CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Kajang Dapat Payung

10-2-2014 01:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6096| Komen: 30

KAJANG – Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) menjangkakan lebih ramai premis perniagaan khususnya golongan peniaga Melayu akan dirobohkan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) masih menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Menurut Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah pihaknya menerima aduan lebih 30 premis perniagaan masyarakat Melayu sudah rebah ke bumi yang rata-ratanya adalah usahawan kecil dan sederhana.

Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah menyerahkan payung kepada Che Din Omar, seorang peniaga di Dun Kajang


Lebih mengejutkan 50 premis sama di sekitar Kajang telah menerima notis untuk merobohkan premis mereka sehingga hari ini.
“Hari ini IKHLAS lihat  di negeri Selangor dikuasai oleh DAP maka hari ini kita lihat kedai-kedia kereta terpakaiCina yang tidak ada lesen tidak diusik langsung. Ada gerai dan rumah kedai mewakili kaum Cina mereka diberi tarikh lanjutan daripada diroboh.


“Kenapa asyik peniaga Melayu aje kalau masih PKR menang di Kajang, Ikhlas memberi jaminan lebih banyak kedai peniaga akan diroboh,” katanya.
Tidak dinafikan sebilangan besar peniaga akan menerima nasib sama sekiranya PKR dipilih oleh masyarakat Kajang, katanya selepas sesi penyerahan payung kepada 10 peniaga di Sungai Jelok, Kajang.


Malah menurut Mohd Ridzuan lagi, pengundi di sini perlu menilai semula tahap prestasi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh yang bertindak meletakkan jawatan beliau semata-mata untuk memberia laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Dalam DUN Kajang ada lebih kurang 1,400 penjaja dan peniaga kecil, mereka akan terima nasib yang sama kalau sekiranya PKR menang. Ini akan berlaku,” katanya.


Katanya, pampasan sewajarnya juga akan diberikan kepada gerai peniaga-peniaga yang dirobohkan sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi berkenaan.


“Kita akan dapatkan pampasan kepada peniaga-peniaga kecil di Kajang ini. Kami terima aduan setiap peniaga mengalami kerugian RM30,000 hinggan RM50,000,” ujarnya.


Notis daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) itu melibatkan peniaga-peniaga kecil di Taman Mesra, Sungai Kantan dan Sungai Jelok.
Bagi Che Din Omar yang menerima notis pada 5 Februari lalu menimbulkan kekesalan kepada beliau kerana memilih pemimpin yang ternyata mementingkan diri sendiri.


“Saya rasa benda ini tidak patut berlaku sedangkan kami Cuma mencari rezeki. Sepatutnya pihak yang bertanggunjawab itu lebih prihatin terhadap kami sebab kemana kami hendak pergi sekiranya gerai kami dirobohkan untuk majukan perniagaan kami,” katanya.
Tambah Che Din lagi, MPKj hanya membenarkan perniagaan kiosk kepada mereka yang mana terlalu kecil dan kurang selesa.


Perkara sama turut diluahkan Zakaria Mohd Zain seorang peniaga yang sudah 10 tahun berniaga Sungai Kantan, Kajang.
Dakwa Zakaria notis untuk merobohkan gerai perniagaan beliau sama sekali akan menjejaskan punca pendapatan beliau.


“Kalau khemah sudah dirobohkan masalah kepada saya dan pelanggan. Bila tidak ada khemah hujan panas susah lah untuk pelanggan saya. Ia memang perlu kerana kiosk yang diberi oleh MPKj terlalu kecil,” katanya.


Setakat hari ini, 31 gerai peniaga sudah dirobohkan sementara 50 lagi peniaga akan menerima nasib sama selepas menerima notis minggu lalu.


1

Bagus

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myvios 10-2-2014 01:13 AM

Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah menyerahkan payung kepada Che Din Omar, seorang peniaga di Dun Kajang
Quote cupin_cipin 10-2-2014 01:26 AM
dear sahibul samaah ustaz @diner

aku pinjam petikan ceramah ko dari thread hj hadi tu ye buat muhasabah diri kepada peniaga2 yang tak tau bersyukur ni

tu la bila Allah dah sempitkan rezeki masih ramai lg yg x sedar2. cubala kalo rakyat malaysia ni ramai yg bersyukur drpd asyik merungut je.

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7)

Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah). (Surah Ibrahim:34)

Susah sgt ke nak bersyukur??? pada hal bersyukur tu lebih pendek perkataan dia dr blame pada org len
.
Quote Czaziq 10-2-2014 01:37 AM
presiden ikhlas ni EEE ke (bak kata tukar tiub )?? nape kebanyakan EEE ni fefeeling melayu?
Quote wawantow 10-2-2014 03:03 AM
myvios posted on 10-2-2014 01:13 AM
Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah menyerahkan payung kepada Che Din Omar, seorang peniaga di  .

