CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Tidak Setuju Dr Mahathir; Br1m Subsidi Bersasar

3-3-2014 05:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7129| Komen: 38

Meskipun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mempertikaikan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Datuk Seri Najib Razak sebaliknya mempertahankan pemberian "one-off" secara tunai itu kerana ia merupakan subsidi bersasar.

Perdana menteri berkata, pemberian wang tunai sebanyak RM650 kepada isi rumah berpendapatan rendah dan RM250 kepada individu bujang membantu perkembangan ekonomi domestik.

"Lebih baik kurangkan subsidi pukal kepada subsidi bersasar. Melalui BR1M dan BR1M ketiga ini, lebih 7 juta isi umah (menerima BR1M) dengan perbelanjaan RM4.6 bilion.

"Hari pertama sudah ramai pergi Sogo, ramai pergi pasar minggu," kata Najib ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Dr Mahathir semalam mempersoalkan program BR1M kerajaan pimpinan Najib, dan mengingatkan ahli politik Barisan Nasional (BN) supaya tidak berada dalam khayalan bahawa pemberian tunai secara meluas seperti itu boleh memberikan sokongan yang lebih kepada kerajaan.

"perlukah kita akan BR1M? Tanpa BR1M pun, kita pernah mendapat sokongan rakyat," tulis Dr Mahathir dalam blognya, CheDet.cc.

"Jika mereka tidak sokong, ia adalah kerana mereka tidak puas hati dengan sesuatu, malah mungkin tentang BR1M. Cari sebab mengapa mereka tidak puas hati dan anda akan tahu apa perlu dilakukan," katanya dipetik daripada blog berkenaan.

Mempertahankan polisinya itu, Najib berkata, melalui pemberian BR1M, selain individu penerima menerima manfaat, ekonomi tempatan turut berkembang, berbanding subsidi pukal.

"Teori ekonomi kita adalah, kurang subsidi kita boleh tambah peruntukan untuk pembangunan.

"Saya berharap Rancangan Malaysia ke-11 kita boleh tambah peruntukan lagi untuk pembangunan. Pembangunan mesti tambah lagi dan tidak boleh tambah melalui berhutang.

"Kalau hutang terus bertambah ekonomi akan merudum," katanya.

Najib berkata, beliau sedia maklum kesan sampingan daripada dasar rasionalisasi subsidi yang digunakan kerajaan BN akan meningkatkan kos sara hidup rakyat, namun perkara itu hanyalah bersifat sementara.

"Dasar rasionalisasi memang tepat walaupun sehari dua berlaku isu kos kenaikan hidup, kita amat sensitif.

"pelbagai usaha kita lakukan, harga pun bertambah stabil lagi. Kita memang memberi perhatian tentang masalah rakyat, kita boleh bantu rakyat lagi," katanya.

Rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan kerajaan menyaksikan penarikan balik beberapa subsidi seperti gula dan bahan api menyaksikan harga beberapa barangan keperluan pengguna meningkat.

Selain itu, dasar berkenaan turut menyaksikan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6% bagi menggantikan Cukai Perkhidmatan dan Cukai Jualan sebanyak 10%.

Dalam kritikannya, Dr Mahathir juga memberikan perkiraan jumlah besar terpaksa dibelanjakan kerajaan bagi menampung pemberian BR1M.

"RM500 seorang untuk 7 juta orang bermakna kerajaan membelanjakan RM3.5 billion. Jika kadar BR1M ditambah kepada RM1,200, kos ini menjadi RM8.4 billion.

“Ini jumlah wang yang banyak. Tetapi masih ramai lagi orang miskin di negara ini," tulisnya, sambil menambah bahawa walaupun beliau menyokong kerajaan, ada beberapa perkara yang beliau tidak bersetuju.

Putrajaya mengumumkan fasa ketiga program BR1M tahun ini, dengan nilai bantuan ditambah daripada RM500 kepada RM650 bagi kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, manakala RM450 bagi kategori berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000.

Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun menerima kenaikan RM100, menjadikan jumlah bantuan RM650, manakala bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan RM2,000 dan ke bawah diberi penambahan RM50, menjadikan bantuan kepada RM300. - 3 Mac, 2014.



7

Bagus
15

Marah
23

Terkejut
12

Sedih
10

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote atira 3-3-2014 11:36 AM
najib dgn madey bergasak...
urban2 tepuk tangan
Quote dino 3-3-2014 11:38 AM
atira posted on 3-3-2014 11:36 AM
najib dgn madey bergasak...
urban2 tepuk tangan

che det dok kritik najib tuh..... nak bg anak babah naik ke ape....
sapa tahu ape arti semua nih
Quote JohnLaba 3-3-2014 11:39 AM
Wa rasa tak lama dah najib neh...

