CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Najib: 'Saya Suka Makan Kangkung'

19-1-2014 05:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20035| Komen: 150

Najib: 'Saya suka makan kangkung' 

Mengulas isu 'kangkung' yang ditimbulkan sesetengah pihak susulan penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu tidak patut dipermainkan.
   
Menurutnya, sayuran itu hanyalah contoh barangan yang digunakan ramai orang.
   
"Saya suka makan kangkung, anda semua suka makan kangkung... (sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan.

"Kalau saya beri contoh seperti burung puyuh, orang tertentu sahaja makan.
   
"Tidak seharusnya contoh itu dipermainkan oleh sesiapa kerana saya beri contoh sebagai prinsip 'supply and demand' (penawaran dan permintaan) yang tentukan harga sebahagian daripada barang makanan yang kita tidak kenakan harga kawalan," katanya.

Ahad lalu, Najib bercakap mengenai bagaimana kerajaan tidak patut dipersalahkan kerana harga ikan dan sayur-sayuran yang tidak menentu, yang menurutnya bergantung kepada cuaca.

Tambahnya, pengkritik menyalahkan kerajaan kerana harga makanan yang mahal tetapi tidak pernah memuji kerajaan apabila harga turun, dengan memetik kangkung sebagai contohnya.

Kenyataan beliau itu menjadi bahan ejekan di Internet. Sensasi ekoran ucapan perdana menteri berhubung penurunan harga kangkung kemudiannya menarik perhatian media antarabangsaapabila agensi berita BBC bawah segmen trending beritanya, melaporkan bagaimana Najib dikritik kerana mengeluarkan kenyataan itu.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Badut.Sarkas 17-1-2014 03:00 PM
PM sbnrnya tak perlu ulas pun isu ni.
Quote slippergombak 17-1-2014 03:00 PM
layan lagu remix jap laa...hahhaaa

[youtube]5FBODsNzyos[/youtube]
Quote slippergombak 17-1-2014 03:05 PM
Badut.Sarkas posted on 17-1-2014 03:00 PM
PM sbnrnya tak perlu ulas pun isu ni.

kalu dah akal kangkung mana bleh tahan, musti reply.....

pemimpin kangkung.. macai pun kangkung.... sebab pilih kangkung jadi ketua...kah...kah...kah..
Quote Dewa19XKangen 17-1-2014 03:15 PM
bijan kena nasi kangkang,ha ha..
Quote clarizsa 17-1-2014 03:20 PM
blah la lu bijan... i x suka mkn kangkung pun... pfffttt...

byk lg contoh, sape suh bodoh g pilih kangkung yg murah n x sedap sgt pun... ceh...
Quote aechae 17-1-2014 03:21 PM
sy pun suka kangkung msk kicap
Quote namirulmukminin 17-1-2014 03:23 PM
clarizsa posted on 17-1-2014 03:20 PM
blah la lu bijan... i x suka mkn kangkung pun... pfffttt...

byk lg contoh, sape suh bodoh g pilih ...

Dah dia nak bagi contoh telor ayam kang, dia sendiri pon takdak telor... silap2 lagi teruk dia kena lahar... sudahnye bagi je la contoh kangkong...
Quote clarizsa 17-1-2014 03:26 PM
namirulmukminin posted on 17-1-2014 03:23 PM
Dah dia nak bagi contoh telor ayam kang, dia sendiri pon takdak telor... silap2 lagi teruk dia ken ...

adoila... haha... betul gak kan... padanla muka dia...
Quote namirulmukminin 17-1-2014 03:30 PM
clarizsa posted on 17-1-2014 03:26 PM
adoila... haha... betul gak kan... padanla muka dia...

