Jorge Gill menunjukkan bakatnya meluncur di kawasan tempat letak kereta bawah tanah yang dinaiki air di Surrey. - AGENSI
SURREY, England 7 Jan. - Kebiasaannya, orang ramai akan menghindari kawasan yang dinaiki banjir bagi mengelak sebarang jangkitan kuman ekoran air yang kotor.
Namun, keadaan itu tidak diendahkan sekumpulan remaja lelaki di sini apabila mereka menjadikan sebuah kawasan tempat letak kereta bawah tanah yang dinaiki air sebagai tempat meluncur, baru-baru ini. Jorge Gill, 18, dan rakannya, Jack Hammersley, 24, menggunakan sejenis sistem kabel penarik untuk membolehkan mereka meluncur di tempat letak kereta itu, memandangkan keluasannya adalah terhad.
Setelah semua peralatan dipasang, kedua-dua remaja itu meluncur sambil menunjukkan aksi menarik, terutamanya di celah-celah tiang tempat letak kereta itu. Tidak puas meluncur di situ, kedua-dua remaja tersebut berpindah pula ke sebuah taman rekreasi yang juga ditenggelami air. Di Taman Shalford itu, Gill dan Hmmersley meluncur dan melompat di atas bangku serta meja yang ditenggelami air. Sistem kabel penarik itu berfungsi dengan kelajuan lebih 24 kilometer sejam. Tempat letak kereta itu dilaporkan ditenggelami air sedalam hingga satu meter, manakala di taman itu pula air sedalam 0.3 meter. Gill dan Hammersley merupakan peluncur dan jurulatih luncur profesional. |
batmana posted on 10-1-2014 09:06 PM
Gill dan Hammersley merupakan peluncur dan jurulatih luncur profesional. - AGENSI
tular kerjany ...
ADVERTISEMENT