CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Spiderwoman’ Pecah Masuk Curi Mesin Senaman

28-2-2014 10:08 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4069| Komen: 11


Kuala Terengganu: Seorang ibu beranak satu dijatuhi hukuman penjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan memecah masuk rumah  seorang warga emas sebelum melarikan pelbagai barangan milik mangsa seperti televisyen dan mesin senaman.

Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas Wook@Murniyati A Rahman, 34, dari Perumahan Kos Rendah Kampung Bukit Tunggal, di sini, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 457, Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Wook didakwa melakukan pecah rumah dengan memasuki rumah milik Arisah Abdullah, 62, sebelum mencuri  barangan seperti sebuah televisyen Samsung 42 inci, ketuhar gelombang mikro jenama Vidigo, pengisar roti, pakaian dan beg pakaian, enam permaidani, set pinggan mangkuk, cadar dan langsir, kerusi lipat plastik, kain samping benang emas, mesin senaman jenama Osim dan pembesar suara.

Dia yang mempunyai rekod lampau berkaitan kes curi didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Haji Abdul Rahman Limbong, Kuala Ibai, di sini, jam 11 malam pada 17 Februari lalu.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala Wook tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, mangsa meninggalkan rumahnya dalam keadaan baik pada jam 11 pagi,  1 Disember tahun lalu untuk ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pada 17 Februari lalu, mangsa menerima panggilan daripada jiran  memaklumkan rumahnya dipecah masuk dan mangsa yang tiba di rumah keesokannya mendapati pelbagai barangan hilang sebelum membuat laporan polis.

Wook sebelum ini pernah digelar ‘Spiderwoman’ selepas tindakan nekadnya memanjat tingkat tiga sebuah asrama sekolah menengah di bandar raya ini semata-mata ingin mencuri kabel besi tembaga dan dia dijatuhi hukuman penjara seminggu dan denda RM1,500 kerana kesalahan itu.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Czaziq 28-2-2014 06:47 AM
mcm cite pramlee semua pun dia nk kebas. cite kasim baba tu.
Quote magnus 28-2-2014 07:01 AM
Ganasnya pompuan ni
Quote jazaa 28-2-2014 07:13 AM
Elok le kurung dlm jel......memang jenis pencuri....
Quote Pailang 28-2-2014 07:18 AM
oo.. aku ingat spiderwomen yang curi spender orang pastu pakai kat luar. tinggi sangat imaginasi aku ni
Quote norhaz 28-2-2014 07:20 AM
Macamana dia angkut semua barang2 tu ya..takkan pakai lori kot..
Quote iman_aly 28-2-2014 09:54 AM
fuiyooo.. dasaaaaaat...
Quote prettyuglybabe 28-2-2014 10:05 AM
alang-alang jadi pencuri, habis licin dikebasnya..
Quote mikasa 28-2-2014 10:08 AM
norhaz posted on 28-2-2014 07:20 AM
Macamana dia angkut semua barang2 tu ya..takkan pakai lori kot..

Yea betuk....kalau ngan kereta mau 2 3 kali nak ulang alik.
Quote norhaz 28-2-2014 10:16 AM
mikasa posted on 28-2-2014 10:08 AM
Yea betuk....kalau ngan kereta mau 2 3 kali nak ulang alik.

Mesti ada org nampak kan..gigih benor nak mencuri gitu gaya..
Quote budakgraphic 3-3-2014 09:30 AM

err TT, takde gambo ke si Wook tu? Mesti badan maskulin pompuan nih... kalau tahap2 debab mcm aku nih mesti tak larat nak panjat sampai tingkat 3 tu... Hehehe...
Quote -electrifying- 3-3-2014 09:38 AM
wah betul xkasi chance tu. kasi sapuuuu hahaha

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.141288 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top