CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Terlanggar Khinzir, Khinzir Sondol Balik

14-2-2014 05:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8120| Komen: 40

Alor Gajah: “Babi hutan itu keluar dari semak secara mengejut menyebabkan seorang penunggang motosikal merempuhnya dan penunggang berkenaan tersungkur manakala haiwan itu terperosok di bawah Toyota Unser saya. Namun, babi hutan itu tiba-tiba bangun dan menyondol mangsa yang sedang terbaring,” kata Mohd Shahir Tambi Chik, 27, saksi kemalangan yang menyebabkan Arman Jaafar, 37, terbunuh, semalam.


Menurut kakitangan Pejabat Daerah Alor Gajah itu, dia dalam perjalanan dari arah Tanjung Bidara menghala ke tempat kerjanya di Alor Gajah, terkejut melihat seekor babi hutan sebesar anak kerbau tiba-tiba keluar dari semak di kanan jalan dan terus melintas jalan raya.

“Kemudian seorang penunggang motosikal yang datang dari arah Masjid Tanah, merempuhnya menyebabkan penunggangnya jatuh ke atas jalan.

“Saya terkejut apabila haiwan itu terperosok di bawah kereta saya, bangun dan menyondol mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.


Mohd Shahir bagaimanapun berkata, dia tidak pasti sama ada mangsa masih hidup atau tidak ketika disondol haiwan berkenaan yang kemudian terbaring di tepi jalan berdekatan penunggang motosikal, dipercayai kerana turut cedera.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gogo2 13-2-2014 04:44 PM
dah kata jgn tunggang motor lagi. Bahaya.. kan dah kena bab* telanjang
Quote FlowerGirl 13-2-2014 04:44 PM
Sial punya babi. Mmg patut perkataan babi tu digunakan utk sumpah seranah. Perangai haram jadah.
Quote vv2005 13-2-2014 04:55 PM
besar btul size babi tu..
Quote prettyuglybabe 13-2-2014 04:55 PM
kasihannya. takziah kepada mangsa..

Quote mak_wa95 13-2-2014 04:56 PM
Takziah...babi tetap babi..dah terperosok bawah unser boleh membunuh lagi
Quote shogun77 13-2-2014 05:04 PM

dah nature dia ska menyondol
defend mechanism katanya..

takziah kepada mangsa
Quote spiderman80 13-2-2014 05:33 PM
FlowerGirl posted on 13-2-2014 04:44 PM
Sial punya babi. Mmg patut perkataan babi tu digunakan utk sumpah seranah. Perangai haram jadah.

Banyak haiwan dan serangga pun membahayakan nyawa manusia. Babi jugak yang jadi target ko. Tapi babi tarak otak, setiap tindakannya adalah semulajadi. Manusia lah teruk, ada otak tapi perangai macam setan.
Quote skeezotone 13-2-2014 05:36 PM
Babi toron
Quote mybluegetz 13-2-2014 05:45 PM
dh klu ajal mcm2 cara dtg kematian itu

innalillah
Quote missyqaldina 13-2-2014 05:47 PM
babi dkt tmn tar jugak friendly humans..
siap makan pisang yg diberi oleh org awam..
Quote penduduk_bumi 13-2-2014 06:16 PM
Kemalangan tragis...
Quote mesmerize 13-2-2014 06:29 PM
jangan marah babi tu..dia pun tahu marah jugak, tengah syok2 melintas jalan ada orang langgar dia
Quote pakwetizzaqyah 13-2-2014 06:45 PM
langgar babi ke langgar cina ni??? lol
Quote ienna2403 13-2-2014 06:53 PM
takziah..

Quote batmana 13-2-2014 08:27 PM
dia naik toyota unser , apasal tk tolong langgar je babi tu semula?
ke babi tu sebesar toyota unser?

Quote Sufeenan 13-2-2014 08:32 PM
Sebesa anok kuba..?

Bosaaaa..!
Quote norhaz 13-2-2014 09:10 PM
Tapi babi hutan ni dia memang suka hati je melintas.aku pernah kena masa baru balik dari KLIA lalu kat kaw perkampungan sebelum labu..tgh sedap2 drive tiba melintas babi ni dari bukit nak ke seberang.nasib sempat brake..mengucap panjang aku terkejut..kalau tak tau tau jadi apa..laju sungguh dia melintas..
Quote the_killer 13-2-2014 09:14 PM
Babi tu boleh didakwa membunuh dengan niat
Quote ajie2000 13-2-2014 09:30 PM
Nasib babi tu tak bawak toyota unser tu...

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.209368 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top