..

balik2 tambi....tambi balik........

dah la siap dah cop parti taIk semalaysia tu...

kt kajang tambi...kt penang tambi.....habis yg aku dgr melayu2 tu...apa yg melayunya
Last edited by wawantow on 10-2-2014 03:36 AM

Quote sepaileman 10-2-2014 03:10 AM
nak niaga kecik keciklan kait dengan politik parti memang bodo
Quote bunnybumbum 10-2-2014 03:34 AM
Bohong..bohong..
Quote gaara_X 10-2-2014 10:14 AM
hehehehehee...ngan cakap je....
Quote BelovedTaeyeon 10-2-2014 10:22 AM
wawantow posted on 10-2-2014 03:03 AM

..

balik2 tambi....tambi balik........

dah la siap dah cop parti taIk semalaysia tu...

kt kajang tambi...kt penang tambi.....habis yg aku dgr melayu2 tu...apa yg melayunya

Salaam.

Aku baru nak sebut.

Popular ek dia ni skang

Masa TURUN itu hari, siap ugut lagi kat Buletin Utama.

Mengalahkan Melayu betul mamak tak sedar diri sorang ni.


Melayu?
Melayu setakat taraf sembelih dan lumur darah ayam jer
Bapak2 sapa la tu bengap sangat
Harap2 anak2 diorang cerdik la sikit.




Last edited by BelovedTaeyeon on 10-2-2014 10:24 AM

Quote kecimpret 10-2-2014 10:25 AM
IKHLAS??..ikhlas apenye kalo kasi payung pun bermotif politik


Quote BelovedTaeyeon 10-2-2014 10:50 AM
cupin_cipin posted on 10-2-2014 01:26 AM
dear sahibul samaah ustaz @diner

aku pinjam petikan ceramah ko dari thread hj hadi tu ye buat muh ...

Salaam.

Puak2 tu kan, firman Allah ni pun dia tak faham.


Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

Quote dino 10-2-2014 11:00 AM
haiyaaa dpt payung pun kecoh
Quote pakwetizzaqyah 10-2-2014 11:21 AM
myvios posted on 10-2-2014 01:13 AM
Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah menyerahkan payung kepada Che Din Omar, seorang peniaga di  ...

nama melayu muka india..lol
Quote diner 10-2-2014 11:38 AM
BelovedTaeyeon posted on 10-2-2014 10:50 AM
Salaam.

Puak2 tu kan, firman Allah ni pun dia tak faham.

aku rasa ko la yg paling x phm. ada ke Allah suruh tukar kerajaan bru nasib tu berubah. dalam firman Allah yg dalam surah Al imran

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (26) Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. (27)

patutlah pembangkang ni x menang2. komplen la pasal 53% tu. Allah nk bg tau pada rakyat Malaysia ni walaupun 53% x nak BN memerintah, Allah tetap bg peluang lg pada BN.

jgn taksub sgt dgn politik ni smpi apa je pemimpin parti lawan ckp semuanya salah tp bila pemimpin sendiri itu semua startegi.
Quote diner 10-2-2014 11:39 AM
cupin_cipin posted on 10-2-2014 01:26 AM
dear sahibul samaah ustaz @diner

aku pinjam petikan ceramah ko dari thread hj hadi tu ye buat muh ...

kalo dh x leh meniaga kat situ pindah la tempat len, bumi Allah ni luas rezeki melimpah ruah.
Quote freebird 10-2-2014 11:47 AM
Dah ada sakai tahu niat Allah.....
Quote freebird 10-2-2014 11:48 AM
Mamak tu suruh rakyat kajang undi cina mca penentang islam ke?
Quote skeezotone 10-2-2014 11:53 AM
Sediakan payung sblom ujan
Quote mohdcrow 10-2-2014 11:59 AM
definasi 'ikhlas' tak valid bila ramai org tau
Quote BelovedTaeyeon 10-2-2014 11:59 AM
diner posted on 10-2-2014 11:38 AM
aku rasa ko la yg paling x phm. ada ke Allah suruh tukar kerajaan bru nasib tu berubah. dalam firm ...

12 bulan dalam 2014 penuh 'warna-warni'
Tak nak ubah ke?

Tak cerdik la kalau tak nak ubah



Hitler pun bijak




Last edited by BelovedTaeyeon on 10-2-2014 12:06 PM

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.054275 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top