CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ajaran Ragut Rumput Demi Dekati Tuhan !

13-1-2014 03:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6109| Komen: 23

PENGIKUT Daniel memakan rumput untuk dekat dengan Tuhan.


PRETORIA : Seorang paderi mempunyai cara tersendiri untuk mengajak pengikutnya ‘mendekati Tuhan’ - iaitu dengan meragut rumput seperti haiwan ternakan.

Lesego Daniel dari Afrika Selatan yang menjadi paderi di Pusat Rabboni di Garankuwa, utara Pretoria turut didakwa memijak dan menendang pengikutnya ketika mereka melakukan upacara keagamaan baru-baru ini.

Media semalam melaporkan, paderi kontroversi itu sudah melakukan pelbagai kekasaran atas nama agama, tetapi pengikutnya tetap mempertahankan perbuatannya itu.

Bagaimanapun, pengguna media sosial menggelar Daniel “gila” apabila lelaki terbabit memuat naik gambar menunjukkan dia memijak pengikutnya di laman Facebook.

Berdasarkan gambar itu, ada antara pengikutnya dilihat menahan sakit ketika dipijak.
Sebelum ini, Daniel pernah mengarahkan pengikutnya melelapkan mata ketika dia cuba memulihkan seorang wanita yang menghadapi kehamilan ‘syaitan.’

Sambil mempertahankan tindakan paderi itu, pengikutnya menjelaskan kepada media mengapa mereka mentaati arahannya.

Pelajar undang-undang, Rosemary Phetha, 21, berkata mereka rela memakan rumput kerana ia menunjukkan - dengan kuasa Tuhan - apa saja boleh dilakukan.

“Memakan rumput menyembuhkan sakit tekak yang saya hidapi sejak lebih setahun,” katanya.

Pengakuannya itu turut disokong Doreen Kgatle, 27, dari Garankuwa.

“Saya tidak boleh berjalan tetapi selepas memakan rumput seperti diarahkan, saya mula mendapat kekuatan dan sejam kemudian, saya boleh berjalan semula,” katanya.

Sementara itu, pengguna Facebook Melvin Jeddy Bowtie berkata, dia melihat banyak perkara tidak masuk akal dilakukan paderi itu dan ia tidak lucu.

“Daniel sudah menukar pengikutnya menjadi kambing,” katanya dalam satu kenyataan.

17

Bagus
8

Marah
19

Terkejut
14

Sedih
13

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 13-1-2014 01:34 PM

PENGIKUT Daniel memakan rumput untuk dekat dengan Tuhan.


PENGIKUT Daniel pertahan tindakannya menyuruh makan rumput.
Last edited by tongkatwaran75 on 13-1-2014 01:35 PM

Quote ais_kosong 13-1-2014 01:44 PM
geli lak aku tengok..
Quote shogun77 13-1-2014 01:47 PM
KANGKUNG x nak ke??
Quote miawpink 13-1-2014 01:50 PM
tu cari kankung ke kat padang tu?
Quote sekngucing 13-1-2014 01:52 PM
ni ajoran ayoh deen terbaru ke?
syumul...
Quote clarizsa 13-1-2014 02:08 PM
hahaha... cam bengong je...
Quote Simunggu 13-1-2014 02:13 PM
nak menyelami otak lembu....hehehehe
Quote Artemesiaa 13-1-2014 02:28 PM
Mesti lembu dan kambing gelak terbahak2 melihat manusia meragut rumput
Quote bluezink 13-1-2014 02:37 PM


ajaran untok muntahkan hairball laa ni
Quote slippergombak 13-1-2014 02:42 PM
Penganut agama melayu umno bila nak buat upacara meragut kangkung...?
Quote PulutDereyan 13-1-2014 02:52 PM
nnt lembu kambing kerbau kena mkn nasik.. roti n pasta plak...
Quote Dzulqarnain 13-1-2014 02:54 PM
Ingtkan ketum je...
Quote genchi 13-1-2014 03:10 PM
laa apa nak eran.. kita sini nnt ade yg meragut kangkung plakk

smbl ragut minom air.. 2 in 1 kyg dan mghilangkan dahaga
Quote sapeka 13-1-2014 03:13 PM
mengapakah mereka nak samakan diri mereka dengan haiwan???
Quote BotakChinPeng 13-1-2014 11:17 PM
Quote kucingTomey 13-1-2014 11:20 PM
tak perlu hina la agama org lain...kalau dia dah set kepercayaan dia camtu...kita just tgok jela...tak perlu kutuk2.....kang bila dia reveal pasal agama kita lepas tu kutuk tahu pulak kita marah....dah kepercayaan dia camtu..biar je la....lagi pun tak sangkut paut dengan agama kita pun
Quote batmana 13-1-2014 11:33 PM
kucingTomey posted on 13-1-2014 11:20 PM
tak perlu hina la agama org lain...kalau dia dah set kepercayaan dia camtu...kita just tgok jela...t ...

bukan agama ni, ni dh sesat sgt dari ajaran kristian..
ni lebih pada kepercayaan tahyul.

Quote HUHA 13-1-2014 11:35 PM
apa ni ...


Quote batmana 13-1-2014 11:37 PM
dia pn main pijak2 lak..


Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.056442 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top