CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

kita sokong negara Palestin , TAPI kita tak iktiraf kerajaan dia...

21-11-2012 10:06 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 10755| Komen: 50

'M'sia tak iktiraf Hamas tapi sokong negara Palestin'


Malaysia tidak mengiktiraf Hamas walaupun mendukung pembentukan negara berdaulat Palestin kerana akur dengan ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang tidak mengiktiraf parti itu sebagai kerajaan Palestin, kata Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika menggulung usul mengutuk keganasan Israel terhadap Palestin menerusi kempen ketenteraan terhadap semenanjung Gaza bermula 14 November lalu.

"Oleh kerana Malaysia ahli kepada PBB, kita tiada pilihan melainkan tidak mengiktiraf Hamas.

"Tetapi kita mempunyai hubungan secara tidak langsung dengan Hamas sebagai sebuah parti yang menguasai (Palestin) atas pilihan rakyat Palestin untuk menubuhkan kerajaan," katanya.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) bangkit mencelah dan mengusulkan agar Parlimen Malaysia mengambil pendirian berbeza daripada pendirian kerajaan – dengan mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan sah Palestin.

Mengulas perkara itu, Nazri menjelaskan bahawa sebarang keputusan Parlimen akan dianggap keputusan eksekutif yang merupakan kerajaan sedia ada.

"YB perlu faham sistem politik negara kita, parti yang menguasai Parlimen itu merupakan eksekutif.

"Jadi kalau Parlimen membuat keputusan yang bebas daripada eksekutif, sistem kita tak boleh sembunyi hakikat itu juga adalah (keputusan) kerajaan.

"Kita mesti berhati-hati dalam perkara ini kerana yang penting adalah menyelesaikan masalah Palestin dan bukan sama ada suatu
parti politik itu diiktiraf oleh kita atau tidak," katanya.

Beliau seterusnya memberikan komitmen kerajaan untuk terus berkempen agar Palestin diterima dalam PBB.

"Bagi kita yang penting ialah substance iaitu kita bagi dukungan dan sokongan kepada Palestin untuk menjadi bukan sahaja satu entiti tetapi akhirnya menjadi sebuah negara pemerhati dan seterusnya akan menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat," katanya.

Isu berkenaan pada akhir tahun lalu dibangkitkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mempersoal pendirian kerajaan Malaysia kerana "selalu bercakap membela Palestin tetapi masih enggan mengiktiraf Hamas".

Beliau menggesa agar Malaysia berhenti mengikut telunjuk Amerika dan mengorak langkah mengubah nasib malang rakyat Palestin.



-- teringat malaysia menghalau wakil kerajaan Hamas ketika persidangan negara islam di KL dulu dari berucap dan menaikkan wakil fatah untuk berucap.... sedang Kerajaan Hamas dipilih oleh majoriti rakyat palestin....



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Magika 21-11-2012 12:02 AM
[youtube]CwbyniaQqMM[/youtube]
Quote pyropura 21-11-2012 12:07 AM

...ni lah akibatnya kalau berkonsultan kan APCO....
Quote totokreturn 21-11-2012 12:13 AM
pyropura posted on 21-11-2012 12:07 AM
...ni lah akibatnya kalau berkonsultan kan APCO....

bila kawan yahudi nak sembang pasal nak selamatkan palestin.. sama nada macam amrika sembang prihatin pada palestin...


hiduppp yisroelll.....


Quote taikor 21-11-2012 01:00 AM
Rupanya wayang ajer tunjuk sokong. Dan bunyi ajer kuat tapi tak brani. Rakyat Palestin kena tipu. Ummah Ereb kena kelentong ngan geng BN Mesia...
Quote totokreturn 21-11-2012 01:07 AM
taikor posted on 21-11-2012 01:00 AM
Rupanya wayang ajer tunjuk sokong. Dan bunyi ajer kuat tapi tak brani. Rakyat Palestin kena tipu. Um ...

