Reaksi panik dalam kalangan masyarakat membuatkan ramai peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga bekas simpanan air sekali gus meraih keuntungan lumayan. Tinjauan BH mendapati orang ramai rata-rata menyatakan mereka tiada pilihan, walaupun harga bekas air dijual pada harga yang tinggi. Mereka terpaksa bagi membuat persiapan menghadapi catuan bekalan air yang dijangka selama sebulan. |
ADVERTISEMENT