Cari jodoh cara pantas Bermodalkan RM40, individu boleh ikuti program suai kenal
Sebilangan orang buat apa saja untuk mencari jodoh serasi. Dengan pelbagai medium yang ada, tugas mencari pasangan hidup semakin mudah. Kini, bermodalkan RM40, individu yang belum mempunyai teman hidup boleh mencari pasangan yang sesuai dalam tempoh 90 saat. Bayaran yang rendah, peluang untuk bertemu ramai orang bujang dalam situasi yang romantik menerusi perkhidmatan cari jodoh yang dikenali sebagai speed dating atau janji temu pantas. Ketika ini janji temu pantas, menjadi aliran individu bujang yang ingin mendirikan rumah tangga. Hasil maklumat daripada rakan yang pernah mengikuti aktiviti ini, mendapati modus operandi janji temu pantas hanya memerlukan pengguna mendaftar secara dalam talian dengan membayar RM40 terus ke dalam akaun syarikat seperti yang dipamerkan dalam laman web. Individu yang sudah berdaftar akan dimaklumkan melalui e-mel mengenai tempat pertemuan, tarikh dan masa janji temu. Kaedah itu mampu menarik perhatian orang ramai, khususnya mereka yang memang sedang mencari teman hidup. Sertai janji temu pantas Baru-baru ini, wartawan FAMILI mencuba menyertai program janji temu pantas ini untuk melihat adakah ia berkesan untuk mencari jodoh. Tepat jam 8 malam, penulis ke sebuah restoran yang terletak di ibu kota, sebaris dengan pelbagai premis hiburan yang menjadi kunjungan pelancong setiap hujung minggu. Suasana restoran gelap, ditambah alunan lagu, berjaya menimbulkan suasana romantik, sekali gus menghilangkan rasa bimbang yang mula menyelubungi diri. Sebaik mendaftar dan dihidangkan dengan minuman, makanan dan dihiburkan dengan aktiviti suai kenal bagi menghilangkan gementar, peserta diberikan penerangan mengenai atur cara serta perjalanan aktiviti pada malam itu. Selepas setengah jam, 10 peserta wanita diarah mengambil tempat masing-masing di salah satu meja yang disediakan, manakala peserta lelaki diminta menunggu arahan daripada penjaga masa. Penulis kemudian mengambil tempat duduk di meja kelima, yang turut disediakan pen dan borang bersama soalan untuk diajukan kepada pihak lelaki. Sebaik menerima isyarat daripada penjaga masa, meja penulis dikunjungi seorang lelaki warga asing dalam lingkungan 30 tahun, berkemeja biru dan seluar hitam, dengan pantas memulakan bicara. Selang lima minit, penjaga masa mengarahkan individu lelaki untuk beralih ke meja seterusnya dan keadaan ini berterusan selama lebih satu jam. Risiko ditipu Apa yang menarik mengenai perkhidmatan janji temu pantas ini adalah individu yang tidak menyukai pasangan di hadapannya, boleh membuat keputusan dalam tempoh 30 saat dan beralih kepada teman lain. Tinjauan FAMILI BH juga mendapati lapan daripada 10 lelaki yang hadir di meja penulis terdiri daripada warga asing, berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun. Malah, sebaik tamat sesi perkenalan dan penulis dimaklumkan dua individu yang menepati kriteria yang dicari dan penganjur memberikan nombor telefon individu berkenaan untuk dihubungi. Apa yang menjadi kebimbangan adalah selepas maklumat pengguna didedahkan kepada pihak lain, syarikat berkenaan tidak akan bertanggungjawab terhadap tindakan susulan yang dilakukan individu berkenaan. Pasangan yang sudah berkenalan dan ingin melanjutkan perhubungan, boleh mengatur janji temu dan pertemuan tanpa pengawasan pihak ketiga. Langkah itu nyata mengundang bahaya kerana perbuatan itu bukan saja membolehkan seseorang itu ditipu, malah dikhuatiri berlakunya kejadian rogol.
|
kelip2_07 posted on 5-3-2014 03:27 PM
90saat bl jnjikn bahagia seumur idup ke??ssh jgk tu nk wat kptsn wlpn calon dh ade
annehuda posted on 5-3-2014 03:21 PM
speed date namenye. nnt dikasi masa beberapa minit utk berkenalan pastu berkenalan ngan org lain p ...
NIXAR posted on 5-3-2014 03:27 PM
itu dah gangbang......cthnye 3 jejaka suka 1 gadis....kena berlengan dulu x?
vespa_oren posted on 5-3-2014 03:30 PM
Boleh lah untuk jantan kesepian dalam forum nie yg dah desperate nak ada pasangan, daripada sibuk P. ...
ADVERTISEMENT