CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mesir Berdarah Lagi

27-1-2014 01:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2956| Komen: 5

Description: Di Daerah Muhandiseen, Barat Kaherah, Polis Melepaskan Gas Pemedih Mata Dan Tembakan Ke Udara Bagi Menyuraikan Penunjuk Perasaan Yang Berkumpul Di Pekarangan Masjid.
Mesir berdarah lagi



Seorang anggota pergerakan 6 April (terlindung) dipukul sekumpulan penyokong Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi di hadapan Dataran Talaat Harb, berhampiran Dataran Tahrir, Kaherah, semalam. 

KAHERAH 26 Jan. - Ulang tahun ketiga kebangkitan rakyat di Mesir bertukar ganas selepas polis dan penyokong kerajaan sementara Mesir bertempur dengan penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi, mengakibatkan sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam.

Menurut Kementerian Kesihatan Mesir hari ini, hampir 1,500 orang cedera dengan 250 daripadanya dilaporkan parah dalam tunjuk perasaan yang berlaku di beberapa wilayah di negara ini.

Kementerian Dalam Negeri pula memaklumkan, sebanyak 1,079 penunjuk perasaan ditahan dalam demonstrasi tersebut kerana memiliki raifal, bom petrol, mercun, dan pelbagai jenis senjata lain.

Menurut kementerian itu lagi, beberapa orang anggota polis turut dilaporkan cedera dalam pertempuran.

Kejadian semalam bermula dengan letupan kecil di pekarangan sebuah pusat latihan polis di utara Kaherah yang menyebabkan seorang cedera, sementara 16 yang lain cedera apabila sebutir bom kereta meletup berhampiran sebuah balai polis di bandar Suez.

Di Dataran Tahrir, pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata dan tembakan amaran ke udara bagi menghalang penyokong Mursi daripada memasuki dataran itu yang menjadi simbolik kepada penggulingan Hosni Mubarak pada 2011.

Mereka bagaimanapun memberi laluan kepada penyokong kerajaan sementara bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi di dataran tersebut.

Pertempuran paling sengit antara penyokong Mursi dan pasukan keselamatan berlaku di Alf Maskan, pinggir bandar timur Kaherah yang menyaksikan kedua-dua pihak bertempur untuk tempoh beberapa jam.

Menurut saksi, pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan antikerajaan yang membalas serangan itu dengan bom petrol.

Pihak keselamatan menganggarkan dua terbunuh dalam kejadian itu, namun sumber meletakkan angka korban jauh lebih tinggi iaitu 66 orang.

Di daerah Muhandiseen, barat Kaherah, polis melepaskan gas pemedih mata dan tembakan ke udara bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang berkumpul di pekarangan masjid.

Pertempuran turut berlaku di Iskandariah, Minya dan Ismailiya.

Sementara itu, empat tentera Mesir maut dan sembilan lagi cedera dalam satu serang hendap oleh kumpulan militan di Semenanjung Sinai hari ini, lapor sumber keselamatan.

Kejadian itu berlaku apabila sekumpulan penyerang melepaskan tembakan ke arah sebuah bas dinaiki tentera berhampiran pos tentera di Sinai Utara.

6

Bagus
11

Marah
11

Terkejut
8

Sedih
13

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putr@polo 27-1-2014 11:00 AM
Quote axl_bach 27-1-2014 12:47 PM
putr@polo posted on 27-1-2014 11:00 AM

iktibar hapa yg nak diambik???bila keadilan dan demokrasi dicabuli???Sape yg mencabul demokrasi di sana???

Quote din_atos 28-1-2014 06:26 AM
Campur tgn yahudi ka ni
Quote Orange1 28-1-2014 07:02 AM
Semua salah yahudi nasrani amerika n kapir lahanattt.
Quote tobby 28-1-2014 07:43 AM
demokrasi toya depa ...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.047523 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top