CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Hafiz Dikejar Janda!

4-1-2013 09:35 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 30649| Komen: 201

Janda Meletup Tergila-gilakan Hafiz Suip



KL, 3 JAN 2013: Adatlah apabila menjadi penyanyi popular. Ada saja yang mengaku bahawa dia merupakan kekasih kepada selebriti tersebut, walaupun dia sudah tahu bahawa penyanyi berkenaan sudahpun berpunya.

Baru-baru ini Murai Batu difahamkan seorang wanita berstatus janda telah menyerang penyanyi Awan Nano, Hafiz Suip ketika artis muda berbakat besar itu sedang menunggu untuk sesi temubual bersama segmen Stailista untuk program Propaganza.

Lebih huru-hara lagi apabila janda meletup berkenaan telah memujuk rayu Hafiz supaya memilihnya untuk menjadi teman
hidupnya di hadapan beberapa krew yang berada di set lokasi penggambaran berkenaan.

Terkejut bukan kepalang, Hafiz juga khabarnya telah dipaksa supaya menjadi pak sanggup kerana janda berkenaan rupa-rupanya sudah memiliki seorang anak lelaki hasil daripada hubungannya yang lalu.

Murai Batu difahamkan, wanita berkenaan sanggup datang jauh dari Kuantan, Pahang semata-mata ingin bertemu Hafiz kerana sudah lama menanam perasaan terhadap juara Akademi Fantasia 7 itu sejak dia mula-mula terjun ke dalam bidang seni.

Tetapi daripada apa yang Murai Batu diberitahu, Hafiz khabarnya cukup bijak mengawal perasaannya meskipun di dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu.

Hafiz tidak mudah melenting, sebaliknya meminta janda berkenaan menjelaskan perkara sebenar yang mungkin boleh di bawa berunding tanpa melukakan hati mana-mana pihak.

Bukan janda itu saja, malah khabarnya anak lelaki janda itu juga merupakan peminat tegar Hafiz.

Malah, atas alasan itu juga yang membuatkan janda berkenaan cukup berani untuk bertemu dan memujuk Hafiz supaya berkahwin dengannya, meskipun hakikatnya dia tahu dan sedar bahawa Hafiz sudahpun berpunya.

Janda berkenaan juga tidak segan silu berkongsi gambarnya (diatas) dengan portal murai.com.my bagi membuktikan rasa cinta dan kasih yang begitu mendalam terhadap Hafiz.

Bagi Murai Batu, perasaan kasih dan cinta tidak boleh dipaksa. Ianya lahir secara semulajadi setelah beberapa kali bertemu dan mengenali hati budi masing-masing.

Sikap serta tindakan janda berkenaan menyerang Hafiz di set penggambaran adalah adegan yang tidak ingin kita lihat lebih-lebih lagi kepada selebriti popular sepertinya.

Apa yang pasti, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini, supaya ianya tidak akan berlaku kepada sesiapa saja.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 3-1-2013 10:12 PM
ppuan rambut pndek tu sapa lak?
Quote lotionmilo 3-1-2013 10:16 PM
rancangan apa nih
Quote hantu_poyos 3-1-2013 10:20 PM
September14 posted on 3-1-2013 10:12 PM
ppuan rambut pndek tu sapa lak?

Janda anak satu tu lah...
Quote September14 3-1-2013 10:28 PM
hantu_poyos posted on 3-1-2013 10:20 PM
Janda anak satu tu lah...

cantik gak ek n mcm muda lagik.. sesuai dgn hapis
Quote an2toncit 3-1-2013 10:32 PM
apis ni awek dia dok kat apartment dekat alam damai....selalu dtg jemput awek dia tu.....sebulan 2 ni je takde.....dah clash kot
Quote parasitology 3-1-2013 10:32 PM
dasatnya apis....janda pun boleh kemaruk ngan adik comey neh taste anak hekan sangat....
Quote AbukRokok 3-1-2013 10:39 PM
kesiannyeeee
Quote shiraloveyou 3-1-2013 10:49 PM
ni btul2 ke rekaaan je??murai,bkn bleh dipercayai sgt
Quote bobok_berhabok 3-1-2013 10:50 PM
drama swasta ape plak ni . bia betol ? dh la pompuan tu kire cun jgak .
Quote hasniey 3-1-2013 10:56 PM
seriously?
janda yg tgk preknen ni dok gila byg kt apis
ke saje nk carik pak sanggup
tp xmalu btol pompuan ni siap sanggup bg gmbar lg
Quote jerukkedondong 3-1-2013 11:06 PM
janda pun ada perasaan...
tapi silap byk la kalau apis pilih janda ni.....
Quote anazays 3-1-2013 11:10 PM
rasenye ini hafiz kene prank utk cite haa kan dah kena kat astro ceria tuu tak silapp kott. hari sabtu ni, kul 11.30pagi. hehehehehe
Quote luraziera 3-1-2013 11:14 PM
sape gf hafiz neno neno neno?
Quote asteruk 3-1-2013 11:27 PM
an2toncit posted on 3-1-2013 10:32 PM
apis ni awek dia dok kat apartment dekat alam damai....selalu dtg jemput awek dia tu.....sebulan 2 n ...

ya ke? mana kau tau? hafiz salu dtg bawak kete apa? aku berminat nak tau pasal hafiz ni..aku laki..tapi aku mcm entah..bukan minat or suka dia..tp mcm teringin nak tau lebih lanjut pasal dia..kau tau tak hafiz ni tinggal mana? mesti kondo kan? kondo mana ek? dia tinggal ngan family dia or tinggal sorang2? cite la apa2 pasal dia..aku teringin nak tau..
Quote tomet05 3-1-2013 11:34 PM
NGANDUNG PUN GILERKAN APIS ..
Quote Along_XX 3-1-2013 11:41 PM
Hahahahahaha......adoi la.....caya la citer murai tu!!
Quote perang_saudara 3-1-2013 11:42 PM
janda tapi dara
Quote menjad 3-1-2013 11:45 PM
Janda pun ader perasaan gek... tp perlu ker nak merayu2 bagai... nak meluat org tengok...
Quote miawpink 3-1-2013 11:49 PM
betul ke ni??

Lihat semua komen(201)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.300019 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top