CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Br1m: 17,000 Penerima Layak Tolak Pemberian

24-2-2014 10:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7938| Komen: 55

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah


IPOH - Sebanyak 17,000 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun lepas mengambil inisiatif memaklumkan kepada kerajaan bahawa mereka tidak lagi memerlukan bantuan itu tahun ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata langkah itu menunjukkan tahap kematangan yang tinggi di kalangan rakyat negara ini.

"BR1M tahun ini agak luar biasa kerana masyarakat kita makin matang. Ada 17,000 penerima BR1M 2.0 tahun lalu yang tulis surat kepada kita menyatakan bahawa keluarga mereka tidak memerlukan BR1M.

"Walaupun sebahagian besar daripadanya masuk dalam senarai penerima tetapi merasakan bahawa mereka bukan keluarga yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian BR1M 2014 bagi Parlimen Tambun di sini hari ini.

Beliau berkata ada juga di kalangan mereka yang memaklumkan kepada kerajaan bahawa bantuan itu tidak lagi diperlukan kerana pendapatan mereka melepasi had kelayakan.

Ahmad Husni berkata nama 17,000 penerima itu akan dikeluarkan daripada senarai penerima BR1M.

Sementara itu, beliau berkata 100,000 penerima BR1M yang sepatutnya menerima bantuan itu melalui akaun bank semalam, masih belum menerima bantuan itu berikutan masalah teknikal.

"Hari Isnin (esok) akan diselesaikan. Saya masih lagi dalam proses menerima maklumat lokasi bank mana (yang menghadapi masalah itu). Bank itu menghadapi masalah teknikal kerana terlalu ramai penerima BR1M itu akaunnya di bank tersebut," katanya.

Mengulas mengenai ada penerima yang tidak layak tetapi masih menerima bantuan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penerima terbabit untuk memaklumkan kepada kerajaan.

"Tulis surat dan beri nama orang itu. Kita akan semak dan ambil tindakan," katanya.   

Ahmad Husni turut menasihatkan orang ramai supaya mengisi borang permohonan BR1M dengan jujur dan ikhlas bagi memastikan hanya mereka yang layak menerima bantuan itu.

Sebanyak 5.4 juta penerima BR1M 2014 yang mempunyai akaun bank menerima terus bantuan berkenaan melalui akaun mereka semalam manakala kira-kira dua juta penerima yang tidak mempunyai akaun bank, akan menerima baucar secara berperingkat dalam tempoh tidak melebihi 20 hari, bermula hari ini.

Pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merangkumi RM650 dan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50.

Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 dengan nilai bantuan RM450. 


3

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
7

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 23-2-2014 03:04 PM
dah dapat subsidi tolak plak...ni msti budiman2 umno ni..terima kasih saudara2 ku semua
Quote BelovedTaeyeon 23-2-2014 03:05 PM
Salaam.

Budiman2 umNO tolak?

Tapi ada gak macai2 CI yang amik
Quote HUHA 23-2-2014 03:10 PM
buat apa tolak rugi la.

Quote HUHA 23-2-2014 03:12 PM
kalau aku tolak tak la aku nak merasa pakai benda ini

[youtube]XmUNL57hnkM?autoplay=1[/youtube]
Quote otomen_taro 23-2-2014 03:12 PM
rajin la plak yg tlis surat untuk tolak.entah btul ke tidak.haha
Quote otomen_taro 23-2-2014 03:13 PM
rajin la plak yg tlis surat untuk tolak.entah btul ke tidak.haha
Quote batu_bergolek 23-2-2014 03:13 PM
Saya tak layak, tapi kalo layak pun rasanya taknak amik kot.   
Quote otomen_taro 23-2-2014 03:13 PM
rajin la plak yg tlis surat untuk tolak.entah btul ke tidak.haha
Quote BelovedTaeyeon 23-2-2014 03:19 PM
HUHA posted on 23-2-2014 03:12 PM
kalau aku tolak tak la aku nak merasa pakai benda ini

Salaam.

Aku guna PW Cooling Master 500 W sejak 2009.

Quote HUHA 23-2-2014 03:24 PM
BelovedTaeyeon posted on 23-2-2014 03:19 PM
Salaam.

Aku guna PW Cooling Master 500 W sejak 2009.

PW cooling master 500W


cooler master? ni seasonic la jauh beza tu
modular pulak tu...



Last edited by HUHA on 23-2-2014 03:28 PM

Quote BelovedTaeyeon 23-2-2014 04:05 PM
HUHA posted on 23-2-2014 03:24 PM
PW cooling master 500W

Rig lama

Orang lain guna i7 bagai...aku still guna Core 2 Duo
Guna selagi boleh

Quote edee_91 23-2-2014 05:39 PM
orang tua2 kata rezeki jangan ditolak.
Quote AdsMsia 23-2-2014 06:12 PM
off topic tu nak kena infraction warning kah
lol
Quote ikan_kaghing 23-2-2014 10:06 PM
Alhamdulillah...terpujinya perangai.

Ini mesti rakyat yang dah habis bayaq duit PTPTN dan

bukannya ummah yang jenis tidoq atas jalan persis lembu kampung atau

galak berselfie dengan topeng Vandanketa PPRTnya di jalanan.
Quote Marapetaka999 24-2-2014 11:40 AM
aku rasa mcm bodo pn ada.. 17,000 tolak terima br1m.. yg p apply watpa kalau xmau.. apa ke banggang..
aku dr 1st br1m smpi skrg xdpt2.. tp xkisah sgt pon..
Quote gaara_X 24-2-2014 11:48 AM
ngan nak sedapkan cerita udah ler.....aahks!!
Quote skeezotone 24-2-2014 11:53 AM
Owh.. Budiman sggh org2 itu
Quote kecimpret 24-2-2014 11:56 AM
ada org kata BRIM ni haya pada org yg layak jer...manakala kalo tol pree org tak layak pun dpt..realiti sebenar, ramai yg x layak pun rembat gak BRIM ni
Quote akughi 24-2-2014 12:26 PM
apabila macai meroyan sbb ade segelintir rakyat malaysia yg matang pemikirannye

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.051308 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top