MARANG - Seorang wanita trauma selepas disamun seorang lelaki yang dikenalinya bersenjatakan parang, selepas diperdaya mengikut lelaki itu ke sebuah chalet di sini untuk membantu menyelesaikan masalah rumah tangga suspek. Dalam kejadian 12.30 tengah hari, ketika mangsa berusia 66 tahun itu berseorangan di rumahnya di Kampung Seberang Marang di sini, suspek, 27, datang meminta mangsa mengikutnya ke chalet itu untuk menemui isteri suspek.
"Namun ketika tiba di chalet berkenaan, suspek terus membawa mangsa ke kawasan belakang pantai dan mengacukan parang di leher mangsa,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner K. Manoharan kepada Bernama di sini hari ini. Beliau berkata, rantai dan gelang tangan emas mangsa disamun suspek yang berasal dari Marang itu, namun warga emas itu tidak dicederakan dan ditinggalkan di pantai berkenaan. Beliau berkata, gerakan memburu suspek giat dijalankan kerana dia mempunyai beberapa rekod jenayah dan dikehendaki polis. Gambar hiasan
|
ADVERTISEMENT