CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Jin Islam Dedah Rahsia Segitiga Bermuda

14-2-2014 04:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 40925| Komen: 55

Jin Islam Dedah Rahsia Segitiga Bermuda

Jin berbeza dengan malaikat. Kesemua Malaikat beriman kepada Allah SWT, sedangkan jin, ada yang beriman ada juga yang kafir seperti manusia. Sebahagian jin ada yang taat kepada Allah SWT dan sebahagian yang ingkar. Golongan Jin ini seperti juga manusia, mereka memiliki pelbagai bangsa, puak dan keturunan. Mereka juga mempunyai sistem pentadbiran yang sama seperti manusia. Setiap puak itu mempunyai ketuanya selain Raja. dari sini terbentuklah Daerah, pentadbiran seterusnya adalah Negeri, dan terakhir menjadi Negara. Bukti kepada pernyataan diatas adalah berdasarkan :

“Dan Allah menciptakan jin dari kobaran api” (Surah ar-rahman : ayat 15)

“Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)” (Surah al-Dzariyat : ayat 56)

“Wahai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dan golongan mu sendiri, yang menyampaikan kepadamu tentang ayat-ayat Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata : Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri, kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang kafir” (Surah al-an’am : ayat 130)





Petikan-petikan surah diatas sudah cukup membuktikan bahawa makhluk Jin sememangnya wujud dan tiada sebab bagi umat Islam untuk menyanggah hakikat ini. Sebelum manusia dilantik sebagai khalifah dimuka bumi, makhluk bernama Jin terlebih dahulu menjalani kehidupan mereka dimuka bumi. Namun, sepertimana yang dinyatakan, makhluk Jin sama juga seperti manusia. Kemajuan tamadun bangsa Jin (terutama dalam teknologi Atom dan Fusion) telah menyebabkan mereka ingkar dalam melaksanakan perintah Allah SWT hingga akhirnya membawa kepada kemusnahan tamadun makhluk sebelum manusia ini. Dan pada masa yang Adam dan Hawa diturunkan ke bumi, Allah SWT telah memperkenankan doa para Jin supaya mereka tidak dilihat oleh manusia.

JIN ISLAM DEDAH RAHSIA SEGITIGA BERMUDA

Muhammad Isa Dawud (MID) dilahirkan pada 1957 di Ismai’iliyah, Mesir. Dibesarkan dan mendapat pendidikan di Kaherah sehingga peringkat Ijazah peringkat Sarjana di Universiti Kaherah. Beliau juga meraih gelaran Lc di bidang sastera dari fakulti Bahasa dan Pengajian Timur, Universiti Kaherah. Dalam karya MID yang bertajuk Dialog Dengan Jin Islam, penulis tersohor itu telah membuat satu pendedahan eksklusif berkenaan Segitiga Bermuda dan ‘penghuninya’.

Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman MID sendiri yang pernah berbicara bersama Jin Islam. MID menjelaskan bahawa, Jin Islam yang menjadi ‘rakan’nya itu berasal dari Bombay, India dan merupakan Jin yang berpengaruh kerana telah membawa kira-kira 10 000 jin lain memeluk agama Islam. Sehingga buku itu ditulis, rakan istimewanya itu sudah berusia 180 tahun.






























Kedudukan geografi Mesir dan Segitiga Bermuda sebenarnya boleh dikira agak dekat jika diambilkira kemampuan/kelebihan yang dimiliki oleh para Jin. Saya kira pembongkaran Jin Islam itu kepada Muhammad Isa Dawud ada juga kebenarannya, memandangkan 'tidak mustahil untuk seseorang itu berkomunikasi dengan makhluk Jin' sepertimana yang pernah dilakukan oleh beberapa orang lagi penulis, pengamal perubatan dan alim ulama. Ini termasuklah Ustaz Amin yang terkenal dengan program terbitan TV 9, Tanyalah Ustaz.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 29-1-2014 11:39 AM
ce tulis serba sedikit.. nk tahu.
Quote lucky_peace 29-1-2014 11:49 AM
apakah rahsianya??
Quote omnprak 29-1-2014 11:56 AM
mukadimah dah menarik...
tapi isinya mana?
Quote gekkou 29-1-2014 12:26 PM
citer x habis..
ada sambungan tak TT?
Quote kuku_pendek 29-1-2014 12:34 PM
sy dah baca buku ni. mmg menarik sgt. smpi 2kali baca la. dlm buku ni ada diterangkan ttg sifat2 jin, rupa paras, tempat tinggal, serta kerajaan yg didiami. juga ade disertakan perlbagai persoalan berkenaan dgn jin, jin pendamping, juga perkahwinan antara org bunian (jin) dgn manusia. serta serba sedikit ttg Dajjal.

ape yg paling sy ingat adalah jin ade bermacam warna kulit. ade merah ade biru. hhe comel le pulak. & teknologi mereka lebih hebat dr manusia. segitiga bermuda adalah satu kerajaan terbesar mereka yg lengkap dgn pelbagai teknologi canggiih. juga ade disertakan surat perjanjian antara david coperfil (magician) dgn ketua jin. W/A~
Quote anwarnuwa 29-1-2014 12:45 PM
ade yg mengatakan apa yang Muhammad isa dawud tulis meragukan sebab sumber yg diambil untuk penulisannya tak jelas. tp stakat aku da bace buku ni mmg menarik. ada penjelasan pasal ufo, ahli silap mata, spesis2 jin. bace untuk hiburan boleh la nak buat pengetahuan baik jangan

camne pon bagi aku buku tu tetap meragukan sebab stahu aku jin islam yang baik xkan masuk campur kehidupan manusia. dorg xkan dedahkan diri. mereka hanya datang pada manusia diam2 seperti pergi masjid dengar kuliah, belajar mengaji dsb
Quote juliesha 29-1-2014 01:07 PM
mana nak cari buku ni ye?
Quote alphawolf 29-1-2014 03:54 PM
Apa yang TT petik lepas 'Jin Islam Dedah Rahsia Segitiga Bermuda', macam ambil kat kaverr belakang buku aje
Quote ed_lin 29-1-2014 04:20 PM
mana sambungannya...TT???
Quote miu~miu 29-1-2014 11:09 PM
benarke ini semua...
Quote abas8888 29-1-2014 11:18 PM
ahli silap mata david copperfield sign agreement dgn jin? guna camera trick je pun dia tu...
Quote shanshero 30-1-2014 10:29 AM
pernah baca buku ni menarik juge. Di ceritakan dalam satu pelayaran iskandar zulkarnian
mereka menemui sebuah pulau dengan istana berkaca dari kristal.
Mereka dapati penduduknya berkepala anjing dan badan manusia. Mereka segera meninggalkan
tempat itu setelah menyedari mereka tersesat dalam alam jin di bermuda
Quote penpink 30-1-2014 11:13 AM
Baca untuk hiburan bolehlah...kalau nak percaya idoklah, bukan apa lah kan...berkawan dengan jin?jin tetap jin ...takot menyesatkan je
Quote doubleA 30-1-2014 02:33 PM
summary pls
Quote nanacinta 30-1-2014 03:58 PM
betul ke?? mane sambungannya...
Quote kuriboh 30-1-2014 07:09 PM
sambungla pliss
Quote DianaSaksen 30-1-2014 07:22 PM
sambunglah lagi citer tt
Quote cik_luna 30-1-2014 08:39 PM
Apa benda nak disampaikan ni
Quote Nape?Tak caye? 30-1-2014 10:21 PM
sin alif bong ..sambong ..

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.050729 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top