nak komen sokong palestin pun kena bisik2 perlahan-lahan.. sebab kat belakang kena kawal oleh yahudi APCO yg dibayar 24 juta setahun atas service mereka kasi tunjuk ajar naikkan nama najib....
Quote Dzulqarnain 21-11-2012 01:51 AM
Malaysia adalah negara berKECUALI Israel???
Quote totokreturn 21-11-2012 02:04 AM
Dzulqarnain posted on 21-11-2012 01:51 AM
Malaysia adalah negara berKECUALI Israel???

berKECUALI israel.. tapi yahudi APCO yg tentukan apa yg najib perlu buat setiap hari yg dibayar 40 jota setahun...
Quote Dzulqarnain 21-11-2012 02:28 AM
totokreturn posted on 21-11-2012 02:04 AM
berKECUALI israel.. tapi yahudi APCO yg tentukan apa yg najib perlu buat setiap hari yg dibayar 40 ...



Hang ni...

Perjumpaan sub² koloni (PBB) kn dh tetap resolusinya
melalui anggota Majlis Keselamatannya yg lima
Maka, negara² anggotanya hadir hanya utk mengambil
daftar pekelilingnya adja gtu...baca dan turut, baca dan turut, turut.

p/s: APCO tu yg bertenggek di Bank Negaranya Malaysia...

Quote spy^patrick 21-11-2012 02:31 AM
APCO tuh ape?? tlg jelaskan...
Quote peachRose 21-11-2012 03:34 AM


ignorance sgt ek diorg ni sampai boleh wat bintang 6 bucu ni...?
atau yg buat ni bdak2 blom baligh...yg tatau perkembanagan dunia??
Quote totokreturn 21-11-2012 07:36 AM
spy^patrick posted on 21-11-2012 02:31 AM
APCO tuh ape?? tlg jelaskan...

tak paham..... orang dah masuk bab israel ganyang palestin.. samada ko benar2 baru kuar gua batu caves bertapa atau mmg species tak campur masyarakat selama nih untuk bertanyakan APCO tuh apa...??
Quote Vympel77 21-11-2012 08:00 AM
Errrmm....

UN member states
Of the 193 member states of the United Nations, 131(67.9%) have recognised the State of Palestine as of November 2012. Their total population is over 5.5billion people, equalling 80 percent of the world's population.[67]

(Wikipedia)

Quote DeMax 21-11-2012 08:58 AM
Ramai sgt agent Yahudi kat porum ni. Cukup la menghina UMNO kekasih Melayu
Quote akucakpong 21-11-2012 09:05 AM
truth hurts..
Quote kecimpret 21-11-2012 09:44 AM
APCO iktiraf...palestin x iktiraf


Quote shamsadis 21-11-2012 09:50 AM
ada orang tak reti beza antara APCO Israel dengan APCO Syarikat Telekomunikasi...kalo otai2 board Military nampak kene bedal je


edit lupa letak gambar :





aku nak tengok dulu penyokong anwar cakap pasal APCO dia...


Last edited by shamsadis on 21-11-2012 09:55 AM

Quote totokreturn 21-11-2012 09:56 AM
kah...kah...kah... bagi puak2 dungu APCo syarikat telekomunikasi yg mampoo jadi consultant naikkan imej seorang PM....hahahaaaa
Quote shamsadis 21-11-2012 10:02 AM





The Association of Public Safety Communications Officials International is the world′s largest organization dedicated to public safety communications. It was established in 1935 and today it has over 15,000 members. It is a member-driven association of communications professionals that provides leadership; influences public safety communications decisions of government and industry; promotes professional development; and, fosters the development and use of technology for the benefit of the public. All this is set forth in its comprehensive website, which has information for members and non-members. There are many resources on this website, to include its magazine, job openings, training and information on communications before, during and after a disaster.



http://www.apco911.org/











sori dude....sebelum orang lain bagitau baik aku amik kredit dulu
Quote totokreturn 21-11-2012 10:10 AM
ada worang tak reti beza APCO communication dengan APCO worldwide....



