 10-3-2014 05:16 PM
yang last tu gerun nk makan.. cm rupa ikan bandaran pun ada gak..
Quote stillen 10-3-2014 05:21 PM
Mana Patin Buah? Mana Kelah?
Quote taji2906 10-3-2014 05:27 PM
ikan ketutu tu mahal ke? masa aku nak beli ikan yg aku bela tu ada je jual ketutu ni.. jual hidup la.. dalam rm20-rm30 je kat pudu tu.. tp sebab rupa buruk dan ikan ni jenis statik je aku tak beli.. tokey kata tangkap kat sungai perak..
Quote twins 10-3-2014 05:27 PM
kalau makan gulai patin buah ngan kelah pun pelanggan dah komplen sampai masuk sokkabar bagai... rasanya kalau makan ikan2 yg dalam senarai ni harus di bakor nya terus restoran tu bila dapat bil kott...
Quote daunkesum 10-3-2014 05:39 PM
Ikan ketutu? Hemmm.... takut lak nak makan. Cam pelik jer ikan dia.

Buat masa ni eden suko ikan keli. Ikan keli goreng masak berlado.....hehehe.
Quote robotech 10-3-2014 05:42 PM
Mahal sebab susah nak jumpa. Majoriti ikan termahal tu banyak didapati di sungai2 di Sabah dan Sarawak je.
Quote myakayina 10-3-2014 06:20 PM
nak mkn pun ngeri.. jelawat tu ok lagi la kot..
Quote suefai 10-3-2014 06:25 PM
Ikan ketutu memang sedap biasanya wat masak stim halia
Quote Paput 10-3-2014 07:21 PM
stillen posted on 10-3-2014 05:21 PM
Mana Patin Buah? Mana Kelah?

Ikan semah adalah Ikan Kelah
Quote hasniey 10-3-2014 07:24 PM
kelah xde dlm senarai ke?

teringin pulak ai nk mkn ikan empurau tu
dpt seketul pon jd lah
Quote pakweneelofa 10-3-2014 07:24 PM
itu rupa ikan ketutu tu..dak2 kecik kalau mulut muncung nenek aku kata budak kecik tu buat mulut ikan ketutu..lol
Quote arish9867 10-3-2014 07:59 PM
stillen posted on 10-3-2014 05:21 PM
Mana Patin Buah? Mana Kelah?

ikan patin muncung lagi mahal dari patin buah
Quote vespa_oren 10-3-2014 09:11 PM
arish9867 posted on 10-3-2014 07:59 PM
ikan patin muncung lagi mahal dari patin buah

Ikan arowana gold lagi mahal
Quote azahan 10-3-2014 09:22 PM
ikan kelah tak termasuk ke

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.069700 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top