Pengurus Pemasaran Dutch Lady Malaysia, Van Tran berkata, dalam kempen ini turut diadakan satu pertandingan pencarian di seluruh negara bagi mengumpul pesanan terbaik daripada ibu untuk dimuatkan dalam ungkapan susu Dutch Lady.
"Para ibu boleh menghantar pesanan mereka melalui khidmat pesanan ringkas atau melalui laman web Smart Moments Dutch Lady. "Sepuluh pesanan terbaik berpeluang menjadi bintang bersama Mia Sara di dalam iklan terbaru Susu Untuk Membesar Dutch Lady," katanya ketika ditemui dalam Majlis Pelancaran Kempen 'Mak Kata' di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini. Yang turut hadir Guru Besar SK Bangsar, Che Norizam Abdullah dan Duta Susu Untuk Membesar Dutch Lady, Mia Sara Nasuha. Kempen 'Mak Kata' yang akan diadakan sehingga 28 Februari ini diilhamkan daripada iklan televisyen Dutch Lady pada 1983 yang mengisarkan dua kanak-kanak lelaki mendengar nasihat daripada ibunya supaya meminum susu sebagai langkah penjagaan kesihatan.
Dialog 'Mak Kata' yang diungkapkan kanak-kanak tersebut menjadi ikutan di kalangan masyarakat di negara kita sekali gus menjadi tajuk kempen ini. Sementara itu, Che Norizam berkata, kempen berkenaan dapat meningkatkan kesedaran murid sekolah dan anak-anak untuk mendengar nasihat ibu tersayang terutama dalam soal penjagaan kesihatan. "Seorang ibu pasti sayangkan anaknya, jadi kasih sayang ini disampaikan melalui pesanan, lalu menjadi dorongan untuk menjadikan murid atau anak-anak lebih bijak selain membentuk diri dan sahsiah yang baik," katanya. Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini dan jadual pameran lokasi, boleh rujuk laman www.smartmoments.com atau facebook/DutchLady.SmartMoments. |
Bedah.Cun posted on 16-2-2014 02:33 AM
lagu amma..... ammmma.... wunnekkkeee potheke pundeee takde dah ke? I suke lagu dutch lady Tamil tue ...
wawantow posted on 16-2-2014 02:55 AM
ingat lagu "nait cap guiness stout" tadi..tanjat boboi
boyagombak posted on 16-2-2014 07:22 AM
Good Chop Nelladey Guiness Stout.Amma appa thambey macha eppy hour lps penat angkat tong taik.
...
abgboroi posted on 16-2-2014 03:35 AM
betulllllll...jom tgk iklan ni..pengambaran iklan ni di upm serdang
gujiwa posted on 16-2-2014 09:13 AM
Itu bukan abg fara fauzana ke dak kecik tuh ke salah iklan
ADVERTISEMENT