CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Kantoi Di Malam Valentine

17-2-2014 12:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18253| Komen: 67


Antara pasangan kekasih yang ditahan.

NILAI – “Emak dan ayah saya tidak kisah jika saya bersekedudukan kerana mereka tahu hubungan kami," kata seorang pemuda berusia 25 tahun, yang ditahan bersama teman wanitanya ketika sedang seronok memadu asmara di sebuah bilik di hotel di sini, malam kelmarin.

Pekerja sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur itu memberi alasan dia menginap di situ bersama kekasihnya dikenali sebagai ‘Ana’, 28, kerana mahu berehat sementara menunggu penerbangan ke Bangkok jam 6 pagi.

“Kami ‘check in’ jam 8 malam kerana pada jam 6 pagi saya mahu menghantar Ana ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Dia mahu ke Bangkok tonton perlumbaan motosikal di sana bersama rakan-rakannya, sementara itu kami berehat di sini,” katanya.

Menurutnya, mereka juga sudah merancang untuk berkahwin dan kini dalam proses mengumpul wang.

“Keluarga saya tahu hubungan kami dan jika kami ditahan pada malam ini pun, mereka tidak kisah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, mereka antara tiga pasangan kekasih yang ditahan oleh penguatkuasa JHEAINS dalam Ops Valentine di dua buah  hotel berasingan di sini.

Menurutnya, kesemua pasangan terbabit berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Sekyen 61(1) iaitu percubaan melakukan persetubuhan haram.

“Turut ditahan tiga wanita dan dua lelaki berusia 18 hingga 40 tahun kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah iaitu meminum minuman yang memabukkan," katanya.

Malah dalam operasi berkenaan turut ditahan seorang remaja yang sedang menunggu keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Remaja perempuan berusia 18 tahun itu ditahan bersama empat lagi rakannya di sebuah pusat karaoke di sini atas kesalahan meminum minuman memabukkan.

“Saya mula minum lepas SPM dan biasanya saya minum lima cawan sahaja sebab baru belajar. Bila tertekan, saya akan minum arak,” katanya.

Sementara itu, di PORT DICKSON, pasangan muda berusia lingkungan awal 20-an merupakan yang paling ramai ditemui berdua-duaan di tepi pantai semasa Kempen Sayangi Diri anjuran Jabatan Amal Dewan Pemuda Pas Negeri Sembilan diadakan malam kelmarin.

Kebanyakan pasangan tersebut sedang menuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) sekitar Negeri Sembilan.

Pengarah Kempen Sayangi Diri, Mahfuz Roslan berkata, kempen ini untuk menyantuni golongan yang belum bernikah tetapi bersama pasangan masing-masing dan berkelakuan salah di sisi Islam.

“Kita mahu mendidik masyarakat agar mereka tidak terikut-ikut dengan budaya Barat meraikan hari Valentine.

“Kempen seperti ini julung kali dilakukan Jabatan Amal negeri dan dari semasa ke semasa ia akan terus dilaksanakan dengan pendekatan yang lebih pelbagai,” katanya.



6

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 17-2-2014 10:55 AM
wait hari tahik depan.....lahir laa satu anak tanpa status kalau tak dibendung....
Quote girly.. 17-2-2014 10:58 AM
nyamoah btl cerita ceriti mcm ni... 9 bulan lg mcm2 kes la lagi nanti .. bodoh bangang punya makhluk
Quote GhostWalking 17-2-2014 11:01 AM
Jangan salahkan Valentine bila benda ni budaya kita sendiri.berendut tercabut tudung kopiah,berendut bila new year,V day,hari wilayah etc.:lol
Quote Innrukia 17-2-2014 11:05 AM
Mak bapak ... Mak bapak....
Di mana kah anda
Quote leylapple 17-2-2014 11:06 AM
gaara_X posted on 17-2-2014 10:55 AM
wait hari tahik depan.....lahir laa satu anak tanpa status kalau tak dibendung....

pastu sibuk2 nak berbin/binti kan anak tu pulak...

pastu bising2 kata anak dia sah taraf sebab under 3 bulan masa daftar perkahwinan..

wth..
Quote shogun77 17-2-2014 11:09 AM
Dia mahu ke Bangkok tonton perlumbaan motosikal di sana bersama rakan-rakannya, sementara itu kami berehat di sini


dasyat awek ko, g tgok lumba motorsikal smp ke bangkok...
Quote H猷L鰃頧 17-2-2014 11:12 AM
hari valentine = hari memantat

berkat ajaran kristian la kan ,
Quote boyagombak 17-2-2014 11:13 AM
shogun77 posted on 17-2-2014 11:09 AM
dasyat awek ko, g tgok lumba motorsikal smp ke bangkok...

sebelum tengok lumba muto di Bengkok, dia rela dilumbakan di Nilai yang tarak nilai
kena tangkap pun x kisah pasal mak pak tahu. So mak pak pun subahat samalah. Soooo Urbang

Quote cegitu 17-2-2014 11:16 AM
Punya sombong...ayat tak boleh blah....last sekali dok dalam pasai mak/pak tak mai jamin...hahahahha
Quote shogun77 17-2-2014 11:18 AM
boyagombak posted on 17-2-2014 03:13 AM
sebelum tengok lumba muto di Bengkok, dia rela dilumbakan di Nilai yang tarak nilai
kena tangkap  ...

ntah2 mak pak dia kisah
dia ja ckp x mak pak dia x kisah
takut mak pak parang dia..
Quote alaa 17-2-2014 11:22 AM
amboi alasan dia. family tak kesah bagai.
Quote Dewa19XKangen 17-2-2014 11:22 AM
mak pak xkisah,hebat..
Quote prettyuglybabe 17-2-2014 11:25 AM
amboi.. mak bapak tak kisah
Quote sapp73 17-2-2014 11:26 AM
tak payah tunggu Hari Valentine....hari-hari ada aje aktiviti tak bermoral ni...hanya antara kantoi atau tak aje
Quote roziekk 17-2-2014 11:33 AM
pastu beranak kat tepi longkang.. daftar kat jpn...
pastu marah jpn sbb buh tmpt beranak mengaibkan
Quote menjad 17-2-2014 11:37 AM
mak saya xkesah xbermakna ko leh wat aper jer dik oit... ko ingat ko dah dapat lesen... pi jabat tangan tok kadi dulu!
Quote lucky_peace 17-2-2014 11:40 AM
eloklah kene tangkap basah, boleh kurangkan belanja kawen tak payah nak kenduri kendara bagai ha, hihihi...
Quote sueism 17-2-2014 11:40 AM
umur dah besar tak yah nak mak bapak lagi sendiri mau fikir lah
Quote baby_pingu 17-2-2014 11:41 AM
ye ke mak bapak dia tak kesah?
ke ayat dia utk menyedapkan hati saja

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.261088 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top