Gambar hiasan Kajang: Rempuh dan ragut. Itulah modus operandi digunakan lelaki berusia 30-an untuk meragut mangsanya dipercayai aktif sejak tiga bulan lalu. Dalam kejadian terbaru di kawasan perumahan di Batu 9 Cheras, di sini,jam 8 pagi semalam, lelaki terbabit yang menunggang motosikal seorang diri dilapor merempuh kereta sorong bayi berusia sembilan bulan sebelum cuba meragut ibunya. Tindakan itu bagaimanapun mengundang padah apabila orang awam bergegas membantu wanita dan bayinya itu sebelum menahan lelaki terbabit. Menurut sumber, kejadian bermula apabila wanita berusia 20-an yang menolak kereta sorong membawa bayi perempuannya berusia sembilan bulan bersiar-siar di kawasan perumahan berkenaan. Tiba-tiba seorang lelaki yang menaiki motosikal meluru laju dan merempuh kereta sorong bayi terbabit menyebabkan bayi malang berkenaan tercampak ke di bahu jalan. “Wanita terbabit bernasib baik apabila seorang lelaki yang dalam perjalanan ke tempat kerja segera berhenti dan membantunya,” katanya. Katanya, dua anggota polis yang kebetulan melakukan rondaan di kawasan berkenaan kemudian tiba di tempat kejadian. Suspek diserahkan kepada anggota polis terbabit sebelum satu laporan polis dibuat mangsa di Balai Polis Kajang untuk siasatan lanjut,” katanya. Menurutnya, bayi terbabit dilapor mengalami kecederaan di kepala namun hanya dirawat sebagai pesakit luar di sebuah hospital berhampiran. Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (KK).
|
blackred99 posted on 9-1-2014 08:25 AM
aku doakan semua penyangak ni kena tangkap dgn orang ramai pastu kena belasah separuh mati.
AdamBillionaire posted on 9-1-2014 08:32 AM
urm... tekanan hidup... tekanan ekonomi..
ADVERTISEMENT