Gambar hiasan Kuala Terengganu: Seorang lelaki bukan saja enggan menjelaskan bayaran makanannya, tetapi turut bertindak gila apabila membelasah seorang pembantu kedai wanita dalam kejadian di sebuah kedai makan di Gong Badak, di sini, Ahad lalu. Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa yang berusia 18 tahun juga hampir menjadi mangsa cabul suspek berusia 20-an yang cuba mengambil kesempatan ketika mangsa meminta bayaran daripadanya. Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa pergi ke meja suspek yang terletak di luar kedai untuk meminta bayaran sebaik melihat pelanggannya itu selesai menjamu selera. Katanya, mangsa kemudian memaklumkan jumlah bayaran perlu dibayar, tetapi suspek yang berseorangan berpura-pura tidak mendengar menyebabkan mangsa terpaksa mengulangi sekali lagi jumlah bayaran berkenaan. “Namun, suspek tiba-tiba naik angin sebelum memukul mangsa menggunakan tangannya di kepala dan muka selain turut menolak mangsa hingga terjatuh. “Akibat ditolak terlalu kuat, mangsa yang gagal mengimbangi badan terjatuh menyebabkan rusuk kirinya terhentak pada meja batu berhampiran. “Kekecohan itu menyebabkan beberapa pekerja menghampiri dan cuba membantu mangsa dengan membawanya masuk ke dalam kedai kerana bimbang kejadian lebih teruk berlaku,” katanya. Sumber berkata, suspek yang masih tidak berpuas hati cuba mengejar mangsa untuk terus memukulnya, tetapi dihalang beberapa pekerja lelaki. Katanya, suspek turut dipercayai cuba mengambil kesempatan terhadap mangsa apabila cuba mencabulnya, tetapi niat itu dihalang mangsa. “Difahamkan, kegagalan lelaki itu yang mahu mengambil kesempatan terhadap mangsa dipercayai punca dia bertindak seperti ‘kurang siuman’ serta enggan membuat pembayaran selepas kenyang menjamu selera. “Susulan kejadian itu, mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Bukit Tunggal untuk rawatan lanjut dan disahkan mengalami bengkak di rusuk oleh doktor. “Mangsa yang bimbang keselamatannya membuat laporan di Balai Polis Gong Badak beberapa jam selepas kejadian,” katanya. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, siasatan masih dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.
|
13
Bagus |
1
Marah |
3
Terkejut |
8
Sedih |
4
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
wak_karman posted on 15-1-2014 08:14 AM
jap..jap...
dlm kamus bahasa ada ke perkataan pengerai???
mcm x pernah nmpk
ADVERTISEMENT