KUALA LUMPUR 28 Feb. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Terengganu, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan akhbar lidah rasmi Pas, Harakah membayar ganti rugi RM200,000 kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said setelah didapati memfitnah beliau. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Rosilah Yop memutuskan demikian selepas membenarkan tuntutan Ahmad terhadap Syed Azman dan tiga yang lain berhubung dakwaan penyelewengan bantuan sekolah berjumlah RM30 juta dalam satu artikel yang disiarkan oleh Harakah, tiga tahun lalu.
Rosilah yang membuat keputusan itu di kamar hakim di sini turut memerintahkan keempat-empat defendan terbabit membayar kos RM30,000. Peguam Helmi Hamzah yang mewakili Ahmad memberitahu pemberita, mahkamah turut mengeluarkan perintah injunksi menghalang semua defendan menerbitkan kata fitnah dan artikel bertajuk Seleweng RM30 juta bantuan sekolah dalam akhbar Harakah atau akhbar lain. Pada 15 Disember 2011, Ahmad selaku pihak plaintif memfailkan saman dengan menamakan Syed Azman; pemegang permit akhbar Harakah, Datuk Mustafa Ali; Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman; dan pencetaknya, Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. masing-masing sebagai defendan pertama hingga keempat. Dalam tuntutannya, plaintif mendakwa, Syed Azman mengeluarkan kenyataan yang tidak benar, berniat jahat dan berunsur fitnah dengan niat supaya ia disebarkan di dalam Harakah sehingga artikel bertajuk Seleweng RM30 juta bantuan sekolahditerbitkan. Mereka mendakwa, Ahmad Lutfi sebagai Ketua Pengarang Harakah yang permitnya dipegang Mustafa gagal mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kesahihan artikel itu sebelum membenarkan ia disiarkan di dalam muka surat kelima akhbar berkenaan pada 11 hingga 13 November 2011. Pada asalnya, selain Ahmad, dua peniaga, Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami Nordin daripada syarikat Hamie Enterprise yang diberi kontrak membekalkan pakaian dan peralatan sekolah, turut dinamakan sebagai pihak plaintif dalam saman itu. Bagaimanapun, menurut peguam defendan, Azhana Mohd. Khairuddin kepada pemberita, tuntutan Mek Hawa dan Hami Azreen telah ditolak atas alasan kedua-duanya gagal membuktikan kes mereka terhadap pihak defendan. Menurut beliau, mahkamah turut memerintahkan kedua-duanya membayar kos RM30,000 kepada pihak defendan. Azhana juga berkata, pihaknya akan mendapatkan arahan daripada defendan-defendan sama ada akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini. |
17
Bagus |
26
Marah |
7
Terkejut |
5
Sedih |
6
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
akughi posted on 3-3-2014 10:49 AM
kitab haramkah mmg kaki penipu, kaki fitnah, kaki memecahbelahkn org melayu......
syiallllll..... ...
JohnLaba posted on 3-3-2014 11:19 AM
Kitab utusan pon apa bezanya...
Wa tolong gelak je la kat macai2 ni semua..
JohnLaba posted on 3-3-2014 11:19 AM
Kitab utusan pon apa bezanya...
Wa tolong gelak je la kat macai2 ni semua..
akughi posted on 3-3-2014 11:33 AM
bile utusan kene saman, macai semua bersorak dan cakap utusan kaki fitnah....
siap boik ...
JohnLaba posted on 3-3-2014 11:37 AM
wa tunggu ceramah mana nanti dia nak collect derma tu...
Kalu ceramah UAI wa rasa satu har ...
Maideen. posted on 3-3-2014 11:42 AM
Hahahaha....jangan lupa faedah keatas jumlah RM200k itu dikira dari tarikh penghakiman sehingga tari ...
Maideen. posted on 3-3-2014 11:42 AM
Hahahaha....jangan lupa faedah keatas jumlah RM200k itu dikira dari tarikh penghakiman sehingga tari ...
ADVERTISEMENT