CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Murid Hidap Barah Dibiar Enam Jam!

29-1-2014 10:49 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10667| Komen: 142

Gambar hiasan


Kuala Lumpur: “Kami tidak mengabaikan murid berkenaan, sebaliknya menjenguknya beberapa kali ketika tidur, keadaannya tidak serius dan kami tidak sangka dia mengalami ketumbuhan dalam otak,” kata seorang kakitangan sekolah di Putrajaya.

Murid berkenaan, Qistina Batrisyia Khairul Anuar,9, pada awalnya muntah dan hampir pitam ketika perhimpunan sekolah pada pagi 21 Januari lalu.

Kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke bilik rawatan sekolah dan bapanya Khairul Anuar Aziz, 35, mendakwa anaknya dibiar di bilik rawatan berkenaan selama enam jam dan hanya minum air kosong yang dibawa dari rumah.

Polis bantuan di kediaman rasmi Perdana Menteri itu juga mendakwa pihak sekolah tidak memaklumkannya dan dia hanya melihat anaknya dipapah dalam keadaan tidak bermaya ketika datang untuk mengambilnya di sekolah pada jam 1.15 tengah hari.

Dia kemudian membawa anaknya ke Hospital Putrajaya dan selepas menjalani ujian darah serta imbasan di bahagian kepala, dia dan isterinya dimaklumkan oleh doktor bahawa Qistina menghidap penyakit ketumbuhan otak sebesar bola tenis di bahagian kiri kepala, sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pembedahan.

Selepas itu saya terus hubungi guru besar sekolah dan bertanya kenapa mereka tidak memberitahu saya atau isteri bahawa Qistina tidak sihat pada hari kejadian dan dia (guru besar) berkata perkara itu sedang dalam siasatan,” katanya ketika ditemui di HKL, kelmarin.


Sementara itu, kakitangan sekolah berkenaan juga memaklumkan Harian Metro bahawa pihaknya sudah menghubungi Khairul Anuar, tetapi tidak dijawab.

“Pihak sekolah tidak mengabaikannya sebaliknya kami turut mengadakan doa selamat dan mengutip derma bagi meringankan beban keluarga murid berkenaan,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 29-1-2014 07:24 AM
29 Januari 2014

Siasatan menyeluruh

Kuala Lumpur: “Siasatan menyeluruh akan dijalankan mengenai insiden berkenaan dan tindakan sewajarnya akan diambil jika benar dakwaan murid terbabit terabai oleh pihak sekolah.”


  Itu tegas Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Jamaluddin Yusoff mengenai dakwaan seorang kakitangan awam yang terkilan kerana anaknya yang menghidap penyakit ketumbuhan otak diabaikan di bilik rawatan sekolah selama enam jam.

  Bagaimanapun, Jamaluddin meminta semua pihak tidak menuding jari sementara menunggu siasatan selesai.

“Saya berpandangan bahawa apa yang berlaku adalah di luar dugaan semua pihak,” katanya ketika dihubungi semalam.-myMetro



Quote tomatome 29-1-2014 07:25 AM
sbb tu la makbapak kena inform kt ckgu awal2 kalo anak ade mslh sakit kronik ni baru la ckgu tau.. payah ke nk bgtau guru kelas.. yang cikgu lak awat tak bg makan je budak tu sian budak tu lemau
Quote MissNigga 29-1-2014 07:26 AM
Semuga segalanya dipermudahkan utk  budak ni.... ciannya...
Quote nurul_akmar 29-1-2014 07:35 AM
g la cari penyelesaian win-win. jgn dok tunding pihak sana, tunding pihak sini
Quote gujiwa 29-1-2014 07:39 AM
Selalunya kalau pelajar sakit.. mmg pihak skola call kan.. maybe pihak skola tak tahu kot nak contact..
aku cadangkan ibu bapa letak contact number kat pencil case.. tampal kat beg skola.. lepas tuh buat mcm key chain pun oke... at least senang org cari no phone..
Quote KarTell 29-1-2014 07:40 AM
mana la cikgu2 tu tau budak tu ada ketumbuhan dalam otak. ingat cikgu kat sekolah tu bleh main2 ala2 doktor House ke nak duk cek budak tu sakit ape
Quote FlowerGirl 29-1-2014 07:44 AM
Ngada2 ah mak pak tu. Budak muntah dan pitam..dh call pun tp nko yg x jawab kan. Of course cg tu bagi budak tu rehat dan tido. Dh tgk budak tu ok dan tido,nk buat apa lagi. ko ingat cg x de keje lain??abis 30 org lg dlm kelas sape nk layan??cg2 bkn leh suka2 bg ubat atau bwk budak gi klinik. Kena tunggu mak pak gak. dah nko x jawab phone nape??bajet x kenal no malas angkat??
Quote Innrukia 29-1-2014 07:46 AM
Mak bapak ada inform pihak sekolah.tentang sakit anak?
Quote shitakee 29-1-2014 07:47 AM
ketumbuhan sebesar bola tenis tu..sian adik ni
kecik2 da kena tggung sakit
Quote gaara_X 29-1-2014 07:48 AM
Parent kena laa info cikgu tue.....selalu bertanya khabar and mengikuti perkembangan anak2 melalui cikgu...itu baru betul.......

