Penduduk Membakar Bendera Dan Poster Obama Susulan Tindakan Jahat Askar As Membakar Al-Quran Dan Merosakkan Masjid Di Wilayah Wardak. KABUL - AFGHANISTAN. Ribuan penduduk mengadakan tunjuk perasaan mengecam tindakan biadab tentera Amerika Syarikat (AS) yang membakar Al Quran dan menyerbu sebuah masjid di barat daya Afghanistan.
Pegawai keselamatan berkata, tindakan kurang ajar tentera AS itu mencetuskan kemarahan hingga menyebabkan sebilangan besar penunjuk perasaan berhimpun membakar poster dan bendera Presiden Barack Obama serta melaungkan slogan anti Amerika di sepanjang jalan dari Kabul ke Kandahar di Wilayah Wardak, semalam. “Ini bukan kali pertama tentera AS membakar al-Quran. Sejak kebelakangan ini, mereka kerap membakar salinan kitab suci itu dan membakar poster pegawai tertinggi Afghanistan,” katanya. Sebelum ini, laporan dipetik Al Arabiya, Washington berjanji mengeluarkan semua askar mereka dari Afghanistan mulai 2014 bagaimanapun, perjanjian itu terbatal selepas kedua-dua negara bersetuju menandatangani satu perkongsian strategik yang hanya akan berakhir hujung tahun ini.
|
17
Bagus |
6
Marah |
4
Terkejut |
7
Sedih |
7
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT