KUALA LUMPUR - Seorang pendaki wanita berusia 25 tahun pengsan selepas terjatuh ke dalam gaung di Bukit Tabur, hari ini. Soleha Abd Rahman dilaporkan terjatuh kira-kira jam 10.40 pagi tadi. Dia mendaki bukit itu bersama lapan rakannya sebelum tergelincir lalu jatuh ke dalam gaung. Dia mendaki bukit itu bersama lapan rakannya sebelum tergelincir lalu jatuh ke dalam gaung. Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pasukan penyelamat berjaya menyelamat dan mengeluarkan Soleha dari gaung tersebut kira-kira pukul 2 petang. "Kami sedang memantau tahap kecederaan wanita tersebut yang masih tidak sedarkan diri itu. Ia mengambil sedikit masa sebelum kami boleh membawanya turun," kata jurucakap itu. Awal bulan ini, Anggota Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) mengambil masa kira-kira 15 jam untuk menyelamat seorang wanita yang terjatuh ke dalam gaung bukit yang sama. Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi 5 Januari itu, mangsa Noor Hasmahani Hashim, 28, dari Kampung Baru dipercayai mendaki secara bersendirian sebelum tergelincir ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter.
|
Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi 5 Januari itu, mangsa Noor Hasmahani Hashim, 28, dari Kampung Baru dipercayai mendaki secara bersendirian sebelum tergelincir ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter. - Sinarharian
Published: Monday January 13, 2014 MYT 12:00:00 AM
Updated: Monday January 13, 2014 MYT 8:21:18 AM
BY SHALINI RAVINDRAN AND LEONG SIOK HUI
PHOTOS BY ONG SOON HIN
Perfect spot: Bukit Tabur is popular among hikers because of its scenic view overlooking the Klang Gate Dam and the Kuala Lumpur skyline. — Photo by ONG SOON HNIG
|
|
ADVERTISEMENT