Pelancong sesat dirogol di India Gambar hiasan New Delhi: Seorang pelancong Denmark yang tersesat menjadi mangsa terbaru serangan seksual berkumpulan di India, kata pihak berkuasa semalam. Mangsa - berusia 51 tahun - dilaporkan sedang mencari jalan kembali ke bilik hotelnya di Paharganj apabila dia gagal dikesan pada Isnin lalu. Wanita terbabit melancong bersendirian dan tiba di New Delhi pada Isnin lalu. Sehari kemudian dia pergi melawat sebuah muzium apabila dia tersesat ketika pulang. Jurucakap polis berkata, mangsa cuba bertanya arah kepada beberapa lelaki tempatan tetapi diperdaya dan dirogol beramai-ramai oleh enam lelaki. Katanya, kejadian dilaporkan berlaku di tempat yang sangat hampir dengan pusat bandar New Delhi dan sekali lagi menimbulkan tanda tanya mengenai tahap keselamatan wanita di negara yang mempunyai penduduk kedua teramai dunia itu. Sementara itu Pesuruhjaya Khas Polis, Deepak Mishra berkata, sejumlah suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan. Mishra tidak mendedahkan jumlah tangkapan tetapi media menjangkakan 15 orang sudah disoal siasat. Katanya, mangsa turut dirompak. Sementara itu pekerja hotel tempat mangsa menginap berkata, wanita terbabit kelihatan tenang ketika pulang ke hotel kira-kira jam 8.30 malam tetapi memberitahu tentang kejadian berkenaan kepada pelancong lain. “Dia datang menemui saya di kaunter hotel dan meminta 200 rupee (RM10) untuk membayar tambang teksi kerana dia telah dirompak,” katanya.
|
Kittie posted on 16-1-2014 12:47 PM
Pg tadi kena kaco ngan org India yg baru dtg dr India.
Sib baik ada org2 kat situ marah2 di ...
solstice posted on 16-1-2014 12:49 PM
Negara India & China ni lebih kurang ja kepelikan perangai depa
Tp org China lebih cerdik & rajin ...
dragula posted on 16-1-2014 12:54 PM
periuk panggil ceruk hitam. Malaysia ada sangat baik drpd India?
spiderman80 posted on 16-1-2014 01:24 PM
Orang Malaysia ni especially Melayu tu fefeeling diri depa suci murni aje. Mereka tak buat haramj ...
twins posted on 16-1-2014 02:23 PM
khennn..... kalau tidak aku mmg plan nak gi bekpek ke India berdua ngan kawan aku... hishhh takut ...
ADVERTISEMENT