CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Serbu Petaling Street @ Chinatown

13-1-2014 10:23 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7899| Komen: 53


Kuala Lumpur: Kepung dan serbu. Itu taktik yang digunakan dalam Ops Cantas yang dijalankan di kawasan pelancongan di ibu kota, Jalan Petaling atau lebih terkenal dengan jolokan Chinatown.

Difahamkan, operasi berkenaan diadakan selepas mendapat aduan mengenai wujudnya kegiatan seluk saku, kegiatan kongsi gelap dan penggunaan pekerja warga asing secara berleluasa.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Maksiat dan Perjudian D7 Bukit Aman  Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, berlaku kekecohan ketika serbuan mula dibuat dan ada di antara mereka yang cuba melarikan diri.


Bagaimanapun, katanya, pihak polis dapat mengawal keadaan dan menangkap mereka yang terbabit.

“Dalam operasi yang bermula jam 9 malam hingga 12 tengah malam itu, seramai 94 orang diperiksa dan daripada jumlah berkenaan 49 orang ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Pada mulanya kita menahan rakyat tempatan yang memiliki tatu di badan, bagaimanapun pemeriksaan mendapati tatu berkenaan tidak berkaitan dengan kongsi gelap, 45 orang dibebaskan tanpa syarat selepas didokumentasikan.


“Mereka yang ditahan mengikut Akta Imigresen 1959 terdiri daripada 24 lelaki warga Myanmar, 21 warga Bangladesh, dua warga Nepal dan dua warga Sri Lanka,” katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan.

Beliau berkata, selain kegiatan samun dan seluk saku, pihaknya juga mendapat maklumat mengenai kumpulan kongsi gelap yang mengambil wang pemerasan daripada peniaga dan operasi berkenaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi menghapuskan kewujudan kegiatan kongsi gelap di sekitar Jalan Petaling.

Selain itu, katanya, pelancong asing juga dipercayai takut untuk mengunjungi kawasan berkenaan dan dengan kawalan anggota Ops Cantas mereka akan berasa lebih selamat.

“Ini adalah usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang komited bagi memastikan semua kawasan selamat daripada jenayah,” katanya.


7

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tahanlasak 12-1-2014 11:35 AM
hapuskan kumpulan kongsi gelap kita akan lebih aman dan tenteram ......
Quote sup@rm@n 12-1-2014 11:59 AM
Petaling street. Jalan yg penuh gangster dan racist. Kasik tangkap je la. Ape kasik muka byk sgt
Quote tongkatwaran75 12-1-2014 12:03 PM
Petaling street byk kenangan ni...
Quote rospinki 12-1-2014 12:08 PM
PS ni kalau nk pi kena act mcm genster jugak masa bargain. Dulu masa keja kl nak pi basten dari depan meden ke basten klang lalu sini..pastu rilek2 kt CM..kdg2 aku rajin usha2..kenangan lalu mengusik jiwa
Quote nolya 12-1-2014 12:10 PM
tahanlasak posted on 12-1-2014 11:35 AM
hapuskan kumpulan kongsi gelap kita akan lebih aman dan tenteram ......

nak hapuskan kongsi gelap?  Apakah tidak mungkin ada yg berkongsi dlm gelap?
Quote kecimpret 12-1-2014 12:12 PM
kalo belek2 brg pastu x beli bersedia laa dimaki dlm bhs mandarin
Quote pittjie 12-1-2014 12:33 PM
sesekali best jgk layan PS. tapi tuk beli fresh flower dgn air mata kucing tu la. sedap-est ever in town. seram lalu PS sbb sesak. lalu kaki lima kedai plak mcm creepy je. nak2 lg kat hotel2 bajet.  byk je ayam2 bersidai. yg tu tak di ops skali dek polis ke?
Quote BotakChinPeng 12-1-2014 12:38 PM
kecimpret posted on 12-1-2014 12:12 PM
kalo belek2 brg pastu x beli bersedia laa dimaki dlm bhs mandarin

Piiirah.
Depan orang pijak semut pun tak mati. Lagi mau maki ?
Quote BotakChinPeng 12-1-2014 12:41 PM
Rajin rajinlah menyerbu
Quote Badut.Sarkas 12-1-2014 03:04 PM
20 years ago ni la syurga rakyat msia tanpa mengira kaum membeli vhs blue.. then vcd blue.. then later dvd blue..
Quote peYno 12-1-2014 03:16 PM
polis takut.. tangkap warga tempatan ada tatoo.. pastu lepaskan dgn alasan xde kena mengena dgn komgsi gelsp kununnn
Quote magnus 12-1-2014 03:21 PM
Tak best la petaling street..
Quote BotakChinPeng 12-1-2014 04:13 PM
Tak payah la sesiapa nak perasan konon polis takut mereka.


Semua tempat polis berani serbu
Quote onnabila 12-1-2014 04:35 PM
Lama dah tak ke Petaling Street. Paling last tahun 2005. Masa belajar dulu, member serumah rajin minta temankan jalan jalan kat sini. Teringat kenangan 15 tahun yang lalu. Member tu pun dah migrate ke Australia.

Quote BotakChinPeng 12-1-2014 07:09 PM
petaling street boring arrr
Quote freebird 12-1-2014 07:31 PM
polis paling penakut kat petaling street ni lah...bermacam2 jenis pendatang haram ada kat sini,,,selama ni berleluasa je...
kalau polis dah penakut, dbkl nak buat camna....
Quote sarajevo 12-1-2014 07:51 PM
dulu-dulu selalu gak redah PS...tunggu bas kat kotaraya adakalanya di bus stop bangkok bank...

Quote ikan_kaghing 12-1-2014 11:10 PM
Kat penang bila nak buat operasi pemutihan?

Pendatang haram cina berkeliaran di sana sini dengan bebas siap boleh menjadi pengundi lagi.
Quote batmana 13-1-2014 12:21 AM
apahal jln cmni disebut dlm bahasa english?
pstu chinatown disebut sbg chinatown..

org cina malaysia ni semua asal england, scotland, US ka?
smpai nama jalan bunyi2 kokusen bagai?

salah ke dipanggil jalan petaling aja..atau bandar/pekan cina.

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.069271 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top