Lu dah berani lawan tokey..

lu tunggu la nasib lu macam Pak Lah..
Quote atira 3-3-2014 11:42 AM
dino posted on 3-3-2014 11:38 AM
che det dok kritik najib tuh..... nak bg anak babah naik ke ape....
sapa tahu ape arti semua n ...

tapi yg isu ni.. aku setuju dgn kritikan madey

tapi nak naikkan anak dia yg lemau tu... oh.. tolong lah
Quote pakweneelofa 3-3-2014 11:47 AM
ttp sokong DS Najib
Quote dino 3-3-2014 11:47 AM
atira posted on 3-3-2014 11:42 AM
tapi yg isu ni.. aku setuju dgn kritikan madey

tapi nak naikkan anak dia yg lemau tu... oh.. ...

klau tak kerana che det... takde la yg lemau tu jd mb... jasa che det tu org kenang..... tp nengok anak mmg sadis... tak bermaya je aku nengok
Quote pakweneelofa 3-3-2014 11:47 AM
JohnLaba posted on 3-3-2014 11:39 AM
Wa rasa tak lama dah najib neh...

Lu dah berani lawan tokey..

ni multinick sapa lak ni goyim???
Quote MengkuduMasam 3-3-2014 11:54 AM
mengarut BR1M nih...

perkaskan Zakat & Jabatan Kebajikan Masyarakat....

beri org yg betul2 perlu...
Quote JohnLaba 3-3-2014 11:54 AM
pakweneelofa posted on 3-3-2014 11:47 AM
ni multinick sapa lak ni goyim???

Wa gay partner si punai kecik kawan baik lu la... Pehal?? Lu tak paus hati ke wa kapel dgn dia?
Quote pakweneelofa 3-3-2014 11:56 AM
JohnLaba posted on 3-3-2014 11:54 AM
Wa gay partner si punai kecik kawan baik lu la... Pehal?? Lu tak paus hati ke wa kapel dgn dia?{:1 ...

bila plak la aku kawan ngn mamat punai kecik..lol
Quote JohnLaba 3-3-2014 11:59 AM
pakweneelofa posted on 3-3-2014 11:56 AM
bila plak la aku kawan ngn mamat punai kecik..lol

Owh... wa salah orang la... Wa ingat Lu Pakwetizzaqyah... rupanya lu pakweneelofa
Quote atira 3-3-2014 12:00 PM
pakweneelofa posted on 3-3-2014 11:56 AM
bila plak la aku kawan ngn mamat punai kecik..lol

mamat punai kecik tu yg kurus kering tu ka?
Quote pakweneelofa 3-3-2014 12:01 PM
JohnLaba posted on 3-3-2014 11:59 AM
Owh... wa salah orang la... Wa ingat Lu Pakwetizzaqyah... rupanya lu pakweneelofa

kami dua entiti berbeza
Quote pakweneelofa 3-3-2014 12:02 PM
atira posted on 3-3-2014 12:00 PM
mamat punai kecik tu yg kurus kering tu ka?

a ah..tp dia tk botak..dia tu orang malacca
Quote JohnLaba 3-3-2014 12:04 PM
atira posted on 3-3-2014 12:00 PM
mamat punai kecik tu yg kurus kering tu ka?

Wa bagi clue sikit la... Mamat punai kecik tu dah lama jadi silent reder... sejak kena lahar dengan lu & others forumer dulu... Lu agak2 sapa?
Quote zamzam 3-3-2014 12:05 PM
dino posted on 3-3-2014 11:47 AM
klau tak kerana che det... takde la yg lemau tu jd mb... jasa che det tu org kenang..... tp nengok ...

aku bangga mb aku anak ex pm yang tersohor plus bakal pm tu.... hidup bang krizzz

teganu ada apa?? md said???? sumpah2 quran boleh ler...
Quote namirulmukminin 3-3-2014 12:05 PM
JohnLaba posted on 3-3-2014 12:04 PM
Wa bagi clue sikit la... Mamat punai kecik tu dah lama jadi silent reder... sejak kena lahar denga ...

Huhuhu... aku rasa macam boleh agak je sapa tu....
Quote dino 3-3-2014 12:07 PM
JohnLaba posted on 3-3-2014 12:04 PM
Wa bagi clue sikit la... Mamat punai kecik tu dah lama jadi silent reder... sejak kena lahar denga ...

silent reader amendanya... ade je stalker cari aku nih.... aku mmg taknak layan spesis kasta rendah
Quote zamzam 3-3-2014 12:07 PM
JohnLaba posted on 3-3-2014 12:04 PM
Wa bagi clue sikit la... Mamat punai kecik tu dah lama jadi silent reder... sejak kena lahar denga ...

kross ker kriss ker nama dia tak silap aku...betui ka?

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.064235 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top