CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Prk Dun Kajang-Anwar Tidak Boleh Tanding - Karpal

10-3-2014 10:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6663| Komen: 38

Anwar Tidak Boleh Tanding PRK Kajang - Karpal


Karpal bersama dengan Anwar ketika bercakap kepada pemberita di luar mahkamah. 

PUTRAJAYA: Karpal Singh, peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata berikutan keputusan Mahkamah Rayuan pada Jumaat, ketua pembangkang itu tidak boleh bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang.

"Berikutan sabitan kesalahan beliau hari ini, Anwar tidak boleh memfailkan kertas pencalonan untuk pilihan raya kecil Kajang pada 11 Mac (Selasa), " katanya kepada pemberita di mahkamah pada Jumaat.

Anwar dikenakan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan hari ini setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, kira-kira enam tahun lepas.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, yang mengetuai panel tiga hakim dalam pendengaran rayuan pihak pendakwaan, bagaimanapun membenarkan permohonan Anwar untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan dengan mengenakan ikat jamin RM10,000, yang perlu dijelaskan sebelum pukul 11 pagi Isnin.

Ketika mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar, Hakim Balia berkata panel itu sebulat suara memutuskan bahawa hakim perbicaraan terkhilaf dalam penemuannya bahawa sampel DNA digunakan dalam kes berkenaan, telah dicemar.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful (ketika itu berusia 23 tahun), di sebuah unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pada 28 Jan tahun ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan Anwar sebagai calon pakatan pembangkang untuk pilihan raya kecil Kajang setelah anggota dewan undangan negeri kawasan itu daripada PKR Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi berkenaan sehari sebelumnya.

Karpal Singh berkata mengikut Akta Pertubuhan, Anwar yang merupakan penasihat PKR, juga tidak boleh bertanding jawatan presiden PKR pada pemilihan parti itu Mei ini.

Katanya pihak pembelaan akan memfailkan rayuan Isnin ini selepas semua urusan ikat jamin selesai.

Beliau berkata mereka mempunyai masa 14 hari untuk memfailkan notis rayuan.

Sementara itu, ketika menyuarakan pendapat serupa, peguam R. Sivarasa berkata Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor tidak membenarkan Anwar, yang disabitkan kesalahan, bertanding pada pilihan raya kecil itu dan tidak boleh mengemukakan kertas pencalonan Selasa ini. 

12

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putr@polo 7-3-2014 11:49 PM
Anwar Hilang Kelayakan Tanding Di Kajang - Pengamal Undang-Undang

KAJANG: Hasrat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menerusi pilihan raya kecil (PRK) Kajang 'terhalang' dengan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Pengamal undang-undang Datuk Salehuddin Saidin dalam pandangan peribadinya mengikut undang-undang, berkata Anwar kini tidak boleh menjadi calon di Kajang selaras dengan Perkara 64 (4) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

"Perkara itu menyatakan seseorang yang disabitkan dengan suatu kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara selama tempoh lebih setahun atau denda melebihi RM2,000 tidak layak bertanding bagi dipilih ke dalam Dewan Undangan Negeri, berkuat kuasa dari tarikh hukuman dijatuhkan," katanya semasa dihubungi Bernama di sini, malam Jumaat.

Beliau diminta menjelaskan kedudukan Anwar yang mahu bertanding di Kajang pada 23 Mac depan, selepas Mahkamah Rayuan pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara lima tahun, selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, hampir enam tahun lalu.

Salehuddin bagaimanapun menjelaskan bahawa Anwar tidak kehilangan kelayakannya sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh berdasarkan peruntukan Perkara 48(4) Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana di bawah peruntukan itu, kehilangan kelayakan berkuat kuasa selepas pelupusan rayuan, dan Anwar kini mempunyai 14 hari untuk memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman itu ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu, Dekan Kolej Undang-Undang dan Perhubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Muhamed berpendapat keputusan Mahkamah Rayuan itu tidak sepatutnya dikaitkan dengan sebarang usaha menghalang Anwar daripada bertanding di Kajang.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada masyarakat yang akan mempersoalkan mengapa keputusan itu dibuat hanya empat hari daripada tarikh penamaan calon PRK Kajang pada Selasa ini.

"Mahkamah adalah satu entiti bebas. Malah jika diingat, kes ini sudah sepatutnya lama dibicara dan diselesaikan, namun tertangguh disebabkan percubaan Anwar untuk menggugurkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dari mengetuai pasukan pendakwaan.

"Mana mungkin tarikh mahkamah boleh ditetapkan mengikut tarikh PRK Kajang, memandangkan pilihan raya kecil itu juga diadakan secara tiba-tiba ekoran peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) terdahulu," katanya.

