CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nilai Rm100 Makin Kecil

15-1-2014 10:36 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 27103| Komen: 464


JOHOR BAHRU – Orang ramai sekitar bandar raya ini mengeluh berikutan mendakwa merasai kenaikan harga barangan termasuklah makan dan minuman secara mendadak tahun ini.

Kontraktor, Nang Chong Sing, 50, berkata, nilai wang kini seolah-olah semakin mengecil jika dibandingkan dengan harga semua jenis barangan termasuk perkhidmatan di pasaran dalam situasi sekarang.

Menurutnya, dunia hari ini memandang kepentingan kewangan yang stabil kerana tanpa ekonomi keluarga yang kukuh boleh mengundang sengsara dalam menghadapi hidup semakin mencabar.

“Saya dapat rasa seperti nilai wang RM100 sudah seperti RM10 dalam perbelanjaan sekarang kerana semua barang naik harga.

“Bagi keluarga yang tak ada pendapatan tetap memang agak sengsara kerana situasi sekarang banyak memerlukan wang,” katanya.

Pekerja industri, Sabariah Dim Yati, 48, berkata, wang RM5 hari ini seperti sudah tidak ada nilai untuk mendapatkan sepinggan nasi berserta air untuk hidangan makan tengah hari kerana berdepan situasi kenaikan mendadak.

“Memang kita merasai kenaikan ni..kalau nak bawa bekal dari rumah sekalipun, kos barangan kering dan basah seperti sayur dan ikan juga naik secara mendadak,” katanya.

Bagi pekerja swasta, Anwar Kamarudin, 27, berkata, untuk mendapatkan makanan tengahari dia terpaksa memilih ke kedai makan biasa berbanding restoran yang kadang kala mengenakan harga sepinggan nasi berserta air
tidak masuk akal.

“Situasi sekarang kena banyak berjimat kerana semua harga barangan termasuk makanan mahal jika dibandingkan sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Sinta Sappe, 26, berkata, kenaikan harga barangan banyak membebankan rakyat sehingga ibu bapa terpaksa meninggalkan anak-anak di Taska dan sebagainya untuk menampung perbelanjaan keluarga.

“Kalau suami kerja seorang memang tak cukup, tambahan saya bakal melahirkan anak kedua. Bawak duit RM100 ke pasar pun belum tentu lengkap barangan dapur yang nak beli," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Maideen. 15-1-2014 08:41 AM
Dulu 6-7 ribu ribu dah dapat beli Datsun 120Y baru. Sekarang proton saga pon tak dapat. . Kerajaan haruslah berbuat sesuatu.....
Quote summerguy 15-1-2014 08:54 AM
Kangkung kan ada.. dah makin murah sekarang..
Quote magnus 15-1-2014 08:57 AM
Makcik pakcik selalu citer..dulu 5 keping biskut marie harga seposen je.....duuuuuluuuulaaa
Quote farahfatihah 15-1-2014 08:57 AM
mmg pun..rm100 tu sehari je habis....
Quote Dunhill. 15-1-2014 09:02 AM
Maideen. posted on 15-1-2014 08:41 AM
Dulu 6-7 ribu ribu dah dapat beli Datsun 120Y baru. Sekarang proton saga pon tak dapat.  . Kerajaa ...

Yup dulu nilai ringgit besar, skg dh menguncup..dulu nissan sunny baru 20k skg dh lebih 100k. Tp gaji dok mcm tu jugak. Petrol leaded kaler merah dulu baru singgit seliter skg dh double padahal kita pengeluar minyak.

Apa pasal ringgit kita makin menguncup ekk...salah lim guan eng kew?
Quote slippergombak 15-1-2014 09:06 AM
Dolu kangkung pree jerk kutip dalam longkang, sekarang kangkung seikat rm2.00 kat tesco,.... opss.. syukurlah hasil kepandaian pemerintah umno yg cerdik pandai, kangkung dah turun harga skarang...
Quote ninokostra 15-1-2014 09:11 AM
Nilai 100 ari ni.. hadui.. stakat kol 9 ni je dh 50 abis..
Quote cmf_kunyit 15-1-2014 09:11 AM
jadikan kangkung sbg sayuran utama dlm masakan menggantikan sayuran-2 mahal spt brokoli dan sayur sawi..
Quote leylapple 15-1-2014 09:12 AM
bukan bunyi nak berlagak....

tapi sekali aku kluar, mesti abis 200...

duit minyak - rm20
makanan basah (ayam, ikan sayur utk seminggu) - rm 80
pampers - 50+
susu lagi...miscellaneous lagi..
Quote Dunhill. 15-1-2014 09:13 AM
slippergombak posted on 15-1-2014 09:06 AM
Dolu kangkung pree jerk kutip dalam longkang, sekarang kangkung seikat rm2.00 kat tesco,.... opss..  ...

Biasa lah.. Kebanggaan macai..
Quote tapibukanaku 15-1-2014 09:15 AM
ninokostra posted on 15-1-2014 09:11 AM
Nilai 100 ari ni.. hadui.. stakat kol 9 ni je dh 50 abis..

hari tu isi minyak, ada 2 orang budak lelaki ni sembang. dorang cakap, baru je keluar rm100 petang tadi, menjelang maghrib tadi, tinggal rm30 je. huhu
Quote MelahJanda 15-1-2014 09:15 AM
100 sehari dua dah habis
Quote asampodeh 15-1-2014 09:16 AM
farahfatihah posted on 15-1-2014 08:57 AM
mmg pun..rm100 tu sehari je habis....

btol tu.. klu dulu blh abih dlm rm50 camtu tp skrg tk kurng dari rm100
Quote kukulangau 15-1-2014 09:17 AM
yang aku nampak dengan seratus boleh beli:

beras 10 kilo : 22.90
gula sekilo : 2.90
nescafe : 17.30
milo : 12.00
teh : 8.00
mihun : 2.80
telur 30 biji : 8.00
minyak masak: 13.00
roti : 2.80
bake beans : 2.30
kobis sebuku : 6.00
cili merah : 2.00

so tidak lah kecik mana
Quote skeezotone 15-1-2014 09:18 AM
kalo ada 50 jer dlm wallet, trus rs cam xde duit dah.. dulu 50 rs besar sgt.. skang cam xde makna.. huhuhu
Quote ninokostra 15-1-2014 09:18 AM
tapibukanaku posted on 15-1-2014 09:15 AM
hari tu isi minyak, ada 2 orang budak lelaki ni sembang. dorang cakap, baru je keluar rm100 petang ...

Btllah tu.. isi myk je dh 30, topap 10, 10 sarapan+tol. Kang smpi ke mlm, licin la 100. Aku muka ari2 g atm. Haha
Quote tapibukanaku 15-1-2014 09:18 AM
kukulangau posted on 15-1-2014 09:17 AM
yang aku nampak dengan seratus boleh beli:

beras 10 kilo : 22.90

kobis sebuku boleh masak banyak kali
Quote tapibukanaku 15-1-2014 09:19 AM
skeezotone posted on 15-1-2014 09:18 AM
kalo ada 50 jer dlm wallet, trus rs cam xde duit dah.. dulu 50 rs besar sgt.. skang cam xde makna..  ...

sebab tu kadang2 selit kat dlm wallet tu biar tak nampak duit tu. bila emergency baru guna.
Quote tapibukanaku 15-1-2014 09:21 AM
ninokostra posted on 15-1-2014 09:18 AM
Btllah tu.. isi myk je dh 30, topap 10, 10 sarapan+tol. Kang smpi ke mlm, licin la 100. Aku muka a ...

ni baru member tapau kan nasi dagang rm5. pepagi da rm5 terbang. nak buak guano kan. member da tapau pun cukup untung, kalau tak,  lapau lah sampai t/hari

Lihat semua komen(464)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.049160 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top