Putrajaya: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersetuju menubuhkan polis syarie yang akan ditempatkan di jabatan itu. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai anggota dan pegawai yang mempunyai ramai profesional berkelulusan agama sama ada Ijazah Lanjutan, Sarjana atau Diploma, “Jadi mereka ditempatkan di JAKIM untuk membantu dalam bidang penguatkuasaan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Rasul di Hatiku dan melancarkan penerbitan al-Quran Waqaf dan Ibtisa’ Bertajwid di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, semalam. Turut hadir Pengarah Urusan Telaga Biru Sdn Bhd Zahazan Mohamed, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Hazarudin Baharudin dan perintis al-Quran Waqaf dan Ibtida’ Tan Sro Hassan Azhari. Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai penubuhan itu yang dipersetujui bersama kedua pihak. Dalam pada itu Zahid memberi amaran tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak menyebabkan perpecahan kerana agama, termasuk isu penggunaan kalimah Allah oleh golongan kristian Katolik. Katanya, pihaknya tidak boleh berkompromi dalam soal itu kerana ia jelas perbuatan menjejaskan keselamatan negara dan memecahkan perpaduan.
|
sahamboi posted on 25-1-2014 07:16 AM
Macam mana nak wujudkan polis syarie sedangkan undang2 syarie dengan senang boleh dibatalkan oleh un ...
petola posted on 25-1-2014 08:27 AM
pertama yg kita kena tanya ialah undang2 apa yg mereka nak kuatkuasakan?
sahamboi posted on 25-1-2014 07:16 AM
Macam mana nak wujudkan polis syarie sedangkan undang2 syarie dengan senang boleh dibatalkan oleh un ...
NURMIMIE posted on 25-1-2014 09:09 AM
undang2 syarie mana yang boleh dibatalkan oleh undang2 sivil?
melinda_kerr posted on 25-1-2014 08:59 AM
Alahai membuang masanya.. Kenapala negara ni lama2 jadi mcm negara badut
Al-Patih posted on 25-1-2014 07:48 AM
dah tak ado modal montri ni ...pasai yang tu oreng kampung bulih buwek lah ...JKKKK ...entah apo bon ...
noor2 posted on 25-1-2014 08:41 AM
polis yang sediada pun banyak kepincangan..usah kata jabatan ni...jabatan agama islam mcm zakat, haj ...
ADVERTISEMENT