Bagaimanapun Ahmad Marthada percaya bahawa kepimpinan pakatan rakyat telah bersedia dengan 'Pelan B' jika Anwar dijatuhkan hukuman dan mempunyai calon lain untuk bertanding di Kajang, dan sudah pasti perkara ini akan diumumkan secepat mungkin.

Bagi penganalisis politik Profesor Dr Oh Ei Sun yang juga Felo Kanan S.Rajaratnam School of International Studies Nanyang Technological University, Singapura, Barisan Nasional (BN) kini mempunyai peluang di Kajang.

Namun pada masa sama, beliau tidak menolak kemungkinan pakatan rakyat akan cuba memancing undi simpati daripada pengundi dengan 'bermodalkan' perkembangan kes itu.

BN menamakan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calonya pada PRK Kajang. - BERNAMA
Quote putr@polo 7-3-2014 11:50 PM
'Saya Tidak Boleh Bertanding Tapi 'Langkah Kajang' Tetap Diteruskan - Anwar

Oleh HEMANANTHANI SIVANANDAM



Anwar ketika ditemui di perkarangan rumahnya di Segambut Dalam, Kuala Lumpur, Jumaat malam. - fotoBERNAMA


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar bahawa 'Langkah Kajang' tidak akan terjejas walaupun beliau tidak boleh bertanding sebagai calon di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Bercakap kepada pemberita di luar perkarangan rumahnya di Segambut Dalam pada Jumaat, Anwar berkata, beliau akan terus memainkan peranan di Selangor.

"Saya tidak boleh bertanding, (tapi) saya akan memastikan dengan rakan-rakan saya dalam Pakatan Rakyat bahawa langkah Kajang tidak akan terjejas.

"Tidak kira siapa yang akan bertanding; mereka akan bertanding atas nama Pakatan, yang akan terus membangunkan Selangor.

"Saya akan terus memainkan peranan utama di Selangor," kata Anwar yang kelihatan bersemangat.

Anwar dalam perjalanan ke Kajang untuk bertemu dengan pemimpin Pakatan Rakyat bagi membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Ketika ditanya siapa calon yang terlintas di fikirannya, Anwar berkata, beliau akan berbincang dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain mengenai perkara itu.

Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan pada Jumaat setelah didapati bersalah meliwat Saiful, enam tahun lalu.

Beliau dituduh meliwat Saiful, ketika kejadian berumur 23 tahun, di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga anggota mendengar rayuan pihak pendakwaan dalam kes itu, bagaimanapun membenarkan permohonan Anwar bagi penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan, dengan jaminan RM10,000.

Hakim Balia memerintahkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang membayar jaminan itu Isnin ini sebelum 11 pagi.
Quote putr@polo 7-3-2014 11:55 PM
SPR kaji kelayakan Anwar tanding PRK Kajang


PUTRAJAYA 7 Mac - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti peruntukan undang-undang berhubung kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hari ini didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, memandangkan kes seumpama itu kali pertama kali berlaku, kajian terperinci harus dilakukan bagi mengelakkan sebarang implikasi.

``Kajian akan dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959,'' katanya kepada Bernama hari ini.

Mahkamah Rayuan hari ini mendapati Anwar yang juga Ketua Pembangkang bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas membenarkan rayuan pihak pendakwa.

Abdul Aziz berkata, mengikut undang-undang, sepatutnya jika dikenakan hukuman penjara lebih daripada setahun atau denda lebih daripada RM2,000, secara automatik hilang kelayakan bertanding.

"Namun kita akan mengkaji adakah rayuan Anwar, jika dibuat, untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan boleh diguna pakai untuk beliau bertanding," katanya.

Abdul Aziz berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan penasihat undang-undang SPR mengenai perkara tersebut.

Pihak pendakwa merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012, yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd. Saiful di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Penamaan calon bagi PRK DUN Kajang ditetapkan Selasa ini dan pengundian pada 23 Mac. - BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ajang#ixzz2vIDkwvkP
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote putr@polo 7-3-2014 11:56 PM
'Sabitan untuk pastikan saya tak bertanding'


Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim hari ini berkata sabitan terhadapnya hari ini adalah untuk memastikan beliau tidak boleh bertanding di Kajang.

Katanya, yang cukup menariknya ialah pendakwa yang dilantik kerajaan, Datuk Muhammad Shafee Abdullah membuat rujukan khas kepada Kajang dalam mitigasi.

"Peguam saya telah diminta mengosongkan tarikh 7-10 April, dan tarikh-tarikh ini telah dibawa ke hadapan kerana ini (Kajang)," katanya.