nak wat cam ne.....kerja..kerja...kerja.....itu satu alasan dok bandar nie......apa pun parent kena amik perhatian, lagi2 membabitkan anak yang ada penyakit.........ngan digandar pada bahu guru juga.....
Quote WawaRaRa 29-1-2014 07:49 AM
hari tu adik aku pengsan kat sekolah... cikgu cepat2 call mak bapak suh amek kat sekolah n hantar ke hospital... aper sal sekolah ni x buat cam tu eh???
Quote aura77 29-1-2014 07:50 AM
kat sek ank aku...klu murid  tak sihat semasa kat sek...cikgu call ibubapa suh mai ambik...dlm borong maklumat murid...setahun sampai 2 ..3 kali duk isi  tu..ada ja nombor tepon mak bapak ..
Quote ejans 29-1-2014 07:54 AM
WawaRaRa posted on 29-1-2014 07:49 AM
hari tu adik aku pengsan kat sekolah... cikgu cepat2 call mak bapak suh amek kat sekolah n hantar ke ...

Ko baca x cite kt atas tuh btol2..
Kan cekgu try call mak pak tp x angkat..
Cekgu pon tatau bdk tu ada sakit parah.. nak2 budak tu muntah, kalau aku jd cekgu was2 gak nk bg bdk tuh mkn..
Mungkin cekgu tuh dah tanya bdk tu nk mkn tak. Bdk tuh meby x de selera nak makan...
Quote ejans 29-1-2014 07:57 AM
Apsal mak pak x bgtaw cekgu yg anak ada sakit? Xkan baru harini dia muntah2 pitam.. bdk tu x penah pitan kt depan mak pak die ke...
Ni issue mak pak yg x amek berat hal anak die..
Quote aikee04 29-1-2014 07:59 AM
Mak pak sendiri tau ke anaknye tu kena penyakit barah?
Quote jengkoil 29-1-2014 08:03 AM
Dia kemudian membawa anaknya ke Hospital Putrajaya dan selepas menjalani ujian darah serta imbasan di bahagian kepala, dia dan isterinya dimaklumkan oleh doktor bahawa Qistina menghidap penyakit ketumbuhan otak sebesar bola tenis di bahagian kiri kepala, sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pembedahan.

kawan sekalian. ..dari para di atas sayugia   
ditafsirkan kat sini yg mak pak adik tersebut pun xtau psl penyakit adik tsb..
dh x yah tnya nape x inform kat cikgu anak ada penyakit...
Quote blackred99 29-1-2014 08:32 AM
semoga adik ni selamat.
Quote cmf_premierleag 29-1-2014 08:34 AM
Mcm celaka je mak pak budak ni
dah anak ko sakit...cikgu kol ko x angkat
mcm babi sgt bapaknya nih
Quote cmf_conan 29-1-2014 08:38 AM
Patut laaa ramai rakyat malaysia fail bm. Lain org tulih lain difahamnye. Byk kali dah aku tgk mcm ni kat sini

Lihat semua komen(142)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.060168 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top