CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Barang Naik Disebabkan Faktor Cuaca - Menteri

28-1-2014 11:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8601| Komen: 74


KANGAR - Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta seluruh tenaga Pemuda Umno di negara ini sama-sama turun padang untuk membantu mengawal kenaikan harga barang.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata kenaikan harga barang bukan berpunca daripada kenaikan harga minyak sebagaimana dakwaan pembangkang tetapi juga pelbagai sebab lain termasuk faktor cuaca menyebabkan bekalan berkurangan dan juga sikap pemborong yang mahu mengaut untung berlebihan.

"Justeru setiap anggota pemuda perlu mendekati rakyat dan menceritakan apa sebenarnya yang berlaku agar masyarakat tidak terpengaruh dengan hasutan pembangkang," kata beliau.

Khairy menyatakan demikian semasa berucap di hadapan pemimpin Pergerakan Pemuda Umno cawangan seluruh Perlis di Dewan Sivik Arau dekat sini malam tadi.

Sebelum itu beliau bersama kepimpinan Pemuda Umno Perlis melawat pasar malam Jejawi dekat sini dan meninjau kedudukan harga barangan yang dijual di situ.

Khairy berharap anggota-anggota pergerakan itu melalui Skuad Pengguna Pemuda lebih kerap turun mendekati rakyat dalam menghadapi isu kenaikan harga barang agar Umno dan kerajaan tidak terus dipersalahkan.

Mengenai perjuangan Pemuda Umno, beliau meminta setiap anggota menyiapkan diri untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang mungkin akan lebih mencabar berbanding PRU13 kerana pembangkang akan bekerja lebih keras menarik pengundi luar bandar.

Sebelum itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Perlis mahu semua pihak memahami konsep parti menguasai kerajaan, bukan sebaliknya.

Turut hadir Ketua Pemuda Umno Negeri Perlis, Syed Atief Syed Abu Bakar.

15

Bagus
8

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
7

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kudajantan77 28-1-2014 10:15 AM
yer la ... aku purcaya la ...
Quote namirulmukminin 28-1-2014 10:17 AM
Ye... betul tu... contohnya "kangkung"...
Quote Anden 28-1-2014 10:18 AM
KJ...pun dah jd bodoh cam menteri macai yg lain..

Harga minyak naik + harga elektrik naik + harga gula naik...x semua benda naik..

Semakin nak muntah dengar...benda yg keluaq dr mulut kabinet kangkung ni..

KAMI MAHU ACTION...BUKAN EXPLAINATION..IDDIIIOOTSS:Q
Quote R2D2 28-1-2014 10:20 AM
nanti ada macai kata KJ tak bodoh la
first class degree ooo
Quote halimi78 28-1-2014 10:23 AM
Sebelum itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Perlis mahu semua pihak memahami konsep parti menguasai kerajaan, bukan sebaliknya.


err... apekah? pasaitu ke jentera kerajaan leh guna utk koje parti?
Quote sup@rm@n 28-1-2014 10:23 AM
R2D2 posted on 28-1-2014 10:20 AM
nanti ada macai kata KJ tak bodoh la
first class degree ooo

Muahahaha... aku sokong. Macai kalo boleh kasut KJ pon diorg nak basuhkan
Quote ctaz 28-1-2014 10:28 AM
perghhhhh.....
kebodohan terserlah.....
Quote munchkin 28-1-2014 10:32 AM
hah kj cakap cam ni
Quote sapp73 28-1-2014 10:38 AM
tak nafikan faktor cuaca memainkan peranan, tapi kalau dengar alasan diorang ni dari bulan jan hingga dis semuanya alasan cuaca, jadi bila harga nak turun kalau macamtu
Quote gede-bab 28-1-2014 10:40 AM
KJ pun nak jadi menteri ayam ka???
Quote R2D2 28-1-2014 11:11 AM
gede-bab posted on 28-1-2014 10:40 AM
KJ pun nak jadi menteri ayam ka???

sebab tu ada yg kata kenapa semua benda KJ nk ckp?
Quote aqyueetda 28-1-2014 11:11 AM
nah ulang tayang



sape ni sabotaj BN..ngaku cepat
Quote miawpink 28-1-2014 11:14 AM
STUPID da berjangkit kekdah nya
Quote rashiman 28-1-2014 11:19 AM
aqyueetda posted on 28-1-2014 11:11 AM
nah ulang tayang

Taukeh2, pemborong2 majoritynya, siapa yg menguasainya, dari golongan mana..?,
Dan majority golongan ini sokong siapa..?


Quote freebird 28-1-2014 11:28 AM
Macai, macai......
kat kuala kerai harga air lamned turun sebab cuaca sejuk..
Quote hyie 28-1-2014 11:28 AM
@tapibukanaku mohon sepatah dua kata plissss
Quote R2D2 28-1-2014 11:30 AM
yg byk komplen nanti dicop 'bughah'
Quote rashiman 28-1-2014 11:31 AM
gede-bab posted on 28-1-2014 10:40 AM
KJ pun nak jadi menteri ayam ka???

Kalau setakat kenaikkan minyak, harga barang tidaklah naik sangat. Paling tinggi pun 10sen, itupun dah terlalu tinggi. Saja je..dorang ambil kesempatan. Tapi kalau masalah cuaca, misalnya angin monsun timur laut. Ramai nelayan tidak ke laut? Bekalan ikan berkurangan, pemintaan kekal biasa, itu yg menyebabkan harga ikan melambung naik.  atau kebun sayur dilanda banjir makan bekalan berkurangan, maka harga pun turut naik.
Masalah skrg ada rkyt yg tak bijak, ada rkyt yg mcm ayam, yg semuanya letak kesalahan kpd kerajaan , bila harga barang naik.


Quote d-7-0ne 28-1-2014 11:33 AM
alahai KJ aku ingat ko la pemimpin umngok terakhir yg tdk bangang......rupa2nya ko pun sama juga.........

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.199395 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top