Kuala Lumpur: Kawasan padang Dataran Merdeka akan ditutup bermula 22 Januari hingga 21 April untuk kerja menaik taraf sistem saliran padang dan merumput. Pengurus Perancangan Korporat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Dr Ismail Stapa berkata penutupan itu bertujuan membolehkan kerja menaik taraf dilaksanakan dengan lancar. “Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa tiada sebarang tempahan dibenarkan sepanjang penutupan itu,” katanya dalam kenyataan semalam. Beliau berkata padang itu akan ditutup sepenuhnya sepanjang tempoh menaik taraf dijalankan, malah orang ramai turut tidak dibenarkan masuk ke kawasan terlibat. Kali terakhir sistem saliran padang dan kerja merumput dijalankan di padang itu ialah pada Mei tahun lepas berikutan keadaannya yang sudah usang selain sistem salirannya perlu ditambah baik. Kerja menaik taraf itu dijalankan sebagai usaha supaya Dataran Merdeka lebih indah dan selesa untuk dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara.
|
Kawasan padang Dataran Merdeka akan ditutup bermula 22 Januari hingga 21 April untuk kerja menaik taraf sistem saliran padang dan merumput.
revolusi_30 posted on 11-1-2014 10:23 AM
Selenggara apa sampai 4 Bulan ? ... Bukan mei ritu dah buat ke ... Gila la
slippergombak posted on 11-1-2014 10:27 AM
abe rev cuba baca dan review balik.... asal dengor2, hint2, bunyi2 nak ada demo jah.. otomatik dat ...
revolusi_30 posted on 11-1-2014 10:29 AM
Itula .. Dulu time nak demo je ada selenggara mengejut ne ... Tapi sekarang terus 4 bulan tutup .. ...
revolusi_30 posted on 11-1-2014 10:29 AM
Itula .. Dulu time nak demo je ada selenggara mengejut ne ... Tapi sekarang terus 4 bulan tutup .. ...
ADVERTISEMENT