CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kajang Akan Dapat Hospital Baru

24-2-2014 09:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10153| Komen: 134


KAJANG: Kementerian Kesihatan akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membina bangunan baharu bagi menggantikan bangunan Hospital Kajang yang kini berusia 125 tahun.

Menteri berkenaan Datuk Seri S. Subramaniam berkata pembinaan bangunan baharu hospital itu adalah wajar dan seiring dengan pertambahan penduduk di sekitar Kajang, selain lokasi bangunan sedia ada terletak berhampiran jalan utama.

"Saya akan bawa perkara ini kepada perhatian Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), Kementerian Kewangan dan Unit Perancangan Ekonomi. Keputusannya bergantung kepada penilaian mereka," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan di Hospital Kajang di sini, Ahad.

Beliau turut mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan dan Anggota Lembaga Pelawat Hospital Kajang serta meninjau operasi hospital.
Dr Subramaniam berkata penduduk Kajang dan pihak pengurusan Hospital Kajang telah menyuarakan permintaan kepada kerajaan supaya membina sebuah bangunan baharu yang lengkap dengan kemudahan terkini di lokasi strategik di bandar itu.


"Saya terima pandangan itu dan menjelaskan kepada mereka bahawa ia bergantung kepada kos dan peruntukan kerana membina sebuah hospital baharu membabitkan kos sekuang-kurangnya dari RM800 juta hingga RM 1 bilion," katanya.

Beliau berkata jika cadangan itu tidak diterima, Kementerian Kesihatan akan membina sebuah bangunan tambahan enam tingkat dengan peralatan dan kelengkapan terkini di kawasan hospital sedia ada, seperti yang diputuskan sebelum ini.

Menurutnya Hospital Kajang yang dibina pada 1889 di kawasan seluas 6.47 hektar, kini mempunyai 1,003 tenaga kerja termasuk 35 doktor pakar, 70 pegawai perubatan, 120 pegawai perubatan siswazah dan 326 katil pesakit.

Dr Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan juga meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi menaik taraf kemudahan dan kelengkapan sedia ada di Hospital Kajang.
Beliau berkata peruntukan itu antara lain akan digunakan untuk menambah bilangan katil, kelengkapan peralatan, kemudahan perkhidmatan dan sistem pendawaian di hospital itu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Leonarzi 24-2-2014 12:27 AM
Kalau aku jd penduduk kajang aku pilih bn sbb at least dpt hospital baharu... Kerajaan PR ttp perintah selangor kalau nuar berahim kalah
Quote R2D2 24-2-2014 12:28 AM
RM10 Million To Upgrade Kajang Hospital

KAJANG, Feb 23 (Bernama)-- The Health ministry has set aside RM10 million to enhance existing facilities and equipment at the Kajang Hospital, said its minister Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Describing the allocation as a short term solution, he said the amount would be spent on acquiring more beds and equipment, and improving the service facilities and wiring system at the hospital aged 125 years.

The 326-bed hospital which has a workforce of 1003 including 35 specialists, 70 medical officers and 120 housemen was built in 1889 on a 6.47-hectare site.

Dr Subramaniam also noted that Kajang residents as well as the hospital's management division, preferred to have a new hospital that would not only be equipped with state of the art facilities but also strategically located.

"I accept their views and have explained to them that its realisation depended on the cost and sufficient allocation, as a new hospital would incur between RM800 million and RM1 billion to build.

"I will bring the matter to the prime minister's attention and the Economic Planning Unit. Otherwise, the proposed construction of the six-storey additional building would still go on," he told a media conference after an unofficial visit to the hospital Sunday.

-- BERNAMA
Quote sup@rm@n 24-2-2014 12:28 AM
Tiba tiba...
Seperti biasa modus operandi be end ni.

