Pasukan rali Volkswagen Motorsport sedia pertahan kejuaraan! Volkswagen Motorsport kini siap siaga untuk mempertahankan kejuaraan mereka dalam FIA World Rally Championship (WRC) 2014 yang bakal bermula pada 14 hingga 19 Januari.Rali Monte Carlo, akan menjadi saingan pembuka tirai musim WRC 2014 yang menyaksikan pasukan rali Volkswagen Motorsport mempertaruhkan jentera Polo R WRC yang berkuasa 315-hp. Gandingan Sébastien Ogier/Julien Ingrassia (Perancis/Perancis) jentera nombor 1 dan Jari-Matti Latvala/Miikka Anttila (Finland/Finland) jentera nombor 2, bakal memikul tugas untuk mempertahankan gelaran kejuaraan pengeluar yang dimenangi Volkswagen tahun lalu. Mereka turut dibantu gandingan ketiga Andreas Mikkelsen/Mikko Markkula (Norway/Finland) yang menggunakan jentera Polo R WRC nombor 9. Kepada peminat rali WRC, saksikan kehebatan mereka tidak lama lagi! Kalendar FIA World Rally Championship 2014 14/01–19/01/2014- Rali Monte Carlo 05/02–08/02/2014 – Rali Sweden 06/03–09/03/2014 – Rali Mexico 03/04–06/04/2014 – Rali Portugal 08/05–11/05/2014 – Rali Argentina 06/06–08/06/2014 – Rali Itali 27/06–29/06/2014 – Rali Poland 01/08–03/08/2014 – Rali Finland 22/08–24/08/2014 – Rali Jerman 12/09–14/09/2014 – Rali Australia 03/10–05/10/2014 – Rali Perancis 24/10–26/10/2014 – Rali Sepanyol 14/11–16/11/2014 – Rali Great Britain
|
ADVERTISEMENT