Gambar hiasan Taiping: “Saya sangkakan dia pengsan akibat kakinya tersandung batu, namun terkejut apabila lelaki warga emas itu terus tidak bernafas,” kata saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Helmi, 40-an. Dalam kejadian jam 7.10 pagi semalam, seorang warga emas Lim Chin Poo, 69, mati mengejut ketika melakukan riadah berjalan kaki di Taman Tasik Taiping di sini. Helmi berkata, beberapa orang awam yang melihat kejadian itu cuba memberikan bantuan kecemasan kerana menyangkakan mangsa pengsan. “Bagaimanapun kami terkejut apabila mendapati mangsa sudah putus nafas dan nadinya tidak lagi berdenyut. Kami kemudian segera menghubungi polis mendapatkan bantuan. Mangsa yang disahkan mati kemudian dihantar ke Hospital Taiping untuk tindakan lanjut tidak lama kemudian,” katanya. Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, mangsa dipercayai terjatuh ketika melakukan senaman ringan di kawasan tasik itu. Menurutnya, mangsa berasal dari Pokok Assam, di sini, didakwa kerap beriadah di kawasan itu. Hasil maklumat daripada rakannya, mangsa dipercayai tersepak batu ketika berjalan. Mangsa kemudian terjatuh lalu tidak sedarkan diri. Petugas kesihatan yang tiba dengan ambulans di lokasi kejadian gagal menyelamatkan mangsa,” katanya.
|
2
Bagus |
9
Marah |
8
Terkejut |
2
Sedih |
6
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
juliajie80 posted on 16-1-2014 07:14 PM
Tmpt aku dok jog..
Mmg rmai nyonya n apek2 ske dok exercise kat sini..
Rajin depa..
SiMontel posted on 16-1-2014 07:48 PM
ko jog kat taman tasek tepeng gak ke?
genchi posted on 16-1-2014 09:34 AM
ramai kes mati mengejot skunk neh
heart attack la neh.. heart attack jadik bkn sbb tak seksesais ...
SiMontel posted on 16-1-2014 08:43 PM
OT kejap
heheheheh kat situ cuaca panas pun..rasa sejuk jek...aku pegi jog sana ..time aku bali ...
ADVERTISEMENT