CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasib Rakyat Malaysia Bagaimana?

8-1-2014 04:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8135| Komen: 69


Dua Anak Siti Nor Hasimah Turut Membantu Mencari Barangan Terpakai Di Tapak Pelupusan Sampah Beris Lalang.

BACHOK – Keperitan seorang ibu tunggal mencari sisa barangan terpakai di tapak pelupusan sampah dikongsi bersama dua anak perempuannya yang tidak malu ke kawasan tersebut untuk membantunya.

Setiap hujung minggu, Siti Nur Zahira Latif, 9, dan Siti Nur Shahira, 8, akan membantu Siti Nor Hasimah Hasaan, 41, mencari barangan terpakai demi meneruskan kelangsungan hidup mereka sekeluarga.

Untuk berteduh, mereka menumpang di rumah pusaka keluarga, milik adik Siti Nor Hasimah di Kampung Kandis sejak awal Januari 2013.

Siti Nor Hasimah berkata, sebelum ini dia tinggal di Johor Bahru selama 16 tahun tetapi selepas bergelar ibu tunggal, dia menerima permintaan adiknya untuk pulang ke kampung bagi membantu menjaga rumah pusaka tersebut.

“Saya hanya bergantung kepada pendapatan mencari barangan terpakai di tapak pelupusan sampah ini. Hari minggu saya bawa anak sekali untuk membantu saya.

"Saya tak ada rumah sendiri dan kalau adik dah balik, saya terpaksa keluar dari rumah itu. Nak menyewa sendiri saya tak mampu dan kalau boleh saya nak cari tempat berteduh sendiri,” kata anak sulung daripada tiga beradik ini.

Menurutnya, dalam kepayahan mencari rezeki di tapak pelupusan sampah itu, dia juga bergelut dengan penyakit tibi dan sakit belakang kesan suntikan ketika bersalin sejak bertahun lalu.

Malah katanya, ada ketikanya, dia tidak dapat keluar mencari rezeki apabila sakit belakangnya menyerang.

Katanya, sebelum ini dia pernah menyuarakan hasrat mendapatkan bantuan untuk anaknya tetapi dikatakan tidak layak.

“Mereka kata saya tak layak dapat bantuan walaupun saya ibu tunggal sebab bila orang datang periksa, mereka akan tengok rumah saya besar sedangkan itu bukan rumah saya tetapi saya tumpang duduk sementara adik saya pencen dan pulang tinggal di sini semula.

“Saya tak tahu kepada siapa saya nak mengadu nasib sebab anak makin besar dan perlukan perbelanjaan untuk persekolahan mereka,” katanya.


22

Bagus
16

Marah
12

Terkejut
17

Sedih
13

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cipOt_cedOt 8-1-2014 09:16 AM
masyakrat sekeliling plak hanya tengok dari jauh sambil berkata "kesian... kesian..." sambil makan kueh koci dan minom air kopi...
Quote ogata 8-1-2014 09:17 AM
kearah negara berpendapatan tinggi!
Quote nurul_akmar 8-1-2014 09:34 AM
walaupun umur 41 tahun, tp nampak tua sesgt makcik ni. aku kenkadang x faham la cara pemberian bantuan. sume org kategori x layak.
Quote nora_balqis 8-1-2014 09:37 AM
tersentuh hati tgk gmbr2 gini...bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan
Quote unekspekted_XII 8-1-2014 09:39 AM
Patut tajuknye : Malaysia Masih Aman - Kelantan Masih Miskin
Quote tinker_bell 8-1-2014 09:41 AM
nurul_akmar posted on 8-1-2014 09:34 AM
walaupun umur 41 tahun, tp nampak tua sesgt makcik ni. aku kenkadang x faham la cara pemberian bantu ...

Kt kelantan ada kahwin percuma..sbb kelantan pomote kahwin muda..dr kelantan bgik 1k dkt psgn bkahwin..baiklah bantu makcik ni..gerbang al ziwaaj tu

Quote BumpIQ 8-1-2014 09:42 AM
mane pusat zakat... kata dh laksanakan ape yg patut...
Quote blackred99 8-1-2014 09:53 AM
susah btol kan nak mintak bantuan ni, ada saje alasan pegawai tu, macam la duit tu dari duit poket dorang.
Quote lizaliza 8-1-2014 09:56 AM
sapa nak berpoligami, silalah ambil wanita ni...
jangan nak tolong yang bergetah je, tolong la yang susah ni
Quote sofea_jenab 8-1-2014 10:02 AM
Mana ketua kampung...sepatutnya bawa perkara ni ke pengetahuan adun terbabit dan seterusnya ke pegawai JKM ...sepatutnya perkara cmni tak berlaku di malaysia....
Quote the_killer 8-1-2014 10:05 AM
fungsi badan islam yang menjaga kebajikan orang islam kat malaysia ni memang teruk dan memalukan..tak hairanlah dulu ada kes gereja bagi bantuan kepada orang islam...

umat islam jangan sentap la bila ada gereja2 yang bantu oang islam dalam kesusahan sedangkan badan kebajikan islam goyang kaki di pejabat
Quote gujiwa 8-1-2014 10:07 AM
Dgr cite bantuan nak kena renew every year..
baru bce status fb seorang akak ni.. jiran dia uzur.. pegi atm nk amik duit bantuan.. tgk duit takde...
telifon baitulmal kena renew balik bantuan..
ayyo... org tua uzur nak pegi ulang alik ke pejabat mcm kesian sgt....
Quote annehuda 8-1-2014 10:10 AM
takde ke mana2 syarikat kt kelantan tu nak offer makcik ni keje? jd tea lady ke cleaner ke jadikla....
Quote edoraixora 8-1-2014 10:11 AM
utk ape collect zakat berjuta2 tu, kalau orang susah macam ni pun tak boleh dapat??
duit tu pegi mane??? melabur ke
Quote c===8 8-1-2014 10:16 AM
sofea_jenab posted on 8-1-2014 10:02 AM
Mana ketua kampung...sepatutnya bawa perkara ni ke pengetahuan adun terbabit dan seterusnya ke pegaw ...

ketua kg pun macam lahanat, nak minta chop pun mesti kena pow

Quote tiputipujah 8-1-2014 10:17 AM
kekadang org tak tau saluran mna nk mintak bantuan..
lebih2 lg klu jenis penghulu atau tok ketua yg jenis pilih bulu..
dahulukan bantuan utk anak beranak dia dlu bru pass kat org lain..
tu pun ader yg sekat kat tengah...bantuan dapat tp tak sampai pada yg memerlukan...
Quote Kassim_Patalon 8-1-2014 10:20 AM
kelantan masih miskin, malaysia masih aman
Quote dualchicks 8-1-2014 10:21 AM
masyarakat sekeliling dia pon miskin juga...drpd ngko tuh hina dia baik ngko bantu dia
Quote Kassim_Patalon 8-1-2014 10:21 AM
@axl_bach tempat kau nim

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.042537 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top