CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kecoh Ngo Desak Bantuan Rafizi

10-2-2014 01:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5225| Komen: 28

Rafizi meminta kumpulan NGO tidak melakukan kecoh.
                                                                
BAYAN BARU - Ceramah Tolak GST-Turun Harga Barang yang dihadiri Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli di Bukit Gedong malam semalam bertukar kecoh apabila sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) bertindak 'menyerang' sebaik programnya berakhir.
        
Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu, kumpulan NGO terbabit dikatakan mahu berjumpa dengan Rafizi bagi meminta bantuannya menyelesaikan masalah seorang pemilik rumah di Kebun Bungah yang bakal diroboh oleh kerajaan negeri tidak lama lagi.

        
Kumpulan NGO terbabit yang terdiri daripada Persatuan Muka Buku Pulau Pinang, Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia (Al-Ehsan) dan Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) dilihat cuba menghampiri Rafizi ketika Ahli Parlimen Pandan itu sedang ditemuramah wartawan.
        
Seorang daripada mereka menyerahkan sekeping surat kepada Rafizi dan memintanya membantu bagi menghalang kerja perobohan yang dikatakan akan dilakukan pada 28 Februari ini.
        
Difahamkan, tindakan NGO terbabit meminta pertolongan Rafizi berikutan kerajaan negeri tidak memberi sebarang pampasan atau rumah ganti kepada pemilik terbabit. 
        
Suasana bertukar kecoh apabila Rafizi terus berlalu pergi selepas menerima surat berkenaan dan kumpulan NGO dilihat cuba menghalangnya sambil menjerit meminta pemimpin PKR itu memberi perhatian masalah yang dihadapi rakyat Pulau Pinang selepas mendakwa kerajaan negeri gagal membelanya. 
        
"Di mana hak orang Melayu di Pulau Pinang. Kami minta perkara ini diberi perhatian" itu antara perkataan yang dilaungkan kumpulan NGO terbabit.
        
Rafizi yang terkejut sebaik dihampiri kumpulan terbabit terus berkata "Tunggu, bagi saya semak dulu dan tak perlu bising-bising, hari sudah malam".
        
Bagaimanapun, suasana tegang yang berlaku hampir setengah jam itu akhirnya berjaya dileraikan polis.


18

Bagus
14

Marah
8

Terkejut
10

Sedih
6

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lostnfaun 10-2-2014 12:28 AM
mcm betul gak cakap Rafizi tue biar semak dulu untuk dpt maklumat sebenar... kalau nak komen pun tak boleh gak sbb tak tau citer hujung pangkal camne...
Quote Anak_Nogori 10-2-2014 12:36 AM
lostnfaun posted on 10-2-2014 12:28 AM
mcm betul gak cakap Rafizi tue biar semak dulu untuk dpt maklumat sebenar... kalau nak komen pun tak ...

yelah...kalau masa belum perintah dulu..sanggup tunggu berjam2 lamanya..berikan ulasann ka apa ka..demi rakyat katenye.

lani...kasi memorandum..satu patah tak keluar dari mulutnya...bila kecoh baru nak kata dah malam..

Quote slippergombak 10-2-2014 12:36 AM
aik.. malam nih betul2 gila sampai 3-4 tread bukak... insyallah 2 jumaat lagi laa nih... innalillah awal2...
Quote Bini_Maidoon 10-2-2014 12:41 AM
apa ke jadahnya pi jumpa Rafizi..dia bukan ahli parlimen kat penang, dah macai tu macai jugaklah, saje bikin kecoh..

naik meluat ahkak nengoknya

prrrfffffggggghhhhhhttttttggghhhh!!!
Quote JohnDeSouza 10-2-2014 12:43 AM
gilalah rafizi dok pandan,selangor bukan dok penang.
Quote Anak_Nogori 10-2-2014 12:47 AM
berani ke Rafizi sound Khalifah Umar tu?..
Quote slippergombak 10-2-2014 12:55 AM
ini sah rembat rumah rakyat termiskin kampung rumah mesra rakyat dah diluluskan adun atas nama jkkkkk nih... tuh yg gegeh cari sumber pitnah merata2 janji dapat tepek nih...
Quote DTECCONAN 10-2-2014 12:58 AM
eh!!! Anwar selamba ja nak bertanding dekat Selangor, bg ceramah boleh ja dekat Bayan Baru tu, time minta tolong "pi la hangpa minta tolong kat wakil rakyat korang"
Quote Babai 10-2-2014 01:03 AM
Bravo AN! Si rapizi ngan anal brahi memang kaki temberang.
Quote Babai 10-2-2014 01:05 AM
Anak_Nogori posted on 10-2-2014 12:47 AM
berani ke Rafizi sound Khalifah Umar tu?..

