CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Ford Bakal Melancarkan Suv Ecosport & Fiesta St

7-3-2014 11:17 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5242| Komen: 0

Ford bakal melancarkan SUV EcoSport & Fiesta ST tidak lama lagi



Semalam Ford telah mengumumkan bakal memperkenalkan beberapa lagi model untuk pasaran malaysia bagi merancakkan lagi jualan kenderaan Ford di sini. Sekali gus bersedia memenuhi kehendak yang diperlukan oleh para pelanggan.

Tiga model yang telah sah bakal dilancarkan tidak lama lagi ialah SUV kompak urban EcoSport serba baharu, kereta prestasi global kedua Ford di Malaysia, Fiesta ST dan Ford Fiesta 1.0 EcoBoost.

Enjin 1.0L EcoBoost menawarkan kuasa dan prestasi seperti sebuah enjin petrol 1.6L konvensional, bersama penjimatan bahan api dan emisi karbon dioksida yang mendahului kelasnya. Dijangkakan Fiesta 1.0 EcoBoost bakal dilancarkan pada April ini.

Secara tidak langsung, Ford turut mengharapkan agar kesemua model baharu berkenaan mampu melonjakkan lagi jualan jenama ini di Malaysia pada 2014.

Tahun ini juga, Ford akan melancarkan transit pemasangan tempatan pada bulan depan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan sebuah kenderaan komersial berkualiti tinggi, boleh dipercayai dan mampu milik di Malaysia.

Selain mengesahkan kehadiran model baharu bagi pasaran Malaysia, Ford turut mengumumkan kejayaan jualan yang tercatat pada Januari yang lalu. Dengan menganggap ia sebagai momentum tahun baru yang bermula dengan kukuh apabila jualan bulan Januari meningkat sebanyak 19 peratus berbanding bulan sebelumnya kepada 1,122 unit.

Prestasi memberangsangkan itu dipacu oleh permintaan kukuh terhadap trak pikap Ranger serba baharu yang mendefinisikan segmennya. Di samping pertumbuhan mantap model Focus serba baharu yang sarat dengan teknologi serta Kuga serba baharu yang mendahului segmennya dan Fiesta yang dilancarkan baru-baru ini.

“Ini sememangnya waktu yang mengujakan buat Ford di Malaysia. Sejak beberapa tahun lalu, kami telah memperkenalkan satu siri kenderaan yang mendahului segmen masing-masing. Para pengguna di Malaysia juga menunjukkan minat yang sangat memberangsangkan,” ujar Pengarah Urusan, Pasaran Membangun Asia Pasifik dan Malaysia, Ford Motor Company, David Westerman.



Ranger serba baharu terus menjadi model paling laris Ford di Malaysia dengan menyumbang peningkatan jualan runcit sebanyak enam peratus dari bulan Disember kepada 626 unit.

Menampilkan versatiliti dan kemampuan yang tiada bandingan, Ranger serba baharu benar-benar telah menetapkan satu penanda aras baharu dalam aspek prestasi, kualiti, kemampuan, penjimatan bahan api dan keselesaan. Semua faktor ini membantu menjana permintaan yang luar biasa.




Manakala Fiesta baharu yang menerima penambahbaikan signifikan pula menunjukkan prestasi bulanan terbaik sejak dilancarkan dengan jualan meningkat sebanyak 39 peratus iaitu mencecah 282 unit berbanding bulan sebelumnya.

Bagi Ford Focus serba baharu pula merekodkan lonjakan jualan mencecah 26 peratus iaitu 125 unit pada bulan Januari berbanding Disember lalu.

Kuga serba baharu juga menyumbang kepada prestasi bulanan yang kukuh dengan jualan mencecah 64 peratus.

Memandangkan jualan rangkaian produknya terus berkembang, Ford kekal komited untuk menawarkan para pelanggannya dengan akses lebih mudah melalui rangkaian yang luas di seluruh negara. Usaha ini pasti memberi kemudahan, servis selepas jualan, selain pengalaman pemilikan dan pelanggan yang tiada tandingan.

Ford merancang untuk terus mengambangkan rangkaian pengedarnya ke 50 lokasi dan melancarkan lapan kemudahan Quick Lane menjelang akhir tahun ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.053643 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top