NILAI: Seorang pelajar warga Afrika berusia 26 tahun maut ditembak di kepala dalam kejadian di tempat letak kenderaan blok penginapan sebuah kolej swasta di Mantin, di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa dipercayai terbabit dalam pergaduhan sebelum ditembak. Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Abdullah Roning berkata, sebaik menerima panggilan pihaknya ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu. Menurutnya, polis menemui mangsa terbaring bawah pokok di lokasi kejadian dengan kesan luka di kepala dipercayai ditembak. "Kita masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian itu. Hanya satu das tembakan dipercayai dilepaskan suspek. "Pemeriksaan awal kita (polis) percaya mangsa melarikan diri lebih 100 meter sebelum dia ditembak," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
MAYAT mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat. ANGGOTA polis menenangkan rakan mangsa di tempat kejadian, semalam. Sekumpulan pelajar warga Afrika cuba menimbulkan provokasi kerana tidak puashati Nilai: Sekumpulan pelajar warga Afrika sebuah kolej swasta cuba menimbulkan provokasi dengan membuat kecoh dipercayai kerana tidak puas hati selepas seorang rakan mereka ditembak mati di tempat letak kenderaan sebuah blok penginapan kolej berkenaan di Mantin, di sini, semalam. Kumpulan kira-kira 50 pelajar terbabit turut bertindak biadab dengan mengeluarkan kata kesat dan memaki hamun pegawai dan anggota polis yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian, namun berjaya dileraikan dalam masa 10 minit. Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, seorang pelajar warga Afrika berusia 26 tahun ditemui mati di bawah pokok tempat letak kenderaan berkenaan selepas terkena satu das tembakan di bahagian kepala. Ketua Polis Daerah Superintendan Abdullah Roning berkata, lelaki terbabit dipercayai dikejar suspek sebelum dia ditembak berikutan penemuan telefon bimbit miliknya kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian. “Polis menerima panggilan kejadian jam 5.30 petang dan ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan. Hasil pemeriksaan forensik mendapati ada kesan kecederaan di bahagian kepala akibat terkena tembakan,” katanya. Abdullah berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti suspek dan motif kejadian itu. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan akan mengambil keterangan individu yang menemui mayat mangsa serta rakan mangsa untuk mendapatkan gambaran penuh kejadian.
|
HannahMontana posted on 6-3-2014 11:05 PM
esok2 pendatang kepung org2 Malaysia ,habis diikat ,dirogol ,disembelihnya kita ,sebab mrk kan ramai ...
noor2 posted on 6-3-2014 11:08 PM
negara cina undang2 ketat...semua takut dgn undang2...
kawan pernah duk shanghai beberapa tahun ...
HannahMontana posted on 6-3-2014 11:11 PM
ye
tp sekali kita terpengsan ke kena serang ditengah jalan , ada ke persis Bruce Lee ke , Jacki ...
noor2 posted on 6-3-2014 11:12 PM
hat tu kelemahannya pulak...disebabkan undang2 terlalu tegas sampai sifat kemanusiaan terpaksa hil ...
ADVERTISEMENT