Isu panas APCO Worldwide masih berpanjangan di Malaysia sejak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkannya di Parlimen baru-baru ini (yang mana telah menyebabkan beliau dipanggil oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen). Apakah sebenarnya APCO Worldwide ini?
APCO Worldwide adalah satu firma khidmat rundingan perhubungan awam antarabangsa yang berpangkalan di Washington D.C., Amerika Syarikat dan mempunyai 29 cawangan di seluruh dunia, termasuk Tel Aviv. Mereka mempunyai lebih daripada 550 orang pakar perunding yang dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut kepakaran masing-masing. Pakar perunding mereka terdiri daripada bekas-bekas pemimpin negara, duta negara, bekas CEO syarikat, jurnalis, penyelidik pasaran dan juga pakar internet.
APCO Worldwide bertanggungjawab membantu menyebarkan objektif klien mereka kepada awam melalui khidmat komunikasi dan pengurusan awam. Mereka menggabungkan kepakaran mereka dalam pemahaman global dengan kepakaran tempatan klien untuk memahami isu-isu semasa dan trend yang memberi impak kepada perniagaan dan organisasi seluruh dunia. (Baca lebih lanjut tentang APCO di sini)
APCO Worldwide dilantik oleh kerajaan sebagai firma perhubungan awam rasmi negara untuk membantu kerajaan dari segi komunikasi dalam melakukan beberapa siri reformasinya. Antaranya, mewujudkan peluang pekerjaan, menggalakan pendidikan dan meningkatkan prestasi perkhidmatan kerajaan kepada rakyat, seperti yang dinyatakan dalam laman webnya. Selain itu ia juga diperlukan untuk membantu memulihkan imej Malaysia dipersada antarabangsa kerana dikatakan telah ‘hancur’ semasa era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“(The Malaysian government) wants to ensure that it is able to provide information to the public quickly and transparently, making use of all relevant new technologies.”
“They will work to assist in strengthening the government’s online and other strategic communication capabilities to speed the delivery of accurate information to the media and public.”- Margery Kraus, Pengasas dan CEO APCO Worldwide.
Namun demikian, langkah kerajaan memilih APCO Worldwide dalam membantu perlaksanaan strategi reformasinya disangkal oleh pihak pembangkang. Dan inilah isu yang menjadi hangat dikalangan pihak pembangkang hingga sekarang. Pihak pembangkang terus-menerus menghentam kerajaan dengan isu ini. Dakwaannya, APCO Worldwide mempunyai hubungan rapat dengan Israel. Ini kerana APCO Worldwide didakwa pernah dilantik oleh Israel untuk membantu negara itu.
Selain itu beberapa orang anggota APCO Worldwide terdiri daripada bekas anggota kerajaan Israel; Doron Bergerbest-Elion (bekas Ketua Keselamatan Kerajaan Israel), Shimon Shein (bekas Duta Israel ke German) dan Itamar Rabinovich (bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat). Secara tidak langsung Malaysia dikatakan menjalin hubungan dengan rejim Zionis Israel. Ini juga menimbulkan dakwaan bahawa APCO Worldwide ‘mengawal’ segala reformasi kerajaan dengan cara Israel, contohnya 1Malaysia yang dikatakan sama dengan konsep One Israel. Namun demikian dakwaan tersebut disangkal oleh APCO Worldwide di laman webnya.
Kuala Lumpur (March 30, 2010) – The allegations repeated against APCO Worldwide this morning in the Malaysian Parliament are false. APCO Worldwide is not working for the government of Israel. We did not devise the 1Malaysia concept. In our work as communications consultants we are not involved in policy formation but in the presentation of information the government intends to share with the public. We work for governments which are prepared to take our counsel on transparency, democracy and the rule of law. We are honoured to continue our work with the government of Malaysia APCO Worldwide.
Selain itu pembayaran yang dibuat kerajaan kepada kepada APCO Worldwide sebanyak RM76.8 juta untuk kerja-kerja yang dijalankan sepanjang Julai 2009 ke Jun 2010 menimbulkan kemarahan. Jumlah tersebut agak besar dan tidak berbaloi memandangkan ekonomi pada masa sekarang masih belum berapa stabil.
Hingga sekarang belum jelas apakah sebenarnya kerja-kerja APCO Worldwide ini di Malaysia. Kerajaan perlu menjelaskan keadaan sebenar tentang isu ini kepada rakyat. Rakyat berhak mengetahuinya.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.052362 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top