CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Power rangers muncul di Putrajaya

30-8-2012 09:52 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 20090| Komen: 113




Suspek Kes Amuk Putrajaya Pergi Mahkamah Pakai Topeng Power Rangers!

PUTRAJAYA – Wanita yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu memakai topeng ‘Power Rangers’ warna merah bagi mengelak wajahnya dirakam media selepas selesai sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung merah, ditemani bapanya, sempat menunjukkan isyarat keamanan ketika wajahnya cuba dirakam media.

Pada prosiding hari ini, mahkamah mengarahkan wanita itu, melantik peguam secepat mungkin.

Hakim Mohd Kafli Che Ali berkata, mahkamah memberi tempoh dalam masa satu bulan untuk dia melantik peguam supaya semua isu berkaitan dokumen-dokumen kes itu boleh diselesaikan sebelum tarikh bicara ditetapkan.

Mahkamah turut menetapkan tarikh 12 September depan untuk pengurusan kes berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nor Mazrah Ahmad Din berkata, tertuduh perlu melantik peguam dan menyelesaikan segera perkara-perkara yang dipersetujui antara pihak pendakwaan dengan tertuduh sebelum perbicaraan.

Menurutnya, terdapat pindaan dalam kanun prosedur jenayah yang menyatakan, kes perbicaraan perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh didakwa.

Pada 19 Julai lalu, Muhdalena Ahmad, 28, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu mengugut polis dan membawa pedang.

Prosiding pendakwaan ketika itu terpaksa dijalankan di Hospital Putrajaya kerana dia sedang dirawat selepas cedera dalam kejadian amuk berkenaan.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu.

Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dia diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Pada kejadian tersebut, dia bersama dengan Khalil Afandi Hamid, 47, mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang, namun Khalil mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala Muhdalena turut terkena tembakan di paha kanan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote liyanur 30-8-2012 02:28 AM
helmet pak dia pakai tu mengancam sungguhhh noooo

bajet kool betul nak peace bagai.....x pk ker kat anak & kuarga kalo dh disabit kesalahan
Quote abgboroi 30-8-2012 02:32 AM
bagusnya idea....lepas ni siapa yg malu datang mahkamah boleh pakai topeng...bat man ker...superman ker apa ehe...
Quote zaujahzauji 30-8-2012 02:45 AM
nak tarik perhatian ke pakai topeng bagai?
agak2nye time nak pilih topeng musti bergelak bertepuk tampar.
Quote cupin_cipin 30-8-2012 02:46 AM
Pada 19 Julai lalu, Muhdalena Ahmad, 28, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu mengugut polis dan membawa pedang.


dia ada bawak pedang jugak ke
tak salah aku, tengok gambar dorang masa kejadian, Allahyarham Khalil tu sorang je yg bawak pedang

tapi kesian plak tengok si ayah yg terpaksa jadi pemandu bawa anak pegi court

kepada PM, sila muhasabah diri. kenapa hya pd zaman anda memerintah ada kejadian sebegini berlaku sedangkan zaman PM2 sebelum ni, walaupon PM tersebut mahazalim sekalipon tapi takdak plak rakyat yg pi opis utk serang beliau
Quote lasagnaklcc 30-8-2012 02:51 AM
Diorg naik scrambler ke?
Quote tongkatwaran75 30-8-2012 06:39 AM


PUTRAJAYA – Wanita yang cedera ditembak dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bulan lalu menarik perhatian ramai apabila memakai topeng Power Rangers sebagai taktik bagi mengelak wajahnya dirakam.


Tertuduh Muhdalena Ahmad, 28, berkelakuan sedemikian ketika hadir bagi mendengar sebutan kali pertama kesnya di Mahkamah Sesyen Putrajaya di sini semalam.


Dalam prosiding itu, Hakim Mohd. Kafli Che Ali memberi tempoh selama sebulan kepada Muhdalena, 28, untuk melantik peguam bela sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan dalam tempoh 90 hari.


Mohd. Kafli memutuskan demikian untuk memberi peluang kepada tertuduh menyelesaikan semua urusan dokumentasi bagi kes pembelaan secepat mungkin, sekali gus membolehkan pihak pendakwaan memulakan perbicaraan.


Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 12 September depan bagi tarikh sebutan semula kes itu untuk tertuduh melantik peguam.


Muhdalena yang hadir berpakaian baju kurung dan bertudung merah dilihat tenang sambil mengangguk faham ketika mendengar arahan Mohd. Kafli itu.


Ditemani bapanya, Ahmad Adam, 55, ibu kepada dua anak itu dilihat memakai topeng mainan Power Rangers sejurus prosiding selesai bagi mengelak wajahnya dirakam jurugambar di luar mahkamah.


Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah ketika didakwa kali pertama pada 16 Julai lalu di bilik wad, Hospital Putrajaya atas dua pertuduhan melakukan ugutan jenayah kepada anggota polis, Ridzuan Megat Ahmad dan membawa senjata iaitu sebilah pedang.


Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lepas.
Dalam kejadian tersebut, seorang lelaki, Khalil Afandi Abd. Hamid, 47, yang menggelar dirinya Imam Mahadi terkorban.


Bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Sementara itu, bagi pertuduhan membawa pedang, Muhdalena didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


p/s gigih beli topeng...


Quote MissNigga 30-8-2012 06:43 AM
sheols silap ar... sepatutnya time mengamuk tu ar sheols pakai topeng power rangers.... baru happening
Quote UnaHusna 30-8-2012 06:54 AM
haha..sempoi gak dia ni..pinjam topeng anak ke?btw org dah tau gak mukanye kan sebelum ni
Quote UnaHusna 30-8-2012 07:10 AM
curlast helmet bapaknye
Quote stars83 30-8-2012 07:21 AM
Mesti jenis attention seeker bdk ni..kalo aku lah bapa bdk ni,dh ku lanyak2 muka bdk ni dlm TONG sampah.memalukan keturunan je..nak mgamuk x kna tmpt..dasar mental no class pprt..
Quote noor2 30-8-2012 07:27 AM
erk..ada masalah mental ke..
Quote 5229 30-8-2012 07:34 AM
attebtion seeker..alang2 kan
Quote lil_honey 30-8-2012 07:35 AM
Mak bapak dia bio aje dia pakai topeng?
Quote honam 30-8-2012 07:47 AM
So adakah sebabkan pengaruh power rangers dia jadi mcm ni
Quote noor2 30-8-2012 07:48 AM
honam posted on 30-8-2012 07:47 AM
So adakah sebabkan pengaruh power rangers dia jadi mcm ni

................
Quote iniaroonz 30-8-2012 07:48 AM
sian bapak dia...malu weh org kpg tengok.....
Quote honam 30-8-2012 08:03 AM
Berapa byk thread la nak buka
Quote fifie_olin 30-8-2012 08:06 AM
cam x btl jek minah ni...ke jadahnya topeng power rangers...pakai la the hulk ....baru ganas tahap dewa....
Quote AMDTurion 30-8-2012 08:08 AM
warna pink ke merah kaler topeng dia...adus...mengeletek perutku betullah.....

Lihat semua komen(113)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.284691 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top