CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rintihan Ibu

5-2-2014 09:50 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6767| Komen: 48

Description: Terdahulu, Remaja Lelaki Berusia 16 Tahun Yang Juga Anak Kepada Wanita Itu Mengaku Bersalah Atas Kesalahan Menunggang Motosikal Secara Berbahaya Di Jalan Dataran Kemerdekaan, Di Sini, Pada 1 Februari ...
Shah Alam: “Saya memohon agar mahkamah meringankan wang jaminan kerana saya tidak mempunyai wang.

“Malah, saya terpaksa meminjam duit bantuan persekolahan BR1M anak-anak lain yang diberikan kerajaan untuk datang ke sini,” kata seorang ibu berusia 40-an dalam rayuannya di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Terdahulu, remaja lelaki berusia 16 tahun yang juga anak kepada wanita itu mengaku bersalah atas kesalahan menunggang motosikal secara berbahaya di Jalan Dataran Kemerdekaan, di sini, pada 1 Februari lalu.

Bagaimanapun, Majistret Farah Azura Mohd Saad menetapkan 11 Mac depan sebagai tarikh hukuman.

Sebelum prosiding berjalan, remaja yang memakai baju merah jambu dan sudah tidak bersekolah itu menangis teresak-esak di dalam kandang tertuduh.


Mengikut pertuduhan pilihan, anak keempat daripada tujuh beradik itu didakwa menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya kepada orang awam di Jalan Dataran Kemerdekaan di sini, pada kira-kira jam 12.45 tengah malam, 1 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Selain remaja itu, seorang lagi tertuduh Muhammad Adzie Zulhaq Rahim, 18, juga mengaku bersalah atas pertuduhan sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Nooranisa Ngadirin menawarkan masing-masing diikat jamin dengan RM4,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan agar tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran seminggu sekali.

Bagaimanapun, kedua-dua penjaga tertuduh itu memohon supaya mahkamah mengurangkan wang jaminan kerana tidak berkemampuan.

Berikutan itu, mahkamah membenarkan kedua-dua remaja itu masing-masing diikat jamin dengan RM3,500 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berhampiran.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 5-2-2014 08:05 AM
sedih pulak...
Quote aTiKah_aYuNi 5-2-2014 08:17 AM
biar kn je laa wahai si ibu...semoga hukuman itu jd pengajaran buat si anak......
Quote FlowerGirl 5-2-2014 08:19 AM
Kalau aku jd mak dia  x de nya aku nk jamin. Biar masuk dalam. BKn x sayang tp bg pengajaran. Mungkin budak ni jenis degil selama ni
Quote haryatie 5-2-2014 08:22 AM
kesian pulak ngan si ibu tu..
begitu la hati seorg ibu..ank salah/jahat mcam mana pun masih nak jugak membelanya..
smoga ank tu insaf
Quote shida81 5-2-2014 08:24 AM
Sakit ati mcm mn pun sowang mk x kn sanggup biarkn ank dia duk dlm jel......sedeyyyy ak... mk ko da la ssh ko bkn nk tlg.. menyusahkn lagi
Quote shysari 5-2-2014 08:26 AM
Harap si anak dpt pengajaran
Quote ip_lepat 5-2-2014 08:27 AM
kesian maknya..
bila mak tu dh tkde nnt, baru tau langit tu tinggi ke rendah..
Quote zwaty 5-2-2014 08:31 AM
tp mmg rmai rmaja dr fmily susah mcm x faham dia hdup susah....
sian kat makpak.....
Quote jazaa 5-2-2014 08:33 AM
FlowerGirl posted on 5-2-2014 08:19 AM
Kalau aku jd mak dia  x de nya aku nk jamin. Biar masuk dalam. BKn x sayang tp bg pengajaran. Mungki ...

kklu masuk dlm nanti ic tukar coklat(bekas banduan) kott.......tu yg maknya tak mau, nanti susah mintak kerja.....
Quote xtahumenahu 5-2-2014 08:36 AM
zwaty posted on 5-2-2014 08:31 AM
tp mmg rmai rmaja dr fmily susah mcm x faham dia hdup susah....
sian kat makpak.....

kadang2...diorg ne aku rase nak release tension...
Quote bluberi 5-2-2014 08:39 AM
masa merempit bawak moto mcm setan tu takde pulak nak nangis
Quote zwaty 5-2-2014 08:40 AM
xtahumenahu posted on 5-2-2014 08:36 AM
kadang2...diorg ne aku rase nak release tension...

x salah....gi la CC main game ke...brforum ke...x pyahla merempit pkul 12.45pg lak tu...
Quote xtw 5-2-2014 08:43 AM
kesiannyer mak dia...
apak dia mane??
time buat x pk mak..
Quote Mellyzza 5-2-2014 08:50 AM
Sedihnya jadi mak budak ni...
Pengorbanan seorg mak..susah camne ..degil camne pun anak tu..gagah gak dtg..
Quote FlowerGirl 5-2-2014 08:51 AM
jazaa posted on 5-2-2014 08:33 AM
kklu masuk dlm nanti ic tukar coklat(bekas banduan) kott.......tu yg maknya tak mau, nanti susah m ...

Ye ke?kira banduan ke tu?bwh umur kot,masuk sek budak2 nakal je agaknya
Quote NIXAR 5-2-2014 08:53 AM
x yah jamin makcik. simpan je duit tu. biar je dia rasa dok dlm jel
Quote dualchicks 5-2-2014 09:01 AM
Ibu jenis manjakan anak nih...biarkan ajelaa anak meronggeng merempit...asalkan selamat...itu jer ibu dia pk kan anak...
Quote jazaa 5-2-2014 09:04 AM
FlowerGirl posted on 5-2-2014 08:51 AM
Ye ke?kira banduan ke tu?bwh umur kot,masuk sek budak2 nakal je agaknya

ingat tak kes remaja yg tak gi plkn, mahkamah hukum penjara sehari, tapi ada YB yg byar denda sbb tanak ic dia jadi warna coklat...dia pun bawah 21 tahun.....
Quote skeezotone 5-2-2014 09:07 AM
Cian mak dia.. Nasib la dpt anak rempit..

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.176373 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top