Pelan Damai Antara Anwar Ibrahim Dengan Datuk Seri Najib![]() Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan mempertimbang cadangan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Barisan Nasional untuk bekerjasama dan bermuafakat ke arah ‘pelan damai’, dengan berunding bersama Jemaah Menteri. ![]() Perdana Menteri berkata yang penting ialah negara sentiasa aman dan dapat menentukan kesejahteraan rakyat yang sentiasa menjadi keutamaan kerajaan. “Biarlah saya berunding perkara ini dengan Jemaah Menteri nanti. “Apapun ideologi politik atau kefahaman politik, yang penting kita bertindak mengikut lunas undang-undang dan menjaga sensitiviti kaum, agama dan menghormati hak masing-masing berlandaskan prinsip Perlembagaan negara dan undang-undang peringkat pusat dan negeri,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku ‘Maps of Malaya and Borneo: Discovery, Statehood and Progress’ di sini hari ini. ![]() Beliau berkata demikian ketika mengulas tawaran Anwar Ahad lepas yang dilaporkan mengajak kepada permuafakatan nasional terutamanya berkaitan keharmonian agama dan kaum di negara ini. Najib juga berkata selepas pilihan raya umum lalu, beliau telah membangkitkan mengenai permuafakatan nasional dan apabila pilihan raya selesai, kedua-dua pihak mesti menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat. ![]() “Itu sebagai prasyarat untuk mencapai permuafakatan nasional tetapi kita tahu pihak pembangkang tidak mahu menerima keputusan tersebut yang telah membuat perhimpunan dan terus menuduh kita membuat penipuan melibatkan kononnya 40,000 pengundi warga Bangladesh. “Semuanya jelas terbukti fitnah dan tidak ada asas sama sekali. Sekarang timbul pula cadangan yang kita telah buat pada peringkat awal,” katanya. ![]()
|
ade kesinambungan kot citer neh kat thread yg lagi yg najib sendiri dapat tekanan hebat nak ditendang dari UMNO sendiri
alesandra posted on 29-1-2014 06:15 PM
ade kot.aku ade baca kat artikel mana tah malaysiakini kot...rafizi kata anwar bertanding kat seat ...

abgboroi posted on 29-1-2014 06:32 PM
apa kegilaan ni? sekejap plan damai...sekejap lagi ajak najib bertanding pulak...
abgboroi posted on 29-1-2014 07:22 PM
betul ker jadi MB boleh tawan putrajaya? cer citer sikit....aku pun nak tahu...
abgboroi posted on 29-1-2014 06:32 PM
apa kegilaan ni? sekejap plan damai...sekejap lagi ajak najib bertanding pulak...
anwar cuma nak kata kalau tanak susah.. BN jgn bertanding di kajang atau bagi dia menang free.sbb kalo bn tak bertanding tak semestinya calon bebas bukan proxy bn kann?mungkin aku terlepas pandang....tapi so far aku belum nampak lagi menteri kanan atau najib sendiri attack giler2 PKR psl hal kajang neh.yg byk kritik puak2 PR sendiri ngan taraf macai2 bn je byk.nampaknya ade respon yg positif dari najib.
ADVERTISEMENT