Si gemok tu mana berani nak sound cine2 ni. Takat nak temberang orangntak sekolah dia boleh la.
Quote sup@rm@n 10-2-2014 01:05 AM
Masa bawah gerakan dulu tamo bising
Quote DTECCONAN 10-2-2014 01:14 AM
ahli Parlimen malaysia ni bertugas utk semua rakyat sebab tu la boleh bertanding kat mana2 pun
Quote slippergombak 10-2-2014 01:24 AM
rafizi kasi bongkar pun salah....
Quote cupin_cipin 10-2-2014 01:36 AM
sejak bila pulak rafizi yang bertanggungjwb atas masalah perumahan di pulau pinang
kesian rafizi yang tak tahu hujung pangkal letak duduk perkara sebenar diseret ke kancah permasalahan yang bukan dalam bidang kuasa & jajahan takluk beliau
Quote cupin_cipin 10-2-2014 01:53 AM
slippergombak posted on 10-2-2014 12:55 AM
ini sah rembat rumah rakyat termiskin kampung rumah mesra rakyat dah diluluskan adun atas nama jkkkk ...

aku dapat bayangkan jika satu hari nanti pakatan rakyat memerintah nismilan (InShaa Allah, Amin )
pastu rumah rakyat termiskin yang dia rembat tu diambik balik oleh kerajaan negeri, si tua tamak haloba tu akan guna modus operandi sama seperti yang berlaku ke atas rafizi ni
masa ustaz azhar idrus bagi ceramah agama kat nismilan pun dia akan usung ngo buat kecoh demi untuk selamatkan rumah rakyat termiskin yang dia rembat tu

p/s: robin hood rembat harta orang kaya untuk derma pada orang miskin
tapi ujang "caprut" hood rembat hak orang miskin untuk mengkayakan diri sendiri
apolah nak jadi
Quote slippergombak 10-2-2014 02:11 AM
cupin_cipin posted on 10-2-2014 01:53 AM
aku dapat bayangkan jika satu hari nanti pakatan rakyat memerintah nismilan (InShaa Allah, Amin{:1 ...

mmg setiap ceramah PR mereka akan hantar samseng2 yg akan ditugaskan untuk membuat kekecohan demi mengganggu perjalanan ceramah... dimana2 sekarang pun ada.... jika sebelum nih mereka akan hantar samseng dan beriya ajak gaduh berperang sambil melalak, melaung2kan liwat, rogol, penipu kerana tak boleh berhujah.. tetapi sekarnag nih mereka akan korek laa kalu ada rumah setinggan kaa.... tanah masih tak dapat geran kaa... bantuan kaa dan mereka akn serbu dan melalak bagai nak rak tak kira sapa pun... demi mahu menutup mata rakyat dari mengetahui perkara sebenar yg dibongkar....

tgk cam kat sini laa.. bila dah cuba bongkar pun dianggap penipu lagi...
Quote cupin_cipin 10-2-2014 02:18 AM
slippergombak posted on 10-2-2014 02:11 AM
mmg setiap ceramah PR mereka akan hantar samseng2 yg akan ditugaskan untuk membuat kekecohan demi  ...

zionist sungguh perangai puak bani umngok ni

Quote slippergombak 10-2-2014 02:21 AM
cupin_cipin posted on 10-2-2014 02:18 AM
zionist sungguh perangai puak bani umngok ni

mereka upah consultant pun dari puak zionist.. jadi apa laa nak heran dengan bani UMNO nih... diasuh dan diajar oleh puak zionist dibayar setiap tahun puluh juta untuk membimbing...
Quote BelovedTaeyeon 10-2-2014 10:06 AM
Salaam.

Tu pasal aku cakap, macai ni wayar otak diorang ada yang dah putus.

Wayar yang jaga 'signal' untuk makan, berak jer berfungsi dengan baik

Wayar untuk berfikir secara waras, bezakan baik dan buruk...putus lama dah

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.040963 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top