CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Rahim Tamby Chik Ketuai Buru Harta Karun Rm6.58 Bilion

24-2-2014 10:29 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14591| Komen: 112

KULAIJAYA – Selepas lima kurun tenggelam di Selat Melaka dekat Aceh, Indonesia, kapal dagang Flor de la Mar yang mengandungi khazanah dianggarkan AS$2 bilion (RM6.58 bilion) kini menjadi buruan pencari harta karun.


Kapal tersebut dipercayai tenggelam ketika membawa khazanah yang dirampas daripada Kesultanan Melaka yang jatuh ke tangan penjajah itu pada tahun 1511.

Khazanah tersebut meliputi 22 peti wang emas dan perak, dua patung monyet emas bertatah batu permata yang dihadiahkan oleh kerajaan Thai kepada Melaka serta pelbagai manuskrip.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras dan Penyelidikan bagi mengetuai eksplorasi untuk mencari harta karun itu.

Beliau berkata, projek pengapungan kapal dagang Portugis itu akan menelan belanja AS$30 juta (RM98.7 juta).

Katanya, ia akan dilakukan secara bersama oleh tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Portugal dan perkara itu telah diusulkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.




Estavao de Gama

2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 23-2-2014 08:04 AM

Estavao de Gama
Quote zorrro_03 23-2-2014 08:17 AM
Habis laa Dana 98juta tu kena sebat puak2 perompak tambi.
Quote mbhcsf 23-2-2014 08:19 AM
wow I am seeing something serious here

kapal tu  sebenarnya berada di dalam perairan Malaysia atau ???

u know atau bertindan ? kalau ya....my god.  it will raise  many eyebrows..
Quote azlinahmad 23-2-2014 08:20 AM
bagus gak tu...khazanah negara yang dilarikan.
Quote mbhcsf 23-2-2014 08:22 AM
i see ada  3 Negara ....

hasil mahsul kerajaan kepualuan nusa tenggara even sampai ke abad ini pun perlu dibayar ya pada mereka...

hehehe

ni tertakluk pada undang undang apa ni ? i am curious

maritime? or apa ni?


this is interesting.


kalau ada emas perak atas kapal penjajah  

maka Melaka dulu adalah kaya  kan sekaligus membuktikan bahawa kerajaan Melayu Melaka adalah kerajaan yg kaya.

in  a way...
Quote jazaa 23-2-2014 08:22 AM
RM 98 juta.....byk tu Rahim oiiii....
Suruh je portugal byor, tak blh ke?.......
Quote pyropura 23-2-2014 08:44 AM
mbhcsf posted on 23-2-2014 08:22 AM
i see ada  3 Negara ....

hasil mahsul kerajaan kepualuan nusa tenggara even sampai ke abad ini pu ...


..kerajaan aje kaya, tapi rakyat tidak, sama macam kurajaan Umengok jugak...
Quote mnahis 23-2-2014 08:50 AM
Ceh jahat betul atuk moyang ronaldo nih nak bawak lari harta nenek moyang Rahim TC.. Mentang2 lah abg Tuah dah tak de
Quote pyropura 23-2-2014 08:53 AM

..mintaak lar pampasan dari Ronaldo ka, Mourinho ka....



Quote mak_wa95 23-2-2014 08:55 AM
Ada saja peluang kroni nak menyonglap
Quote pyropura 23-2-2014 08:56 AM
mnahis posted on 23-2-2014 08:50 AM
Ceh jahat betul atuk moyang ronaldo nih nak bawak lari harta nenek moyang Rahim TC.. Mentang2 lah ab ...


hasil kekayaan kesultanan Mulaka pun belum tentu dapat cara yang halal & diberkati....mesti ada petunjok Elohim dgn kejadian itew...


Quote mbhcsf 23-2-2014 09:11 AM
pyropura posted on 23-2-2014 08:44 AM
..kerajaan aje kaya, tapi rakyat tidak, sama macam kurajaan Umengok jugak...

secara  tak langsung ini juga membuktikan bahawa Melaka sebuah empayar melayu islam pada abad ke 15 ketika sebelum diserang portugis ( yang you tak nak highlight ) adalah kaya.

it was a great achievement kerajaan melayu islam tradisional.
itu yg you tak nak highlight.

tapi higlight politician, pandai .

anyway i am more interested in the implication of the findings.

selalunya  berapa % distribution ?

Quote lucky_peace 23-2-2014 09:12 AM
berebut lak harta tu hah dengan negara lain2 nti... indonesia yang takde mengena pon boleh tuntut sebab kapal tu dalam wilayah dorang...
Quote pyropura 23-2-2014 09:18 AM
mbhcsf posted on 23-2-2014 09:11 AM
secara  tak langsung ini juga membuktikan bahawa Melaka sebuah empayar melayu islam pada abad ke 1 ...


..masa lawan portugis, mulaka terpaksa banyak bergantung pada ummah Jawa pimpinan Utemaraja, lepas tu terpaksa banyak pakai panah & sumpit sebab tak banyak musket & cannon yang ada. itu jelas terbukti kekayaan dibolot kesultanan mulaka sebab tu military nya sangat poorly equipped...islam pebendenya kalau harta bolot sendiri...??


Quote pyropura 23-2-2014 09:23 AM
lucky_peace posted on 23-2-2014 09:12 AM
berebut lak harta tu hah dengan negara lain2 nti... indonesia yang takde mengena pon boleh tuntut se ...


..tu lar pasal, nanti indon boleh jugak cakap kami dulu berkorban lawan portugis juga, macam dalam gambar nih (portugis serang Aceh)...



Quote tongkatwaran75 23-2-2014 09:27 AM
klu jadi...
hasil harta karun belum tentu dapat...
yg dah ada tentu adalah kos eksplorasi...
Quote lucky_peace 23-2-2014 09:30 AM
pyropura posted on 23-2-2014 09:23 AM
..tu lar pasal, nanti indon boleh jugak cakap kami dulu berkorban lawan portugis juga, macam dal ...

gituhh.... kononnye sebab pertahankan selat melaka la camtu, so kene la dapat komisen skit atas harta2 lame melaka~~
Quote MissNigga 23-2-2014 09:31 AM
masalahnya... kesultanan melaka tu wujud ker
Quote pyropura 23-2-2014 09:34 AM
lucky_peace posted on 23-2-2014 09:30 AM
gituhh.... kononnye sebab pertahankan selat melaka la camtu, so kene la dapat komisen skit atas ha ...


..kan portugis pernah menduduki Aceh, tu sebab muka ummah Aceh banyak mirip2 kokesen gitew...

sedangkan Msia guna lagu Rasa Sayang warisan portugis pun Indon marah, apalagi kapal yg tenggelam dalam perairan depa....

Lihat semua komen(112)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.205424 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top