"Karpal mempunyai perbicaraan kes bunuh pada hari Khamis dan dia telah diminta mengosongkan tarikh itu untuk perbicaraan ini," katanya.

Ditanya apa yang akan berlaku kepada Kajang tanpanya, ahli politik yang berusia 66 tahun itu berkata, kawasan pilihan raya itu akan menjadi lebih kuat.

Sambil ketawa Anwar berkata beliau yakin partinya akan menjadi lebih kukuh lagi kerana "bos mereka dalam kepayahan".

"Saya secara peribadi akan ke sana dan berkempen bagi memastikan kemenangan," katanya.
Quote najib888 7-3-2014 11:57 PM
Status ahli parlimen cm ne plak? Adakah masih kekal sbg AP? Ke cam ne?
Quote zorrro_03 7-3-2014 11:57 PM
Senyum sampai telinga laaa set2 balaci parti rasuah terbesar.  
Quote putr@polo 7-3-2014 11:57 PM
Anwar tak dapat bertanding di Kajang



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan dapat bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang pada 23 Mac ini kerana sabitannya dalam kes liwat II hari ini, membatalkan kelayakannya untuk menjadi calon.

Naib Presiden PKR, N Surendran berkata memandangkan Anwar telah disabitkan, maka soal "kehilangan kelayakan tidak dapat dielakkan".

Ketika Anwar menanti mitigasi bagi hukuman terhadapnya, yang akan diumumkan Mahkamah Rayuan lewat hari ini, Surendran berkata bahagian penting sekarang ialah kemungkinan "penangguhan pelaksanaan hukuman".

Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa seseorang individu yang disabitkan, tidak berkelayakan untuk menjadi calon jika sabitan itu termasuk hukuman penjara lebih setahun, atau denda lebih RM2,000.

Ini juga dinyatakan dalam buku panduan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon pilihan raya.
Quote Maideen. 7-3-2014 11:58 PM
Alangkah ruginya rakyat Selangor (termasuk yang membuka warong nasi berlaok tepi tong sampah DBKL setelah berbondong bondong turun dari bas express kat Selayang) bila peliwat tua dari Penang tak dapat jadi MB Selangor.......
Quote ciptaan_Awlah 8-3-2014 12:02 AM
Allahuakbar
satu kejayaan jihad utk bontot Saiful  
Quote putr@polo 8-3-2014 12:04 AM



Live dari Kajang.. DSAI ucap penuh kata semangat..
Quote mbhcsf 8-3-2014 12:07 AM
u see? apa fungsi buat kecoh kat PRK Kajang?

sebab  yg I boleh speculate :  kes liwat dia ni kan? he knows he could not stand a chance lagipun setelah Hillary Clinton declared that the US - Obama go'ment is supporting the current establishment - we can see him dwindling ..

u see?

Quote mbhcsf 8-3-2014 12:08 AM
kompang je lebih...PRK  Kajang tu...

sapa lagi percaya makhluk ni ye?

Quote mbhcsf 8-3-2014 12:10 AM
putr@polo posted on 7-3-2014 11:50 PM
'Saya Tidak Boleh Bertanding Tapi 'Langkah Kajang' Tetap Diteruskan - Anwar

Oleh HEMANANTHANI SIV ...

tangguh lagi...ye ..hihih

i nak  dengaq komen isterinya Dr Wan Azizah - yg well mendapat anugerah Siti Khadijah  tu kaan hal ini
what's her comment ?
Quote ColbyRaikkonen 8-3-2014 12:15 AM
Boleh sapa bagitau bila tarikh kes anwar nie sebenarnya diputuskan. Macamkan kebetulan sajakan sebab 11 Mac nak hantar pencalonan. Kalau actually sebelum annouce Kajang Move, tarikh court nie dah decide...mmg nampak sangat la kannnn
Quote BelovedTaeyeon 8-3-2014 12:17 AM
Salaam.

Aku sedih sangat tadi.

Tengok dia bersemangat, ALHAMDULILLAH.

Perjuangan tetap diteruskan.

Sejak 1999 aku mengundi; takkan ku undi Barang Naik.
Quote mbhcsf 8-3-2014 12:19 AM
so apa status parlimen permatang pauh?
Quote pyropura 8-3-2014 01:30 AM
mbhcsf posted on 8-3-2014 12:19 AM
so apa status parlimen permatang pauh?


..walau Pkr letak kambing bertanding di P. Pauh, Umeno takkan memang, itulah  statusnya....
Quote thessailly 8-3-2014 01:58 AM
cuba letak kambing seko bertanding..

aku nk tgk gak..


cai peliwat ni..bab bebual no #1

Quote cupin_cipin 8-3-2014 02:16 AM
datin seri wan azizah adalah calon terbaik PRK Kajang

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.067233 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top