CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Blm 8889: Hall Of Shame ! Video

13-1-2014 10:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10347| Komen: 82

Loading FB Video...




Gambar hiasan


MELAKA - Meletak kenderaan menghalang laluan. Menyebabkan jem 30 minit kerana menghalang laluan. Patutnya kereta selfish ni kena pecah tingkap, lepaskan hand brek je.. Baru betul sekolahnya.. Kejadian berlaku di Bandar Melaka..

2

Bagus

Marah
3

Terkejut
3

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nebulagazer 11-1-2014 08:35 PM
Ala tak nampak la..nk mati kot gamaknya aku
Quote gogo2 11-1-2014 08:37 PM
Saya setuju ngan ko
Quote sepiITUindah 11-1-2014 08:39 PM
pecah cermin ..bukak .... kasi berak dalam kete dia
Quote tongkatwaran75 11-1-2014 08:40 PM

Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch)
Quote ip_lepat 11-1-2014 08:42 PM
kurang ajor betoi...
mcm jln tu mak pak dia punya.
Quote sapp73 11-1-2014 08:44 PM
ni kat jalan mana ni...mungkin sekitar kawasan bandar kaba/Bunga Raya...jalan situ memang sempit. Parking sebelah aje..boleh pulak tuan punya kereta ni dok parking kat situ. Kalau aku pun aku angin...lepas ni kena samanlah ngan polis trafik tu
Quote BotakChinPeng 11-1-2014 09:00 PM
Teringat kes ini



JOHOR BAHRU 30 Dis. - Sepasang suami isteri pasti mengalami detik-detik menakutkan apabila dipukul empat lelaki termasuk salah seorang daripadanya dipercayai pegawai polis sehingga patah gigi mereka hanya kerana keretanya menghalang kenderaan lain.

Kejadian berlaku pukul 8.45 malam ketika mangsa, Tan Khoon Hor, 35, berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) Tapah, Perak, Ahad lalu, untuk ke tandas.

Katanya, ketika insiden dia baru pulang bercuti dari Cameron Highlands dan sedang menuju ke Johor Bahru.

Tambahnya, semasa tiba di R&R terbabit, dia memberhentikan keretanya di belakang kereta kedua-dua lelaki itu kerana tiada tempat letak kenderaan yang kosong.

"Namun semasa hendak ke kereta semula, saya lihat mereka menghampiri isteri saya, Lim Chung Keok, 34, dalam keadaan marah-marah.

"Saya enggan bergaduh lalu menolak lelaki itu perlahan tetapi tiba-tiba mereka menumbuk di muka saya sehingga berdarah dan patah dua batang gigi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, lebih buruk apabila Chung Keok pula datang membantu menyebabkan wanita itu pula ditumbuk sehingga terjatuh dan patah enam batang giginya.

Tambahnya, secara tiba-tiba datang dua lagi lelaki yang tidak dikenali lalu turut sama memukulnya.

"Kami lalu melarikan diri untuk membuat laporan polis dan salah seorang daripada dua lelaki itu mengeluarkan kad kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Dia bagaimanapun tidak memakai pakaian seragam. Kami kemudian ke Balai Polis Tapah untuk membuat laporan seterusnya ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan," katanya.

Katanya, semasa membuat laporan, dia dimaklumkan pegawai polis yang memukulnya itu juga membuat laporan mengenai kejadian sama di R&R Tapah.

"Kami menyatakan kepada salah seorang pegawai di balai berkenaan untuk mencari peguam tetapi dia meminta saya tidak berbuat demikian kerana akan membantu menyelesaikan kes itu," katanya.

Khoon Hor menyifatkan tindakan mereka yang memukulnya sebagai melampaui batas dan meminta agar perkara itu disiasat secara menyeluruh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi hari ini mengesahkan telah menerima laporan tersebut dan pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian tersebut.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Quote batmana 11-1-2014 09:21 PM
baiknye polis.. suh tarik

klu aku dh pecah je tingkap tu.. jenis org cmni, bayo saman halang lalulintas, umpama beli teh tarik kt warung aja..
Quote kucingTomey 11-1-2014 09:24 PM
saya pernah jugak letak tenuk jantan saya macam ni jugak ..belakang mega ..dekat 101 mall pusat komputer belakang mega nun...waktu dalam kol 8 malam....muehehehehehheheehhe berderet2 kereta kena ubah haluan sket semata2 tenuk jantan saya memblock jalan..sejam pulak tu...malu sial nak gi kat kereta waktu tu
Quote MissNigga 11-1-2014 09:25 PM
selfish punya manosia... ikot suka hati dia jer nak park kete sampai menyusahkan pengguna jalan raya yang lain ...
Quote pakwetizzaqyah 11-1-2014 09:34 PM
ni msti forumer dari melaka...lol
Quote mak_wa95 11-1-2014 09:44 PM
pentingkan diri..
tak de sivik
Quote freebird 11-1-2014 09:57 PM
zaman muda2 dulu, saya selalu ada super glue dalam kereta saya untuk situasi macam ni...
lalu tepi pintu kereta dia, dan picit superglue sikit dalam lubang kunci kereta dia...and then wait
ooooh, good times....sekarang ni, semua kereta pakai remote...dan ada yang keyless
Quote card_reader 11-1-2014 10:10 PM
boleh kata satu je.....puak2 tu la jenis suka parking ikot suka nie, pastu gi kat kereta macam x buat salah apa2
Quote noor2 11-1-2014 10:15 PM
kalau lalu ikut federal tiap2 hari memang ramai yang menentingkan diri sendiri...memang #$@! jangan harap i nak bagi laluan bagi yang tak ikut laluan betul.....bergesel2 la...pedulik hape..kalau bergesel salah depa...%$@*!&^...selalu i himpit ja ....dan bagi high beam ....yela depa kereta mewah tentu takut bergesel..
Quote aechae 11-1-2014 10:18 PM
freebird posted on 11-1-2014 09:57 PM
zaman muda2 dulu, saya selalu ada super glue dalam kereta saya untuk situasi macam ni...
lalu tepi  ...

bleh je buat lg pn...bg rosak la cat keta org tu klu lubang kunci x jdmgsa dah
Quote aechae 11-1-2014 10:23 PM
patot tunda je keta tu, sodok ke ltk la mna2 pn

kt umah aku ni ada skali preve bru block naza ria kot...org tu dh hon byk kali xda apa pn last2 aku dgr bunyi seret gtu...slumber abg tu sodok je si preve tu...berbekas jln wooo...tp yg x best preve tu dh senget block laluan utama lah...xtau kot kna sodok blk dgn lori smph plak so blk jd asal
Quote saritimur 11-1-2014 10:42 PM
Kisah driver bengong mcm ni ada terjadi di stesan komuter bangi..adik aku ada cakap..keta tu betul2 dipark dekat simpang selekoh. Dkt KTM tu ada sek keb. Bas sekolah keluar masuk.. jadi kereta tu sudah menghalang jalan. Orang ramai2 sudah kasi pancit tayar kereta dan letak tulisan besar2 suruh drive tu pakai otak parking.. sekian laporan..
Quote spiderman80 11-1-2014 10:51 PM
pakwetizzaqyah posted on 11-1-2014 09:34 PM
ni msti forumer dari melaka...lol

BLM tu keta Selangor lah!!

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.065431 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top