Tahniah MH Online ucapkan kepada pasangan selebriti popular, Diana Danielle dan Farid Kamil yang telah mengikat tali pertunangan di kediaman aktres itu di Damansara pada Ahad lalu.
Memetik laporan akhbar Berita Harian, pada majlis berlangsung sekitar pukul 4 petang, Diana menerima sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibu Farid sebagai tanda dia sudah 'diikat' selepas tiga tahun menjalinkan hubungan cinta. "Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Sebagai ibu, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat anaknya bahagia. "Harap-harap pertunangan ini kekal sehingga ke jenjang pelamin dan Farid dapat menjaga Diana dengan baik," ujar ibu Diana, Norsiah Ramli yang sudahpun merancang majlis ini sejak sebulan yang lalu. Dalam majlis itu, Diana yang mengenakan baju kurung corak songket pancawarna dan dirias jurusolek Chot menerima tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas lima dulang. Difahamkan, tarikh perkahwinan Diana dan Farid masih belum ditetapkan, tetapi pertunangan mereka akan diikat selama setahun sahaja.
|
Reply totokreturn
kau bila kat rumah CI tu nampak gagah perkasa kau...
bila ko msk board ...
noreen Post at 27-2-2012 18:54
ADVERTISEMENT