Projek tu dpt kat sapa nanti ya? Kroni jugak la ye. Mca dan mic ye. Ketuanan melayu makan atas angin je la ye. Pui... macai mca
Quote satriastendet 24-2-2014 12:31 AM
mmg patut pun.......dan sepatutnya kajang ada satu hospital baru yg lebih conducive n better.

coz wife n anak2 aku penah warded di hospital kajang.
Quote salimrock 24-2-2014 12:31 AM
wah...jd ahli parlimen yg letak jawatan hari tu..( sori ar wa tak kenal sapa nama ) secara tak langsung berbakti pada masayarakat kajang la ek....

beliau patut diangkat sebagai wira..kalo tak letak jawatan hari tu...takde lah kerjaan nak berjanji nak bg hsptl...
Quote Bedah.Cun 24-2-2014 12:34 AM
baik kau buat hospital satu kat nilai tu, tempat tu dh sesak dh bedah menengok nye wei...
Quote HUHA 24-2-2014 12:48 AM
bagus la, hospital kajang pun aku tgk dah buruk sgt sgt...
Quote slippergombak 24-2-2014 12:52 AM
Leonarzi posted on 24-2-2014 12:27 AM
Kalau aku jd penduduk kajang aku pilih bn sbb at least dpt hospital baharu... Kerajaan PR ttp perint ...

betul ker dapat...??? kerajaan sekarang mana ada duit dah... binaan2 sekarang semua guna public fund dah.... pastuh gomen sewa...
Quote slippergombak 24-2-2014 12:53 AM
salimrock posted on 24-2-2014 12:31 AM
wah...jd ahli parlimen yg letak jawatan hari tu..( sori ar wa tak kenal sapa nama ) secara tak langs ...

kalu tak letak jawatan, aku rasa ada cecah 200 tahun lepas nih...
Quote d-7-0ne 24-2-2014 01:01 AM
Ari tu  kata membazir je prk ni.......tapi tu salah satu cara klu nk dpt ssuatu, bgi kosong dan adakan prk......
Quote R2D2 24-2-2014 01:03 AM
Pantai Hospital KL sedang dibina baru... 23 tingkat!

HKL patut naik paling kurang 10 tingkat
Quote MatTempe 24-2-2014 01:25 AM
Nanti boleh lah Doktor, nurse dan kakitangan hospital undi BN.. kan.. kan..
Pesakit kebanyakannya tak peduli pun hospital baru ke lama. Bila sakit baru teringat hospital.
Quote clarizsa 24-2-2014 01:27 AM
bagusla upgrade hspital... utk kebaikan ....
Quote sapp73 24-2-2014 02:29 AM
Yang penting umum dulu..nak laksananya ntah bila tahun:lol...
Quote MarryPottet 24-2-2014 03:55 AM
hospital shah alam dengan rembau dah siap ke belum?
yang kajang ni mungkin akan dimulakan pembinaan apabila hospital lama dah menjangkau usia 150 tahun
Quote Al-Patih 24-2-2014 07:14 AM
Saya akan bawa perkara ini kepada perhatian Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), Kementerian Kewangan dan Unit Perancangan Ekonomi. Keputusannya bergantung kepada penilaian mereka,"

elok elok semasa bawa ...jangan tercicir ditengah jalan ....
Quote pakwetizzaqyah 24-2-2014 07:16 AM
hospital kajang...senang la bakal2 ibu dan ibu2 yg reproduksion nak beranak di kajang
Quote kodokbawang 24-2-2014 07:47 AM
tiba2 hendak dibuat hospital baru biler menjelang PRK...b aku hospitl Kajang yang dok ada skang ni dah sepatutnya ditukar....atau direnovate....udah lama sesangat....
Quote cmf_rambutan 24-2-2014 07:53 AM
dah lama cadangan nak ganti hospital baru rasanya... tp cadangan tu nak pindahkan ke semenyih.... tp berdasarkan keadaan semasa... kalau pindah kuar kajang penduduk tak pueh ati jadi jauh... jangka pendek... upgradelah dulu

Lihat semua komen(134)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.654571 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top