CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tuntut Ilmu Dari Negara China Ke Johor !

9-1-2014 02:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2534| Komen: 9


Johor Bahru: Tiga tahun lalu, seorang remaja lelaki sanggup meninggalkan keluarganya di Henan, Zhengzhou, China semata-mata kerana mahu mendalami agama Islam di Madrasah al-Quran Sinaran Baru, Kempas, di sini.

Ayob Abdullah, 15, sanggup mengembara ke negara ini untuk belajar di madrasah berkenaan dan hanya menjadikan rakan kepada bapa saudaranya yang menetap di Johor Bahru sebagai tempat mengadu.

Pada masa sama, Ayob yang memeluk Islam ketika berusia lima tahun berdepan cabaran getir kerana tidak mempunyai kemahiran asas berbahasa Inggeris atau bahasa Malaysia.

Namun, semangat kentalnya mengagumkan. Ayob berusaha menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan guru dan rakan di madrasah berkenaan sebelum dia akhirnya berjaya menguasai bahasa Malaysia dalam tempoh tiga bulan.    Ayob berkata, ibu bapanya berpisah ketika dia berusia setahun dan sejak itu, dia dipelihara bapa saudaranya yang sudah berkeluarga.

“Bapa saya penganut Islam, manakala ibu sebaliknya. Sejak kecil saya tidak pernah mengenali ibu dan hanya menumpang kasih dengan keluarga bapa saudara.

“Ketika saya berusia lima tahun, keluarga bapa saudara mengislamkan saya,” katanya.
  Menurut Ayob, dia mengaku masih banyak yang perlu dipelajari berkaitan Islam.

“Demi melihat saya mendalami ilmu agama, bapa saudara yang mempunyai kenalan di sini sanggup menghantar saya belajar di madrasah ini dan menanggung perbelanjaan saya.
  “Ini kerana, di negara saya, sukar belajar ilmu agama kerana selain kekurangan kemudahan, madrasah juga tiada,” katanya.

Katanya, pada mulanya dia berdepan kesulitan belajar kerana selain berjauhan daripada keluarga, dia dikelilingi bangsa lain.

“Ketika mula-mula datang ke sini, saya tidak tahu bagaimana hendak berkomunikasi. Namun, kerana niat untuk mendalami Islam, saya kuatkan hati dengan menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan rakan dan guru.

“Akhirnya, dalam masa tiga bulan, saya berjaya memahami dan mahir berbahasa Malaysia dan kini sedang mendalami bahasa Arab,” katanya yang kerap menghubungi keluarganya di China.

Menurut Ayob, dia berhasrat menabur bakti sebagai guru agama apabila pulang ke China.

Ayob antara 24 warga asing  dari China, India, Singapura serta Kemboja yang menyambung pengajian agama di Madrasah al-Quran Sinaran Baru sejak beberapa tahun lalu.

Warga asing berkenaan menyambung pengajian dengan perbelanjaan sendiri, ditaja oleh individu bermurah hati dan di bawah tanggungan sepenuhnya pengurusan madrasah berkenaan.

Mereka sanggup datang ke negara ini kerana negara mereka kekurangan kemudahan untuk belajar agama.     Sementara itu, kemiskinan hidup membawa Romli Zakaria, 20, berasal dari Kemboja untuk menuntut ilmu agama di Madrasah al-Quran Sinaran Baru.

Romli yang yang berasal dari Kampung Cham dibesarkan bapanya yang juga nelayan berketurunan Melayu Champa selepas kematian ibunya.     Menurut Romli, dia dibawa ke madrasah berkenaan oleh kumpulan dermawan dari Singapura yang kebetulan melakukan ibadat korban pada Aidiladha 2011.

“Saya bersekolah dalam aliran agama di Kemboja namun modul latihan kami tidak selengkap di sini.

“Saya bersyukur kerana ada individu sudi membawa saya ke sini dan menaja pembelajaran saya kerana mereka bersimpati dengan kehidupan kami yang susah,” katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lady_rara 9-1-2014 10:14 AM
alhamdulillah... teruskan menuntut ilmu walau dimana jua... kehidupan ini juga satu proses pembelajaran..
Quote shogun77 9-1-2014 10:49 AM
aku yg bahasa inggeris dr kecik pon x dpt kuasai lg
Quote tongkatwaran75 9-1-2014 03:39 PM
selagi ada kemahuan, disitu ada jalan...
Quote clarizsa 9-1-2014 03:42 PM
hmmm... bagus... tahniah
Quote supernaturalee 9-1-2014 03:46 PM
shogun77 posted on 9-1-2014 10:49 AM
aku yg bahasa inggeris dr kecik pon x dpt kuasai lg

kene gi duk us atau uk dulu
3 bln sure berabuk dh


tp ye la, same to me la
pnh dengar tok pah masa muda dulu die belajar english utk setahun, berabuk terus
betul ke kesah ni?

Quote Crystars 9-1-2014 03:46 PM
org lain bergolok bergadai nk tuntut ilmu.....kt sini x pyh bayar yuran cuma suh bayar duit PIBG meroyan gila khinzir sbb x cukup duit nk beli rokok n tmbah koleksi tudung faridah:lol
Quote shogun77 9-1-2014 03:47 PM
supernaturalee posted on 9-1-2014 03:46 PM
kene gi duk us atau uk dulu
3 bln sure berabuk dh

nak g pindah dok sane la mcm tu..
Quote kucingTomey 9-1-2014 03:50 PM
tuntut la ilmu sampai ke santa agata bolognese ,italy
Quote Irwan-Ahmad 9-1-2014 04:12 PM
balik china nak wat per,  langsung takde pape kemahiran selain ilmu awlah,  baik gi negara bangla,  kat sana ramai minda yg sama level dgn dia,  baru ada pasaran

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.594091 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top