Cuba ko bayangkan kalu statement dia adalah "telor dulu naik sekarang dah turun"... agak2 orang gelak sampai guling2 tak?
Quote clarizsa 17-1-2014 03:32 PM
namirulmukminin posted on 17-1-2014 03:30 PM
Cuba ko bayangkan kalu statement dia adalah "telor dulu naik sekarang dah turun"... agak2 orang ge ...

hahaha... lagi memalukan... jenuh nk explain kt BBC nape telur jd isu...
Quote slippergombak 17-1-2014 03:35 PM
namirulmukminin posted on 17-1-2014 03:30 PM
Cuba ko bayangkan kalu statement dia adalah "telor dulu naik sekarang dah turun"... agak2 orang ge ...

kuar remix.. "dulu telor naik sakarang dah tuwonn..... dulu telor naik skarang dah tuwonnn... duit ada telur... skarang dah takder telor..."
Quote pakwetizzaqyah 17-1-2014 04:17 PM
macai2 dan lobai2 tk rasa tertipu ke harga internet tk turun2? lol
Quote nolya 17-1-2014 04:20 PM
namirulmukminin posted on 17-1-2014 03:23 PM
Dah dia nak bagi contoh telor ayam kang, dia sendiri pon takdak telor... silap2 lagi teruk dia ken ...

pendapat saya sebenarnya gini.  najib boleh beri contoh apa saje tapi yg tak menahan  dn menjadi pencetus ejekan  rakyat ialah kerana mempersoalkan tiada pujian drp rakyat.  Rakyat tengah marah soal barang naik seharusnya najib atau menteri yg berkenaan carilah akal untuk memberi faham kpd rakyat cara bagaimana kita nak hadapi situasi ni. Do the best as u can but then jgn minta pujian. Malu sungguh kalau minta dipuji. Tak ikhlas kalau buat sesuatu kemudian tanya kenapa tak puji.

Susah memang susah, bukan senang nak hadapi kemarahan rakyat.  Itu sebab menteri kena bijak kerana rakyat hari ni bukan mcm rakyat dulu yg boleh enggeh aje.  Kalau menteri tak nak kena marah, kena sindir berhentilah jadi menteri.  Akan banyak lagi kerenah rakyat yg akan menteri2 hadapi, InsyaAllah.  Kalimah Allah pun entah bagaimanalah akan damainya. Bila tahu rakyat marah jgn cepat pula nak buat fitnah kpd rakyat. Rakyat marah dn nak demo harga bn jgn tuduh rakyat nak gulingkan kerajaan.  Cakap2 mcm tulah yg tambah marah lagi rakyat kpd pemerintah. Ingat senang ke nak gulingkan kerajaan.  Himpunan akbar rakyat BERSIH dulu pun tidak menggulingkan kerajaan, apalah sangat demo harga bn tu.  Kamonlah.
Quote solstice 17-1-2014 04:25 PM
Punyalah lama amik masa nk ulas
Agaknya depa tubuh makmal dulu kut pikir cara nk counter balik
Hai... najib.... najib...
Berbaloi lah hang jd bahan kejian sbb dpt buat duit cukup 10 keturunan x payah kerja
Hasil mnjarah duit negara
Quote dubuk 17-1-2014 04:31 PM
pucuk paku lagi lazat berbanding kangkung
Quote airfilterkotor 17-1-2014 04:33 PM
Bilamana kita ditadbir oleh golongan bangsawan.
Quote batmana 17-1-2014 04:37 PM
korang ni.

najib kn nak abiskn dlu sayur kangkung kt rumahnye.
penat2 kak mah masak, nnti kak mah marah klu x abis.

bila abis, barula najib ulas.
Quote leylapple 17-1-2014 04:58 PM
nolya posted on 17-1-2014 04:20 PM
pendapat saya sebenarnya gini.  najib boleh beri contoh apa saje tapi yg tak menahan  dn menjadi p ...

betul tu...

i setuju pendapat u..

bagilah contoh apa pun, kenapa dia tambah ayat lagi 'kenapa tak puji kerajaan?"

dia sepatutnya paham peranan kerajaan dalam mengatasi inflasi,kenaikan harga barang disebabkan pengurangan sabsidi baru2 nie...

sebab tu lah org selalu sindir"dia yang naikkan rega, pastu sendiri turunkan harga"

paham2 jer la...

satu lagi langkah 'bijak dia' yang i pun tak paham mcm mana idea nie timbul...

dah umumkan kenaikan barang2 dan macam2..baru nak kaji kesan harga barang pada rakyat?siap buat pengumuman nak buat lab lagi tu..
Quote mawarputih2612 17-1-2014 05:01 PM
adoi...asalnya geli hati, now rasa kesian pulak la kt PM aku ni

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.069998 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top